Nak bahagia itu bukan mudah. Ada suami yang curang, ada suami yang baik sangat dan pelbagai lagi peelnya.
Apa yang pasti, apabila lelaki itu sudah berkahwin memang berbeza. Bukan sahaja, soal perbelanjaan tetapi pergaulan juga terhad.
Bukan bermakna, pasangan tidak boleh bersosial dengan kawan-kawan tetapi ada batasan disitu. Bimbang ada pihak ketiga yang nak menyondol dan merentap kebahagiaan yang dibina.
Perkongsian lelaki ini, Najmi Nawawi penuh inspirasi buat suami agar menjaga kebahagiaan keluarga.
BILA DAH JADI SUAMI KAU KENA ‘SOMBONG’
Kau kena tahu ‘limit’ kau, dan kau kena tahu yang kau sudah mempunyai isteri. Hidup zaman bujang dan hidup selepas kahwin jangan disamakan. Kawan dekat tempat kerja cukup sekadar kawan, dan bercakap sekadar apa yang perlu.
Ads
Jika hidup di zaman bujang dulu kita boleh ‘haha’, ‘hihi’ dan ‘huhu’ sana sini, takkanlah selepas kahwin pun kau mahu teruskan benda yang sama. Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan perempuan kau. Kau kena ingat juga isteri yang sanggup bertahan segala ‘busuk’ kau dekat rumah.
Dengan isteri dekat rumah, suka untuk bergaduh, tetapi kawan-kawan diangkat jadi dewa, dipuji dan disanjung. Bermasam muka dengan pasangan, namun boleh tersenyum lebar berjam-jam dengan kawan-kawan.
Ini tidak adil. Jangan kita terlalu utamakan kawan-kawan sehingga lupa pada pasangan. Ini ialah perkara yang tidak patut berlaku. ‘Sense of judgment’ yang sudah tersasar.
p/s : Jangan risau, kawan-kawan kau tidak akan cakap kau ‘sombong’ tetapi mereka akan ‘respect’ kau sebab kau matang dan tahu mana prioriti.
Ads
Lagipun apa kau kisah. Kita hidup bukan dibawah kata-kata dan prasangka orang lain. Kita lebih tinggi dari itu, takkan begitu mudah kita kalah dengan persepsi orang lain.
Dekorasi kediaman Awal Ashaari dan Scha Alyahya classy dan mewah. Persis hotel lima bintang. Segenap ruang dihias indah.Awal dan Acha ternyata cukup bijak memilih jenis perabot, susun atur dan warna kediaman mereka mengikut tema yang dipilih.
Dekorasi Kediaman Awal Ashaari Dan Scha Alyahya, Classy & Mewah
Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos pernah berkongsi koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga. Awal juga ada berkongsi video memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan warna putih melatari segenap ruang rumah.
Kelihatan juga perabot-perabot berjenama mewah, chandelier, pasu dan gubahan bunga-bungaan. Pencahayaan di segenap ruang rumah menjadikan suasana kediaman seperti di hotel bertaraf lima bintang.
Dekorasi kediaman pasangan ini adalah hasil ilham mereka bersama. Jom kita jamu mata tengok dekorasi rumah pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’ ini.
Isteri bila dia rasa dirinya seperti orang gaji, suami jangan ambil mudah. Ini bermakna isteri anda sedang mengalami tekanan. Jangan perlekehkan perasaan mereka ini kerana tanpa sedar anda sebagai suami telah memperlakukan isteri anda seperti seorang ‘bibik.’
Jika terlalu lama dipendamkan perasaan ini , ia juga boleh menimbulkan pergaduhan suami isteri. Lebih parah lagi, ada yang mengalami kemurungan yang serius. Jangan menafikan apabila ada segelintir suami yang memandang sebelah mata peranan isteri terutama suri rumah sepenuh masa.
Isteri Rasa Macam Orang Gaji
Maka sebab itulah ramai golongan isteri merasakan diri mereka tidak ubah seperti orang gaji bukan sebagai isteri. Penting untuk suami membantu isteri dan tidak hanya ‘melonggokkan’ semua tugas-tugas di rumah kepada isteri. Tekanan menjadi lebih hebat bila isteri bekerja.
