Demi sebuah keluarga bahagia, pasangan kekasih ini yang merupakan pembawa
gen talasemia( Talasemia minor) ini sanggup berpisah agar zuriat tidak menghadapi masalah kesihatan. Malah jika tidak dapat dikawal boleh membawa maut.
Oleh sebabkan itu, mereka yang menjadi pembawa gen talasemia dinasihatkan untuk tidak berkahwin dengan pasangan yang juga seorang pembawa gen talasemia.
Biarpun berat hati dengan keputusan yang dibuat, pasangan ini kekasih tetap cekalkan hati.
Umum mengetahui bahawa penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen.
Selepas tiga tahun bercinta, rupanya mereka pembawa gen talasemia selepas melakukan pemeriksaan kesihatan. Hal ini sama sekali akan mendatangkan risiko kepada anak-anak andai mereka berkahwin kelak.
Jadi, disebabkan perkara itu, mereka terpaksa berpisah dan masing-masing bersetuju untuk ‘meraikan’ hari terakhir sebagai pasangan kekasih.
Kekal sebagai kawan
Biarpun tidak dapat hidup bahagia bersama, pasangan kekasih ini tetap menjadi kawan baik.
Ads
Bukti hubungan mereka tetap baik apabila itu tetap menghadiri majlis perkahwinan keluarga bekas kekasihnya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kebelakangan ini tular tentang video eksperimen sosial seorang oengguna Tiktok yang melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.
Video tersebut mendapat kecaman ramai kerana dianggap sebagai melampau sehingga mendapat perhatian dari penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang tampil menjelaskan mengenai hukum ‘prank’ keterlaluan dari sudut agama setelah ada orang mengajukan soalan tersebut.
“Zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lempar kek atas muka orang. Apakah hukumnya?” soalan yang diajukan.
Kata Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI berkata, kita sepatutnya menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’ dalam bergurau dan situasi serius.
“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.
“Kita macam orang hilang akal. Nak buat kandungan media sosial supaya banyak dapat tontonan, yang haram pun haramlah.” katanya.
Tegas UAI, kita sepatutnya meletakkan batasan dalam bergurau supaya tidak berlebihan.
“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam.
“Kamu buat kandungan video untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul.” jelasnya.
Dalam pada itu, UAI menekankan tidak salah untuk melakukan konten asalkan jangan sampai tertinggal iman dan Islam.
Selepas dikecam teruk, Daing tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan hanya lakonan semata-mata bagi memenuhi slot program Raja Viral.
Jelasnya, dia sudah berbincang dengan mangsa yang merupakan ibu angkatnya sendiri. Difahamkan, video ‘prank’ tersebut bertujuan sebagai sosial eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.
Setiap pasangan suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Barulah rumah tangga aman bahagia, marriage goals bak kata orang zaman sekarang.
Namun, semua yang berlaku atas izinNya, sebagai hambaNya, kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang, namun yang pasti perancanganNya adalah yang terbaik.
Mungkin semalam kita ketawa bahagia, pagi ini kita menangis kesedihan dek kehilangan insan tersayang. Yang pasti, semua yg jadi milik kita adalah pinjaman semata-mata tiada yang kekal abadi.
Lelaki bernama Khairul Abdullah berkongsi kisah selepas kepulangan isterinya ke Rahmatullah awal Ogos yang lalu. Beliau meninggal akibat jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan organ. Arwah meninggalkan suaminya bersama tiga cahaya mata mereka yang masih kecil, Khaleef, 4 tahun, Khaleel, 3 tahun dan Khaleed 7 bulan.
Di dalam perkongsian tersebut, beliau bercerita tentang arwah isterinya yang sedari awal mempersiapkan dirinya dalam menguruskan hal-hal rumah tangga.
Saya bernasib baik. Tanpa sedar, isteri telah mempersiapkan saya bagi menghadapi saat ini.
Saya sering diajak untuk mengemas rumah bersama. Saya vakum, dia mop. Saya susun buku, dia lap meja, saya cuci toilet, dia kemas katil dan seterusnya begitulah.
Rutin mengemas diganti-ganti. Jadi saya tahu dan pernah buat kesemuanya.
Adakah dia sedang mempersiapkan saya
Dia sering inginkan masakan yang dimasak di rumah. Keistimewaanya adalah memasak lauk pauk. Namun saya sering diminta masak masakan laian seperti laksa, segala jenis mee dan juga kek. Itu kebolehan saya.
Ketika dia mengandungkan Khaleef, kami jauh di perantauan. Memang takde peluang nak nikmati segala masakan sewaktu bulan puasa.
