Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad akui meluahkan rasa syukur apabila suaminya diberikan keizinan oleh Allah untuk sekali lagi berdakwah serta mendalami ilmu agama.
Perkara itu dikongsikan oleh Betty sendiri di laman Instagramnya yang membuat perjanjian dan memberi ruang pada suami tersayang untuk benar-benar fokus tanpa perlu memaklumkan mengenai rutin hariannya.
“Segala puji bagi Allah swt. Alhamdulillah Allah izinkan dan jemput suamiku “keluar” tiga hari lagi malam tadi.
“Kali ni saya buat deal tak perlu message or call unless ada benda penting saja. Goodnight good morning tengah buat apa tu semua kita lupakan 3 hari ni supaya kamu dapat focus InsyaAllah.
Ads
“Semoga usaha dan pergorbanan diberkati Allah swt’ tulisnya.
“Passanger menjerit-jerit ade yang menangis semua. Ye lah memang dah rasa akan mati dah.”
Tular di media sosial mengenai pesawat MAS dari Kuala Lumpur ke Tawau didakwa menjunam jatuh dari 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam beberapa saat kemarin.
Pesawat terbabit dikatakan hilang kawalan dalam masa 10 minit dan kemudiannya mulai stabil. Bagaimana pun berlaku pula jatuhan kali kedua tetapi tidak seteruk yang berlaku di kali pertama.
Pesawat tersebut juga sempat berlegar-legar di ruang udara Melaka sebelum melakukan pendaratan di KLIA.
Detik cemas itu dikongsikan salah seorang penumpang pesawat MH2664, menerusi facebook milik, Yi Ma Nas.
Penumpang berkenaan yang terkejut dengan insiden itu menceritakan kembali situasi ngeri itu bahawa ramai penumpang menjerit dan yang menangis.
Semalam aku naik flight MH2664 ke Tawau jam 2.30pm.
Around 3.03pm, Flight tiba² terjunam jatuh laju gila dgn kelajuan estimated 31,000 kaki ke 24,000 kaki (checked using flight radar) within seconds.
Aku terlambung² sebab x pakai seatbelt (time tu da boleh tanggal seat belt). Dalam 10minit flight dlm keadaan tak stable and lepas dia naik balik dia jatuh lagi tp tak teruk mcm the first drop. Passanger menjerit² ade yg menangis semua. Ye lah mmg da rasa akan mati dah.
Flight suddenly uturn, dan berpusing atas melaka a few times.. terbang and patah balik ke KLIA. Kitorang change flight petang tu dan aku selamat touch down Tawau at around 9.50pm
Malas nk citer smlm.. ye la kan yg tahu hanya passanger MH2664 dan cabin crew tu je. tapi Harini dah masuk paper cina. Not everyone that had gone through this type of experience got to live to share their story, and for that I am grateful.
Alhamdulillah all praise to Allah. Terima kasih jugak pilot semalam yg dgn jayanya dapat kawal plane tersebut dan menyelamatkan kami.
Juruterbang patah balik elak kerosakan lebih teruk
Dalam pada itu, menerusi twitter, aviatorian tampil menjelaskan keadaan itu mengatakan kemungkinan pesawat tersebut melalui air pocket ataupun downdraft.
Jelasnya lagi, tindakan juruterbang berpatah balik adalah untuk mengelak berlaku kerosakan pada control surface.
Flight tu x drop dr 31000’ ke 24000’, sekadar dr 25000’ ke 23451’ (around 1500’ altitude loss). Biasanya disebabkan air pocket atau downdraft. Situasi ni boleh lead kpd kerosakan pada control surface, jadi kapten decide utk turn back to KL.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir.
Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ.
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh
TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian ini diharap dapat menyentuh hati-hati mereka yang masih ingkar keluar rumah tanpa sebarang urusan agar sedar betapa pentingnya ikut arahan untuk membendung penularan virus Covid-19.
Hakikatnya betapa orang lain kini berasa bimbang dan mahu penularan virus covid-19 dapat diputuskan rangkaian penyebarannya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Kekda mengenai jirannya yang merupakan SB PDRM yang mengambil langkah tinggal di luar rumah demi mengasingkan diri selepas setiap kali balik kerja.
Jom baca perkongsian penuh daripada Kekda ini.
Saat kita masih lagi keluar rumah tanpa sebarang urusan penting dan tanpa rasa bersalah, ketahuilah, jiran Kekda seorang SB (Special Branch PDRM) terpaksa duduk diluar demi keselamatan anak2 dan isterinya 😢.
Balik rumah dari bertugas terus mandi diluar rumah, tanpa masuk rumah pun. Dan duduk didalam Khemah yg beliau sendiri pasang untuk asingkan diri dari anak2 dan isteri beliau.
Sedangkan beliau sedaya upaya mengikut step2 precaution sedaya mampu ketika bertugas diluar sana ditempat orang ramai dari terkena jangkitan virus tersebut.
Lebih memilukan, bila beliau dan pasukannya ke tempat seperti kedai di dalam kampung, rata2 jawapan orang awam :
“Kami ni dah tua, COVID tak nak dah kat kami. Kalau kena pun mmg nak mati dah dengan usia kami ni. “
Orang yg cakap macam ni dia tak tahu kot macam mana keadaan meninggal dengan sakit COVID19 ni hmmm.
Belum lg part orang ramai masih bawak anak2 keluar pegi beli barang mcm takde apa2.
Sebak pilu tengok para FRONTLINERS usaha betul2 utk kekang situasi ni dari jadi makin teruk. Tapi rakyat / orang awam, masih ada yg tak cakna dan tak peduli.
SELFISH ! Tolonglaa saat korang masih berpeluang duduk bersama keluarga, ingat barisan hadapan negara yg terpaksa berkorban sebegini rupa untuk kesejahteraan kita semua.
TOLONG, TOLONG PRIHATIN 🙏🙏😞
**Buat jiran Kekda, Abg Din, anda adalah hero negara. Buat Kak Ta dan anak2, sesungguhnya kalian adalah insan yg hebat . Kalian semua adalah yg terhebat 🙏♥️.
#KekdaShare #StayAtHomePlease
Kredit: eyda sukiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes buang bayi baru-baru ini mengundang reaksi dari pelakon Abby Abadi. Beliau yang membela dua anak angkat ada memuat naik perkongsian mengenai hal tersebut di laman instagramnya.
Kenapa tak cari Sy????? Cari Sy kalau taknak Baby Sahabat. Sy usaha beri kehidupan yg terbaik utk Baby ni dgn mencarikan ibu bapa yg sudi nk menjaga dia.. kenapa buang mcm ni? ?
. Please adik kakak, makcik.. kalau taknak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Sy usahakan duit belanja utk perbaiki keadaan juga.. Pleaseee!!!
Itu antara luahan Abby menerusi kapsyennya semalam. Menurut Pelakon Gerak Khas ini, dia sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga bayi yang tidak dimahukan selain membantu mencari keluarga angkat untuk mereka.
Abby dan suami, Muhammad Faizal sebelum ini mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.
Abby menerusi perkahiwnan pertama mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.