Setiap hari, sebaik matahari terbit, tugas seorang isteri sudah bermula. Sama ada bekerja atau pun tidak kesibukannya sama sahaja. Terkejar ke sana, terkejar ke sini demi memastikan keluarga tersayang tidak berkurang satu apa pun.
Namun pada saat-saat begini banyak hati wanita yang mendongkol marah dan geram. Apa tidaknya. Sedang si isteri bertungkus lumus mengerjakan apa yang patut, ada suami bersantai-santai di sofa sambil menonton televisyen dan membaca surat khabar.
Bukan mahu mendabik dada, tetapi memang kenyataannya. Rutin seorang wanita bermula sebaik celik mata sebelum subuh hinggalah saat melabuhkan tubuh di katil. Letih yang dirasakan memang tidak terucap dengan kata-kata.
Namun berlainan sekali dengan rutin seorang lelaki@suami (maaf, mungkin tidak semua). Bangun pagi sarapan sudah tersedia. Pulang dari pejabat, selepas makan malam sudah boleh berehat sambil menonton rancangan kegemaran di ruang tamu. Aduhai…seronoknya menjadi seorang lelaki@suami!
Rasanya ini bukanlah satu isu yang baru. Malah sejak bertahun-tahun perkara ini sering menjadi topik perbincangan hangat. Namun ia masih menjadi satu tabu dalam rumah tangga. Walaupun kini semakin banyak suami yang ringan tangan membantu dalam menguruskan kerja-kerja di rumah, namun bebanan tugas masih 90 peratus terletak di `batu jemala’ isteri.
Saling membantu
Kita sudah sedia maklum yang Islam amat menuntut agar setiap pasangan suami isteri mengamalkan sikap saling bantu membantu. Nabi Muhamad SAW sendiri sentiasa membantu isteri-isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan urusan anak.
Sikap Baginda ini sepatutnya menjadi ikutan para lelaki bergelar suami. Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): “Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku. Contohilah aku.”
Ads
Sudah sewajarnya para suami mengambil iktibar daripada hadis tersebut dalam melayari bahtera rumah tangga. Walaupun Baginda (s.a.w) sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, pemimpin ummah dan Negara dan sebagai panglima perang, namun Rasulullah (s.a.w) tetap dapat meluangkan masa membantu isterinya membuat kerja rumah seperti menjahit pakaian yang dan membaiki kasut.
Suami sebagai ketua keluarga seharusnya menjadi pemimpin dan pelindung. Bukan hanya tahu memberi arahan semata-mata. Apatah lagi sekarang ini kebanyakan pasangan suami isteri berkerjaya. Jadi rasanya tidaklah salah jika mereka saling membantu dalam menguruskan rumah tangga.
Memang banyak lelaki yang mempunyai ego tinggi. Tetapi ini bukanlah masa untuk menunjukkan ego. Dalam urusan rumah tangga ini para suami perlu belajar untuk mengurangkan rasa ego dan membantu isteri membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, mengurus anak, membersihkan rumah dan sebagainya. Lagipun banyak kebaikan dalam kita bekerjasama menguruskan rumah tangga. Antara manfaat paling besar ialah dapat merapatkan lagi hubungan dan menambahkan rasa kasih sayang.
Pregnancy/Birth :Young married couple embraces standing near table in kitchen. Husband hugs his pregnant wife, putting his hands on her big belly, woman is preparing breakfast. Lifestyle, couple in love, happy people.
Andai suami enggan membantu, isteri jangan cepat berputus asa. Sebaliknya cubalah bersikap bijak dan menegur secara baik dan lemah lembut. Tindakan ini sangat bersesuaian dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga selain dapat menjaga keharmonian rumah tangga.
Mengajak suami
Ads
Dalam menguruskan rumah tangga, kerjasama suami dan isteri amatlah diperlukan. Lantaran itu hal ini elok dibincangkan bersama. Perbincangan akan memberi ruang untuk kita lebih saling mengenali dan `menguraikan’ apa yang tersimpul dan terpendam.
Banyak isteri yang mahu menjadi `isteri mithali’ sehingga takut untuk meminta suami membantu kerja rumah. Ini bukan soalnya kerana `membiarkan’ suami begitu sahaja boleh menyebabkan dia menjadi “pemalas’! Lagipun bukan suami tidak pernah melakukannya sebab kerja-kerja rumah bukanlah suatu yang asing sewaktu dia hidup bujang dahulu.
Mungkin cara terbaik untuk meminta bantuan suami adalah dengan mengajak dia menemani anda sewaktu anda sedang melakukan kerja-kerja tersebut. Misalnya ketika anda hendak memasak, ajak dia bersembang dengan anda di dapur.