Macam-macam diinginkan dan habis segalanya saya kena masak, dari murtabak ke roti jala, dari sate sehingga ke soto dan segala jenis masakan.
Lalu saya handal memasak. Saya champion. Saya boleh memasak apa sahaja.
Memang dia sedang mempersiapkan saya
Anak sulung kami Khaleef sayalah yang menjaganya sejak di hospital lagi. Nurse memanggil saya untuk mengajar cara menguruskan bayi seperti membasuh berak, memandi dan memakaikan lampin.
Di Jerman memang begitu, suami harus belajar menguruskan anak.
Kebetulan saya seorang freelance yang mempunyai kontrak pekerjaan secara fleksible. Peluang tersebut saya ambil untuk menjaga Khaleef sepenuh masa.
Jadi saya belajar dan praktik lalu jadi pandai apabila melakukannya setiap hari. Saya sangat cekap dan tidak kekok menguruskan bayi.
Masuk anak kedua saya bertambah pandai. Masuk anak ketiga maka saya dah jadi champion.
Memang dia sedang mempersiapkan saya
Anak-anak diajar untuk duduk di dalam carseat sejak hari pertama keluar dari hospital. Walaupun anak menangis dia tidak mahu mengambilnya walaupun saya suruh begitu.
Katanya anak harus dididik, nanti mereka tiada disiplin. Walaupun kesian melihat anak menangis namun dia mahu hati saya keras di dalam mendisplinkan anak.
Memang benar, dia sedang mempersiapkan saya.
Apabila berseorangan begini menguruskan anak ke sekolah atau ketika keluar dari rumah ianya sangat membantu. Bayangkanlah kalau anak jenis tak duduk dalam carseat?
Macamana saya nak bawa baby? Macamana dengan si abang dan adik yang bakal melompat dan bergaduh di belakang? Pasti menganggu tumpuan pemanduan saya.
Jadi saya bernasib baik. Semua yang saya belajar, amalkan dan didik pada anak-anak rupanya sangat berguna untuk saya hari ini.
Sememangnya dia sedang mempersiapkan saya.
Katanya kami perlu ada dryer di rumah. Tak perlu lagi jemur pakaian. Nanti dengan anak yang bertambah, jumlah pakaian bertambah dan kerja nak membasuh jadi semakin berat.
Dan memang benar. Kerja-kerja laundry jadi sangat mudah. Namun kerja melipat dan menyusun masih lagi berat. Dia tidak mahu saya buat katanya saya seringkali gagal mengikut prosedur dan spesifikasi yang telah dia tetapkan.
Namun dia sering mengajak saya meneman dia ketika melipat dan menyusun pakaian. Yang pakaian begini harus disusun begini di dalam almari ini. Yang ini pula harus begini dan seterusnya. Semuanya bersistem dan ianya sangat memudahkan.
Dan hari ini, walaupun adik yang datang ke rumah tolong melipat pakaian, ianya tetap disusun seperti sistem yang telah ditetapkan. Mudah untuk saya mencari pakaian terutaman pakaian anak-anak yang saya perlu siapkan setiap pagi.
Sememangnya dia telah mempersiapkan saya
Beberapa minggu sebelum pemergiannya dia ada memberitahu saya tentang fail-fail setiap urusan rumahtangga dari fail anak-anak, schedule vaksin, akaun bank, akaun tabung haji, di mana letaknya segala dokumen dan pelbagai maklumat pengurusan kewangan yang perlu saya tahu.
Alhamdulillah, hari ini semuanya saya tahu. Semuaya tersusun kemas di dalam fail dan di dalam rekod excel yang dia buat. Semua login serta password akaun media sosial, perbankan, email dan sebagainya saya tahu.
Dengan mudah saya menutup semua akaun media sosial beliau dan juga akses ke akaun perbankan dan akaun-akaun online yang lain.
Akhirnya, memang saya telahpun bersedia.
Pemergiannya sangat mengejutkan. Saya dan anak-anak sentiasa redha yang jodoh kami dengannya hanya setakat itu sahaja.
Hidup perlu diteruskan bagi menunaikan amanahnya.
Ramai orang kagum bagaimana saya melakukannya. Seorang lelaki yang perlu menjaga 3 anak kecil yang seorangnya masih lagi bayi.
Bolehkah dia tukar lampin? Bolehkah dia beri susu? Bolehkah dia beri makan? Bolehkah dia tidurkan anak-anaknya? Bolehkah itu, bolehkah ini dan macam-macam lagi.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...