Seperti yang kita semua tahu, makanan bergoreng antara makanan kegemaran seluruh masyarakat Malaysia. Tapi kali ini kami kongsikan menu yang kurang berminyak dan sedap.
Popia basah sos merah merupakan pilihan yang tepat jika anda ingin mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Dengan resipi yang dikongsikan oleh salah seorang doktor yang menggunakan profil Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, anda boleh mencubanya di rumah sahaja.
Yang lebih menarik lagi, doktor ini juga berkongsi resipi dan teknik yang mudah untuk membuat sos merah yang enak dimakan bersama popia basah ini. Selamat mencuba!
– Campur tepung gandum dengan air dan garam secubit. Tak ada pula gambar yang dah bancuh. Dia jadi campuran cair dan boleh disapu.
– Ini trik nak buat kulit popia nipis. Bancuhan tadi kita sapu atas kuali yang dah panaskan sederhana panas. Saya gunakan berus silikon. Sapu dari luar ke dalam, buat bulatan.
– Jadi macam ni! Biar sampai tepung masak. Ni percubaan pertama, buruk gila sebab ada ketul-ketul tu. Tapi yang seterusnya dah cun.
Ads
– Ni versi yang dah cun melecun. Tipis dan tak berlubang lubang.
– Potong lobak merah dan lengkuas caranya sama.
– Udang kering, rendam dalam air panas selama 15 minit. Bila dah kembang, cincang halus. Bawang merah dan bawang putih, cincang halus juga.
– Sekarang tumis geng bawang sampai naik bau.
Ads
– Masukkan udang kering yang dah kembang tu dalam tumisan bawang. Tumis sekejap je lagi.
– Masukkan lobak dan sengkuang. Gaul rata.
– Letakkan sedikit sos tiram sebagai penaik rasa. Gaul sebati. Jika masih tawar, tambah garam sikit. Untuk tambah aroma, letak minyak bijan. Sikit je.
Bahan Sos: (dapat 1 cawan sos)
4 sudu besar taucu manis (masin pun okay)
8 sudu besar gula Melaka
2 sudu besar minyak bijan
½ sudu kecil cili boh
½ sudu kecil pes asam jawa
2 sudu kecil tepung jagung
Cara-Cara:
Ads
– Ini bahan asas untuk buat sos merah sengkuang calit. Taucu manis, gula melaka, pes asam jawa dan sedikit cili boh.
– Masukkan bahan asas dalam pengisar makanan, letak minyak bijan dan sedikit air. Kemudian kisar sampai halus.
– Dah kisar, masuk dalam periuk dan renehkan dia sampai cili boh tadi masak. Kalau tak masak cili tu, pahit jadinya.
– Dah sudah masak, saya gunakan air bancuhan tepung jagung sebagai pemekat.
– Nampak tu, berkilat dan likat. Waktu ni masih panas, nanti dia sejuk, dia makin kental. Sabarlah sikit ya. Ketika ni masih sempat nak adjust kemasinan, kemasaman, dan kemanisan sos ni. Kalau nak rasa lebih kekacangan, tambah lagi minyak bijan. Dah sejuk, saya letak dalam mason jar ni.
Bila demam, badan pun akan jadi panas lain macam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama seperti minum air barli halia.
Petua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini. Jom lihat cara membuatnya di bawah!
AIR BARLI HALIA
Bahan-bahan:
Barli
Halia
Air
Gula batu
Cara penyediaan:
1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.
3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian baru letak gula batu dan biarkan sampai gula larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.
4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan air sikit dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.
Tips:
Kalau masa rebus tak guna gula batu, boleh campur madu sikit masa nak minum. Kalau tak campur apa pun tak apa. Macam air suam saja rasa dia.
Ni anak kecil pun boleh minum. Bila badan anak panas, elok bagi minum. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.
Nona manis, dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak manis gitu.
Hari ni ariana nak share resepi nona manis, semanis senyumanmu, hihi Ariana juga ada bagi tips macam mana nak buat nona manis nampak licin dan cantik.
Resepi Nona Manis
Bahan A (Step 1)
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
Bahan B (Step 2)
1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
1sk pewarna hijau
Bahan C (Step 3)
2 cawan santan
2 sudu tepung gandum
1sk garam
1sk gula
P/S : Ariana guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.
Cara penyediaannya:
Step 1 :
1. Kisar telir, gula, tepung gandum dan santan senhga sebati. Kalau tak ada pengisar, boleh whish hand je.
2. Dah siap ketepikan.
Step 2
1. Masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
2. Lepas itu masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
3. Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.
4. Masukkan bahan yang telah dikisar di Step 1tadi. Kacau hingga sebati.
5. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan, bila telah sejuk tapis dan letak dalam botol.
Step 3
1. Masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam. Kalau suka masin boleh tambah garam lagi. Kacau hingga sebati.
2. Pastika adunan juga sedikit pekat dan tidak cair. Bila sejuk tapis dan masukkan dalam botol.
Ariana letak dalam botol macam ni.
3. Sapu dulu acuan dengan minyak supaya kuih tidak melekat dan letak 3/4 adunan hijau dalam acuan.
4. Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau ke dalam sangat, nanti bercampur dengan adunan warna hijau.
Ekstra Tip
Untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin, wrapkan loyang. Di sekeliling loyang Ariana buat lubang, cucuk dengan lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh. Boleh buat banyak lubang. Kukus selama 15 minít@sehingga masak.
5. Dah masak tunggu sejuk dulu barulah
keluarkan dari acuan.
Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Selamat mencuba.
Selalunya kalau nak buat kari, mesti akan beli serbuk kari ekspress. Kalau tak serbuk, beli yang readymade orang jual macam pes kat pasar pagi. Balik tinggal campak jela bahannya, siap!
Tapi.. tahu tak pes yang macam kita beli kat kedai tu sebenarnya boleh buat sendiri je kat rumah. Tak ada lah susah sangat cara nak buatnya. Kalau rajin, buat banyak-banyak jadikan stok terus. Nak guna, keluarkan je!
Cara membuat rempah kari sendiri ini telah dikongsi oleh Normah Bahari. Inilah rahsia nak hasilkan kari ikan yang sedap.
Cara Membuat Rempah Kari Homemade
Bahan-bahan:
10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji (ketumbar)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
Cara membuat:
1. Basuh semua bahan, tapis dan rendam pula dalam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.
2. Kisar semua bahan hingga halus (boleh juga guna penggiling, jika ada lagi sedap hasilnya). Siap!
3. Rempah yang dah dikisar halus ini boleh terus digunakan untuk masak kari seperti biasa.
Cara Masak Kari Ikan
5 ulas bawang kecil/1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1⁄2- 1 cawan minyak untuk menumis
1 sb halba campur
1 biji tomato ( dipotong kecil )
1⁄2 kg ikan
1 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )
Asam jawa ( agak2 )
1 cawan air
Sayuran
Cara membuat:
1. Tumis bawang yang dipotong, masukkan halba campur serta tomato dan daun kari.
2. Bila dah wangi, masukkan rempah homemade yang dikisar, kacau dengan api perlahan.
3. Bila dah bau harum semerbak, baru tuangkan air. Tunggu sehingga pecah minyak (pastikan betul-betul pecah minyak).
4. Curah santan, asam jawa dan tambah air lagi, kemudian masukkan ikan, perasa dan akhir sekali masukkan sayuran.