Suami mungkin mulanya akan berasa janggal dan menolak permintaan anda. Tetapi cubalah pujuk dia dengan lembut dengan alas an mahu berkongsi banyak cerita menarik dengannya sambil anda membuat kerja rumah. Bila dia selalu bersama, anda boleh meminta dia membantu membuat kerja yang mudah seperti memotong sayur atau bawang. Nanti setelah terbiasa, dia tidak akan kekok lagi membantu anda.
Selain itu dengan selalu melihat anda sibuk membuat kerja rumah, mungkin suami akan perasan betapa sibuknya anda di rumah. Baik juga secara bergurau anda luahkan betapa penatnya anda dan betapa seronoknya jika suami dapat membantu.
Ads
Juga manfaatkan cuti hujung minggu untuk membuat kerja rumah bersama-sama lebih-lebih lagi menjelang hari raya nanti. Ia tidak semestinya diisi dengan berjalan-jalan sahaja. Mengisi hujung minggu dengan membuat kerja membersihkan rumah bersama-sama, termasuk anak-anak sekali, pasti lebih menyeronokkan dan menyenangkan daripada melakukannya sendiri.
Hargai suami
Apabila suami ringan tulang membantu kerja rumah, jangan pula anda berat mulut untuk memujinya. Ini penting kerana itu tandanya anda menghargai bantuannya. Ini pasti membuat dia berasa lebih gembira dengan apa yang dilakukan. Penghargaan dapat diberikan dalam bentuk ucapan terima kasih mahupun pelukan hangat.
Namun andai suami masih berat tangan untuk membantu, jangan berputus asa. Sentiasa panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati suami. Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebagai doa pelembut hati. Baca ayat ini ketika memasak atau menyediakan minuman sambil berdoa agar suami dilembutkan hati dan ringan tulang untuk membantu anda menyelesaikan kerja rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka selepas hampir lapan tahun menunggu penuh sabar, pasangan suami isteri, Nor Hidayatul Ilham Mohd Kamaruddin, 28, dan
Helmy Hafiz Ab Aziz, 33, akhirnya dikurniakan cahaya mata perempuan 3
Disember lalu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Harian Metro,
bayi diberi nama Nur Medina
Ilham itu memberi rahmat buat pasangan itu selain kejutan berikutan Nor Hidayatul hanya menyedari dirinya hamil ketika kandungan berusia lapan bulan.
“Sekitar Mac dan April lalu, saya kerap tidak sihat kerana dijangkiti Covid-19, muntah-muntah juga pening kepala, tetapi tidak terfikir a disebabkan hamil memandangkan sudah dua tahun tidak datang haid.
“Awal Oktober lalu, saya dapat rasa ada pergerakan pada perut dan bertanyakan pada ibu saudara.
“Namun dia mengandaikan saya lapar kerana kebetulan sedang dalam fasa diet ketika itu.
“Saya bertanyakan pula kepada seorang lagi ibu saudara yang bekerja sebagai jururawat.
“Dia dapat merasakan saya hamil selepas mengusap perut saya.
“Bagi mendapatkan kepastian, saya lakukan ujian kehamilan sendiri dan terkejut apabila didapati positif hamil.
“Tengah hari sama, saya pergi ke klinik untuk imbasan dan mendapati kandungan sudah memasuki usia 32 minggu.”
Nor Hidayatul Ilham sebak selepas diberitahu doktor berita gembira itu kerana sudah lama dia dan suami, Helmy Hafiz menginginkan zuriat.
Katanya, kehamilan itu memang di luar jangkaannya kerana selepas berkahwin, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan tempoh datang haidnya tidak stabil.
“Dua tahun pertama perkahwinan, saya ikut saranan doktor untuk hamil, tetapi tiada rezeki kerana berat badan makin bertambah menyebabkan hormon semakin tidak stabil.
“Doktor selalu beri cadangan untuk saya diet dan turunkan berat badan cuma saya baru memulakannya awal tahun ini.
Apapun, Nor Hidayatul Ilham bersyukur kerana doanya dan suami untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain dimakbulkan Allah SWT.
“Terima kasih juga kepada yang mendoakan terutama selepas rakan saya, Shamimi Shamimi Shamsudin muat naik video di TikTok.”
Bila khusyuk hati jadi tenang dan fokus. Selain memahami bacaan dalam solat, anda juga boleh praktiskan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar, Brain Expert kongsikan ini. Sebelum itu ketahui dahulu bagaimana khusyuk ini boleh mempengaruhi otak.
Bagaimana Khusyuk Pengaruhi Otak
Solat itu tuntutan. Suruhan dari tuhan. Hadiah untuk insan.
Solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk. Ia aktiviti libatkan otak.
