Diuji dengan demam influenza sekeluarga, pelakon dan pengacara Yana Samsudin kini lega keadaan dirinya, suami dan dua anaknya semakin beransur pulih.
Berkongsi pengalaman itu kata Yana, ia bermula bila mana dua anaknya, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea yang dijangkiti virus itu dan terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu.
Namun begitu kata Yana, berbanding anak dan suami, dia mengalami gelaja yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi cerita ketika diuji dengan virus itu yang dikatakan lebih sakit dari virus Covid-19.
“Morning korang, sikit lagi nak sihat dah ni. Itu la Yana dah pesan dengan anak anak, “ko kalau nampak ada orang demam, ko lari je jangan main ngan dia, diorang main jugak…”
“Dah terbaring 2 beradik tu kena Influenza A, seminggu kuarantin.
Ads
“Yana lak, dah cuba asingkan tempat tidur, rajin pulak budak 2 orang ni datang melawat mommy dia. Dah berjangkit kita pulak,” ujarnya memulakan cerita.
Malah kongsi Yana lagi, melalui pengalaman itu dirasakan lebih sukar dan sakit berbanding ketika diuji dengan virus Covid-19.
Tambah Yana lagi, meskipun suaminya, Fadzil Zahari turut sama dijangkiti virus itu namun begitu dia tetap menguatkan diri demi isteri dan dua anaknya yang sakit.
Tidak hanya membawa ke klinik bahkan dia berulang alik serta memandu pada jarak yang jauh untuk memastikan kesemuanya dalam keadaan yang baik.
Ads
“Ya Allah, sakitnyaa lebih dari covid. Sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua la. Nasib #EnKetuaRumah tak buat hal, kalau tak bertambah pulak sakit hati kita ni.
“Dia yang paling steady rasanya, drive beratus kilometer pergi Lumut, pastu Penang pastu Yong Peng, pastu balik Shah Alam semula.
“Malam kemudiannya bawak Mateen pergi klinik, pastu malam esoknya bawak Yana pulak pergi klinik, kitorang balik rumah dah tumbang. Sempat pergi opis lagi, petang kemudiannya baru nampak dia lesu, balik opis mandi pastu berselera pulak dia makan, orang sakit patutnya tak selera makan, ntahlah.
Ads
“Esok petangnya dia dah Ok, hidup seperti sedia kala, anak-anak pulak dah berlari ke sana sini keriangan. Tinggallah kita dengan saki baki kesakitan ini Allahu,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Yana dan suami mendirikan rumahtangga pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Sejak kebelakangan ni banyak isu memperkatakan wanita mengalami kemurungan. Paling menakutkan ia boleh menjadi pencetus kepada tindakan untuk mencederakan diri atau orang lain termasuk anak sendiri! Malah ada bunuh diri!!
Dalam fikiran suami, nampak simple aje bila isteri mengadu penat, sedangkan boleh berehat aje dan bertenang.
Namun, yang biasa-biasa inilah akan jadi parah bila isteri memendam rasa. Tak luahkan.
Sebagaimana yang dinyatakan melalui perkongsian oleh puan Norzi Malek seorang Terapi menjelaskan bagaimana situasi kemurungan, tekanan seorang wanita yang di biarkan tanpa prihatin dari suami. Malah perkongsianya telah mendapat share lebih 3K. Jelas membayangkan kerisauan diri dikalangan kita.
ISTERI MENGADU RASA STRESS
”Saya rasa lost la abang. Rasa stress, rasa kosong sejak duduk rumah jaga anak ni. Saya rasa serabut hidup saya. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Serabutlah”. Luah Alia pada suaminya.
Amir pandang lama-lama isteri yang dinikahi sejak 5 tahun yang lalu. Terbit rasa sesal dalam dada.
”Sayang, sayang kena dekatkan diri pada Tuhan. Banyakkan mengaji, berzikir. Sayang jadi macam ni sebab sayang tak buat amal ibadat banyak. Jauh dari Tuhan.