Apabila kita memahami peranan isteri dan situasi ini dengan jelas, kita akan dapat membuat perubahan yang positif dalam keluarga.
Dikongsikan LAPAN penyebab mengapa isteri rasa seperti orang gaji:
1. Isteri ‘Conquer’ Semua Kerja Rumah
Kerja rumah memang tak akan pernah habis. Walaupun isteri anda rasa dia BOLEH buat, tak semestinya dia PERLU buat semua kerja tersebut.
Solusinya, anda perlu bersabar dan tidak meletakkan ‘expectation’ yang terlalu tinggi kepada isi rumah tersebut.
Biasalah kalau rumah bersepah, ada baju-baju yang bertimbun dan permainan yang di sana sini. Tapi, anda perlu ingat bahawa anak kecil seawal 3 tahun pun dah boleh diminta untuk melakukan tugas mudah seperti memasukkan baju ke dalam bakul dan membuang sampah. Mereka cuma perlu dilatih dan dipantau dengan teknik yang betul.
2. Suami Kurang Bekerjasama
Suami memainkan peranan yang amat penting dalam menjadi contoh kepada anak-anak. Anda juga perlu melakukan sedikit kerja rumah juga walaupun isteri anda merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
Mengapa? Suami akan menjadi contoh paling dekat dengan anak-anak. Bagaimana kita mahu mengarah anak-anak untuk melakukan kerja rumah sekiranya mereka boleh menjawab – “Alah, Papa tu relaks saja. Bukannya buat apa-apa. Aiman pun nak rehat macam Papa lah.”
Anak-anak adalah sang peniru yang hebat. Kalau tidak dapat menolong banyak benda pun tak mengapa, tapi setidak-tidaknya suami perlu tahu menguruskan diri sendiri – bukankah ini tanggungjawab individu?
3. Anak-anak Kurang Didikan
Seorang ibu bukan saja rasa seperti orang gaji apabila terpaksa menggalas kerja rumah seorang diri, tetapi juga apabila dilayan dengan buruk oleh anak-anak atau sesiapa saja di dalam rumah tersebut.
Tugas mendidik anak bukanlah mudah dan ia tak sewajarnya digalas oleh isteri seorang. Cakap saja tentang gejala sosial zaman moden ini, macam-macam yang terbayang di kepala. Sesibuk manapun, mereka amat memerlukan masa berkualiti bersama anda.
Melayan bayi menyusu badan seharian pun boleh memenatkan dan mengambil banyak masa isteri. Apatah lagi apabila anak sudah mula pandai berjalan, ke taska, dan sekolah. Mereka perlu dididik untuk berkomunikasi dengan baik, solat, mengaji, dan banyak lagi. Tugas ini amat berat, jadi janganlah melepaskan semua bahagiannya kepada isteri atau guru semata-mata.
Suami Jangan Buat-buat Tak Tahu
4. Ruang Yang Tidak Terancang
Memang ‘sakit mata’ apabila tengok barang-barang bersepah dan berterabur. Tapi, anda perlu mencari punca mengapa barangan tersebut tidak teratur. Adakah kerana sikap individu ataupun ruang dalam rumah yang tidak dirancang dengan baik?
Salah satu cara praktikal adalah dengan mewujudkan ‘pride of place’ di mana mereka mempunyai ruang mereka sendiri. Ia tidak semestinya sebuah bilik sendiri, tetapi mungkin tempat tidur, ruang belajar, dan almari yang mudah dicapai atau dikendalikan. Dengan cara ini, mereka akan rasa lebih bertanggungjawab apabila diarahkan untuk mengemasnya.
5. Anak-anak Terlalu Dimanjakan
Sedari kecil, andalah yang merancang semua perkara untuk mereka dan menyediakan segala keperluan mereka. Perlahan-lahan, mereka perlu juga diajar untuk berdikari dan menguruskan tugas yang mudah. Kita patut ambil iktibar daripada kisah ‘Anakku Sazali’ lakonan Allahyarham lagenda P.Ramlee.
Dalam kebanyakan kes, ibu bapa sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah memanjakan anak mereka. Permainan bersepah, tak pandai urus diri, dan berat tulang pula apabila diminta untuk menolong kerja rumah.