Lebih menarik ada beza antara solat khusyuk dan tidak. Keduanya terpamer pada otak manusia.
Apabila seorang insan bersolat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Semua aktiviti dunia berlari di minda seperti tayangan movie.
Tiada tenang. Tiada damai. Tiada perkataan baginda “Arihna Ya Bilal” (rehatkan kami Wahai Bilal) bertakhta di sanubari.
Manusia kekal kalut. Kekal bergelut. Gambar imbasan otak sebelah kiri cerita segalanya. Warna kuning tanda otak masih aktif.
Tiada khusyuk.
Apabila hadir solat dengan hati. Merunduk menatap bumi, bahagian PFC senyap sunyi. Bukti tuhan diingati dan dikasihi.
Menarik lagi, bahagian lain pula menjadi aktif. Basal Ganglia, pusat reward atau habuan menjadi aktif. Tanda lega dan tenang bersarang di hati.
Anterior Cingulate Gyrus juga tidak terkecuali. Kesedaran emosi dan sosial berpusat di sini. Kurangkan rasa marah dan anxiety.
Rasa ragu hilang. Rasa sangsi tiada lagi beraksi.
Kajian ini dimuat dalam Journal of Physiology tahun 2015. Kajian ke atas orang yang solat. Solat sebagai rutin berbanding dengan memaknai makna ketuhanan.
Kajian ini berikan makna beza. Antara khusyuk dan solat biasa. Solat dengan khusyuk beri kesan luarbiasa pada otak.
Wujud tenang, damai, kuatkan rasa bertuhan.
Saya tertanya-tanya bagaimana dengan solat saya? Solat tuan/puan pula bagaimana?
13 Cara Tenteramkan Parietal Lobe
Untuk tenteramkan bahagian ini perlu PRAKTIS. Setiap hari. Sama seperti orang berlatih sukan.
Tanpa latihan tiada pencapaian.
Caranya MUDAH. Perlu PRAKTIS dahulu 13 Cara Tenteramkan Parietal Lobe ini.
Untuk tenteramkan bahagian ini perlu PRAKTIS. Setiap hari. Sama seperti orang berlatih sukan.
Cari tempat yang tiada gangguan. Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.
Duduk dalam keadaan selesa. Cara duduk terpulang. Asal SELESA. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap SELESA.
Bernafas melalui hidung. Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.
Teruskan bernafas. Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.
Teruskan bernafas. Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.
Mungkin fikiran akan melayang. Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.
Selepas dua minit, boleh mulakan zikir. Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.
PRAKTIS 5 minit dahulu. Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan PARIETAL LOBE.
Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.
Perlu rancang waktu mahu solat. Beri lebih masa. Perlu ruang bertenang.
Selepas zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.
Semasa solat nafas perlu dijaga. Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.
Fokus pada sebutan bacaan. Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.
Perlu PRAKTIS. Tenang tidak bertandang tanpa diundang.
Khusyuk itu rezeki. Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.
Apabila tiada juga khusyuk mungkin itu tanda kiamat kecil makin menghampiri kita.
Saya doakan ada manfaat dari kaedah ini apabila kita beramal. Saya doakan khusyuk itu bertandang apabila aktiviti di parietal lobe berkurang.
Sumber: DrRizal Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Desas-desus mengenai kemelut rumah tangga pasangan ini berakhir apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim.
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.
Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.
“Ini bukan satu pengakhiran, tapi permulaan yang baru bagi saya dan Mawar untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah dalam membesarkan anak kami.
“Kami berdua baik-baik sahaja, dan saya percaya hubungan kami akan lebih rapat untuk sama-sama membesarkan anak kami.
“Sehingga hari ini kami masih baik. Penceraian bukan satu benda baik, tapi sekiranya takdir Allah pada kita bergantung pada tindakan kita untuk mendapat hasil,”ujar Fizo yang tidak menolak andai ditakdirkan berjodoh kembali.
Dalam pada itu Mawar menafikan wujud ego, harta mahupun orang ketiga dalam tercetusnya penceraian.
“Ini adalah pengorbanan yang paling besar untuk hidup saya buat hidup Fizo sekeluarga. Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo sekeluarga. Tidak timbul soal ego atau harta tetapi saya reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Sebagai wanita pasti semua sayangkan rumah tangga dan cuba selamatkannya. Tetapi sepanjang 6 tahun mencuba saya pasrah dan reda. Mungkin sampai sini sahaja untuk saya mencari ‘chemistry’ dengan Fizo sekeluarga.
“Fizo seorang yang bertanggung jawab, anak, abang dan adik yang baik terhadap keluarganya,” ujar Mawar yang mendapat hak penjagaan anak tunggal mereka, Wan Maryam.
Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di