Buat banyak sikit amalan. Jangan asyik belek handphone saja siang hari”.
Dan perbualan mati di situ.
SUAMI ANGGAP BIASA AJE, BERI NASIHAT
Alia rasa nak menjerit apabila mendengar suaminya nasihat benda yang sama berulang kali setiap kali Alia luahkan gelodak di jiwa yang Alia sendiri tidak mampu uruskan.
Sejak Alia berhenti kerja menjaga anak-anak di rumah, putaran hidup Alia berubah sama sekali.
Matlamat Alia berhenti kerja cuma satu. Nak menjaga anak-anak di depan mata. Nak anak-anak membesar mengikut acuan yang Alia sendiri tetapkan.
Alia mula berbisnes online untuk mencari side income. Selama Alia bekerja sebelum ini, Alia tidak pernah tiada duit. Semua kehendak dan keinginan Alia, akan diusahakan sendiri. Itulah kepuasan hidup Alia.
Namun, berbisnes tidak semudah yang disangka. Ada pasang surut. Tidak semuanya indah. Ada ketika umpan mengena, ada ketika langsung tiada.
Alia mula merasakan dirinya tidak berguna apabila tiada duit. Setiap kali berkeinginan sesuatu, Alia perlu melalui suaminya untuk pelepasan duit.
MULA RASA SUNYI
Apabila ada perjumpaan keluarga, saudara mula bertanya aktiviti Alia sejak berhenti kerja. Dari sebesar-besar soalan hingga ke soalan sensitif, Alia banyak terasa.
Alia dapat rasakan saudara mara mula memandang rendah padanya dan dia tiada nilai dalam keluarga itu disebabkan statusnya hanya suri rumah.
Kalau dahulunya Alia banyak berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja, sekarang dunia Alia hanya anak-anak. Alia rasa sunyi. Kosong. Tiada kawan.
Apabila suaminya balik dari kerja, Alia berharap suaminya menjadi rakan baik yang akan berkongsi apa sahaja cerita tentang dunia luar. Akan mendengar keluh kesah Alia dalam menjaga anak-anak yamg semakin lasak.
Tapi ada ketikanya, hanya sepatah sepatah yang diterima daripada suaminya. Bergantung pada mood suami. Kalau suaminya penat bekerja, pendeklah ayat berbicara.
BERUBAH SIKAP
Alia mula berubah. Dia semakin garang pada anak-anak. Terjerit-jerit setiap kali bercakap dengan anak.
Penampilan Alia juga berubah. Alia dah tak peduli tentang penampilan dirinya. Dia dah tidak kira mandi atau tidak. Dia mula termenung dan bercakap seorang diri untuk menaikkan semangatnya supaya sentiasa positif.
Rutin tidur Alia juga berubah. Malam-malam Alia sukar tidur, namun apabila siang hari Alia mampu tidur dari pagi hingga ke penghujung senja.
SUAMI ANGGAP BIASA AJE BILA ISTERI MEMGADU PENAT
Perkara ini berlaku selama berbulan-bulan sehinggalah suatu ketika, Amir mendapat panggilan daripada ayah mertuanya.
‘Amir, kau tolong bawak Alia jumpa doktor. Ayah tengok makin pelik Alia ni sejak dua menjak ni’
Amir meyakinkan ayah mertuanya yang Alia masih ok dan hanya penat uruskan anak-anak dan hal rumahtangga.
Balik rumah, Amir nasihatkan lagi Alia. Dekatkan diri pada Tuhan. Minta berzikir selalu. Amir juga bawak balik air penawar yang ustaz bacakan untuk ketenangan hati Alia.
” Sayang, dekatkan diri pada Tuhan. Sayang stress sebab sayang jauh dari Tuhan”.
‘BISIKAN SUARA’
Alia diam.