Dalam jangka masa panjang, ia akan memberi manfaat besar bukan saja kepada anda tetapi juga kepada anak tersebut.
6. Tak Dapat Menikmati Masa Makan
Keluarga anda perlu melihat anda berada di meja makan. Tabiat membawa makanan masuk ke bilik, melayan ‘handphone’ sambil makan, mengeluh melihat makanan, dan menjadi ‘picky eater’ mungkin saja bermula apabila anda mengabaikan masa makan yang berkualiti bersama keluarga.
Perasan tak, mungkin anda memberi persepsi yang ‘negatif’ terhadap masa makan. Anda selalu makan sisa makanan yang dah sejuk, makan sambil berdiri di dapur, dan kadang-kadang langsung tidak makan bersama mereka kerana terlalu sibuk melakukan kerja lain.
Bukanlah peranan isteri 100% memastikan semua orang dalam rumah gembira dan mendapat layanan ‘first class’. Sebaliknya, tugas ini turut dikongsi dengan suami yang bertindak sebagai pemimpin rumah tangga.
Yang penting, anda berdua perlu berfungsi sebagai satu unit yang saling menjaga maruah dan integriti masing-masing. Dengan jalinan kasih sayang dan persefahaman, anda akan rasa bahagia walaupun penat.
8. Hargai Isteri Dan Bermuafakat Dalam Pembahagian Tugas
Kuncinya, seorang isteri perlu menghargai diri anda terlebih dahulu jika anda mahu orang lain menghargai anda. Dari situ, akan lahirlah kepuasan daripada melakukan semua tugas dan peranan isteri dan juga ibu.
Si suami pula perlu menjadi ketua dan bersedia untuk berkongsi tugasan agar rumah tangga menjadi lebih efisyen. Semoga dengan memperbetulkan mentaliti ini, anda akan dapat merasakan perubahan yang lebih positif dan berasa kurang terbeban dengan semua kerja rumah.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kepiluan hati seorang ayah yang terpaksa reda melepaskan anak perempuan kesayangannya untuk kembali ke sisi Allah SWT.
“Dunia ini sesepi-sepinya, itulah yang boleh jelaskan perasaan saya. Tiada kata-kata lain yang boleh menjelaskan kedudukan saya selain sepi,” kata Raissuddin Hamzah usai menjawab soalan media sebaik selesai majlis bacaan Yasin dan tahlil buat Allahyarham Siti Sarah melalui aplikasi Zoom pada Selasa malam.
Sekalipun sukar untuk menerima erti kehilangan, Raissuddin dalam masa sama berlapang dada menerima qada dan qadar, apa lagi anaknya itu dijemput mengadap Allah dalam penuh kemuliaan.
“Dia seorang anak yang cukup baik, tak pernah bantah, tak pernah lawan cakap saya, ikut apa sahaja saya cakap… dia juga anak yang sangat manja,” kata Raissuddin dalam nada tersekat-sekat.
Ini merupakan kali pertama Raissuddin yang juga seorang penyanyi terkenal di era 1980-an berkongsi perasaanya dengan wartawan selepas 24 jam anak tercintanya kembali ke rahmahtullah selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19.
Kembali mengingati detik-detik dimaklumkan berita sedih itu, Raissuddin berkata, masih jelas di ruang fikirannya bagaimana menantunya, Shuib datang berlutut dan memberitahunya dalam nada yang sangat tenang.
“Shuib datang ke bilik saya dengan senyum. Shuib duduk berlutut depan saya dan beritahu dia mahu ke hospital dan berkata… Siti (Sarah) dah tak ada abah,” cerita Raissuddin dalam nada sebak.
Menurut Raissuddin lagi, anak perempuan kesayangannya itu akan kekal di sanubarinya sebagai anak yang soleh dan telah banyak memberi kegembiraan bukan sahaja pada keluarga bahkan kepada seluruh masyarakat.
“Apa yang saya harapkan, marilah kita sama-sama mendoakan dia, doakan Siti Sarah agar dia tenang di sana,” ujar Raissuddin yang baru sahaja selesai menjalani kuarantin selepas turut dijangkiti COVID-19.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di