Pagi yang hening, Alia bercakap lagi seorang diri. Untuk menaikkan semangat dia. Dia rasa kosong. Tiada siapa faham apa yang dia rasakan.
Tiba-tiba dia terdengar suara berbisik,”cuba lompat dari tingkap ini. Semua masalah akan selesai”.
Alia menuju ke tingkap apartment rumahnya yang berada di tingkat 9. Lalu dia pon melompat terjun kerana dia mendengar nasihat hanya dengan melompat dari situ, semua masalahnya akan selesai.
TEKANAN BUKAN PETANDA JAUH DARI TUHAN
Nota kaki : Depression adalah penyakit yang perlu dirawat. Depression bukan petanda seseorang itu jauh dari TuhanNya.
Depression bukan hanya berlaku pada suri rumah, depression boleh berlaku dimana-mana dan pada sesiapa sahaja. Malahan pelajar, fakir miskin, artis dan jutawan juga boleh mendapat depression.
Mempunyai Coping skill yang baik akan membantu anda mengawal depression dari menjadi semakin buruk.
Ketahui tahap depression anda serta dapatkan rawatan therapy dan bagaimana untuk mengawalnya.
Depression tidak mengenal usia, jantina, bangsa dan agama.
“Are you ok today?”
Perkongsian dari pakar terapi ini adalah sebuah kisah benar melalui hastagenya #DepressionIsReal dan #KisahBenar.
Moga kita muhasabah dan banyakkan komunikasi dengan suami. Jangan memendam rasa. Masa dah suntuk jika kita biarkan bisikan itu menguasai diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang cantik bila anak perempuan pakai barang kemas atau perhiasan kecil seperti rantai, gelang dan subang.
Cuna anak-anak ni kadang kala jadi kreatif, semuanya jadi barang permainannya. Begitulah yang terjadi kepada pesakit kepada doktor pakar ini yang merupakan murid darjah dua.
Berikut perkongsian Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih
Sebaik pulang dari hospital, saya letakkan beg. Buku-buku dilihat tersusun rapi di atas meja. Sudah amat lama tidak dibelek sebenarnya.
“Ayah, jom kita main!” Belum sempat menukar pakaian, si Ammar sudah memberi tugas.
“Lepas main bola, main dengan Anna pula ya!” Jerit si Anna pula.
Kerja seorang ibu dan ayah ini tidak pernah habisnya, ada saja. Macam-macam cabaran untuk membesarkan mereka.
Saya terus teringat satu kisah pesakit saya malam tadi, tersedut anting-anting subang telinga. Masuk ke dalam hidung. Hampir-hampir tertelan. Yang berlaku itu bukan kepada bayi atau kanak-kanak kecil. Tapi sudah darjah dua.
Ibu ayah tak boleh dipersalah seratus peratus. Mereka pun tak boleh setiap masa mampu untuk perhati apa yang dibuat anak-anak.
Anak ini sudah tersedut subang tersebut semenjak pagi, apabila malam baru beritahu ibu. Si ibu pun terus bawa ke hospital.
Alhamdulillah berjaya dikeluarkan.
Ibu-ibu… ayah-ayah… saya nak pesan ini. Kita perhati anak-anak kita ya. Pesan untuk saya juga yang ada anak kecil ini. Yang pakaikan barang hiasan kecil itu hati-hati. Alat permainan pun macam itu. Takut tak perasan.
Apabila dah termasuk ke rongga seperti mulut, tekak, hidung dan telinga ini tak mudah nak dikeluarkan, terutama kanak-kanak kecil.
Moga tulisan ini bermanfaat. Kita saling berpesan. Dijemput kongsi nasihat ini kepada semua yang kita sayang.
Dr Ezairy M.Sallih Sangat susah nak keluarkan anting-anting ini sebab ia terlalu kecil dan berisiko tercedera ketika prosedur. Mujur tak tersedut ke paru-paru.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.