Rumahtangga yang bahagia pastinya idaman semua pasangan suami isteri.
Namun pastinya ada cabaran yang ditempuhi. Saling berbincang dengan pasangan antara cara untuk kekalkan keharmonian rumahtangga.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan ini. Apabila pasangan yang tiada komunikasi dan berbincang secara telus boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Malah ada yang membawa kepada penceraian!
Kisah sepasang suami isteri ini harus dijadikan iktibar apabila suami terpaksa berhutang demi kepuasan isteri.
Akhirnya, keluarga berkenaan telah hadapi masalah kewangan hingga isteri menuntut cerai!
_____________________
ISTERI TUNTUT CERAI
Seorang lelaki hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat. Di tangannya kemas menggenggam segulung kertas. Mungkin itu surat saman. Tak tahulah apa kesnya.
Setelah selesai prosedur di kaunter, beliau dibawa masuk ke bilik khidmat nasihat. Di sana suasana tenteram. Ditemani sebuah meja, kerusi dan sekotak tisu.
Saya rangkul buku catatan dan beberapa akta dan enakmen berkaitan. Biar ada rujukan. Mana tahu tengah sesi nanti saya perlukan.
Bilik khidmat nasihat saya masuk dan memberi salam. Lelaki ini menjawab salam saya. Kepalanya sedang tunduk. Matanya berkaca. Melihat saya beliau bangun dan menghulurkan salam.
“Waalaikumsalam. Eh takpa encik. Duduklah”
Mata yang berkaca tadi dilap semahu mahunya. Mungkin malu seorang lelaki menangis. Ya. Memang ramai lelaki yang hadir. Jarang yang menangis. Rata rata memang pandai cover.
“Ustaz, tolong saya..”
Suara lelaki ini lemah. Mukanya keruh. Rambutnya kusut. Tangannya kuning. Pelik juga saya. Dia buat apa sampai kuning begitu.
“InsyAllah, saya akan tolong. Sekejap ya”
Saya salin semua maklumatnya dalam buku catatan. Catatan ini amat penting bagi orang yang pelupa seperti saya. Nanti kalau dia datang lagi tak perlu saya soal lagi. Pengalaman mengajar saya begitu.
Setelah selesai. Saya meneliti borang khidmat nasihat yang lelaki ini isi. Didalamnya, beliau tanda permohonan khidmat nasihat bagi kes “Permohonan Cerai”. Seksyen 47. Ohh.
Ads
“Ustaz, isteri saya tuntut cerai. Saya masih sayangkan dia dan anak anak. Anak kami lima orang. Yang paling bongsu baru setahun. Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa isteri dan anak anak. Ustaz, tolong saya..”
Saya dah agak. Tepat sangkaan saya. Segulung kertas yang digenggam tadi sememangnya saman dan permohonan cerai. Turut disertakan iqrar dari si isteri.
Lalu dokumen itu saya minta darinya dan saya teliti. Sebaris demi sebaris borang Jawi 6 dan ikrar sang isteri.
MASALAH KEWANGAN KERAP BUAT PINJAMAN
Lalu fahamlah saya, isterinya menuntut perceraian atas faktor tidak sefahaman. Di dalam ikrar dijelaskan panjang lebar. Semuanya berpunca dari nafkah yang tidak mencukupi. Untuk mendapat kepastian, saya bertanya adakah benar dakwaan isteri tersebut.
“Betul ustaz. Saya memang akui. Sejak setahun yang lalu saya tak dapat sempurnakan nafkah kepada isteri. Tapi bukan saya sengaja. Setiap bulan gaji saya negatif”
Lalu saya teliti slip gaji lelaki ini. Ya Rabbi. Baki gajinya tak sampai empat angka. Anak 5 orang tu. Tinggal pula di bandar. Memang bukan setakat sangkut lagi. Tenggelam dah.
“Encik, kenapa sikit sangat baki gaji ni?kenapa banyak tolak? Loan apa yang encik buat ni?”
“Ustaz, semua anak saya bersalin di hospital swasta. Itu memang kehendak isteri. Saya tak cukup duit, tapi saya ikutkan sahaja kehendak dia. Sebab itu saya buat loan peribadi kat bank setiap kali isteri mengandung. Puas dah overlap.
Lepas tak boleh pusing, saya pinjam lagi kat koperasi. Duit kawan kawan pun banyak yang saya pinjam untuk beli barang dapur, susu, pampers semua. Masuk anak kelima ni pun saya pinjam lagi. Last last saya tak dapat pusing, saya pinjam ahlong. Saya memang tak dapat bayar. Hari hari diorang cari saya. Isteri saya tak tahan dan salahkan saya. Sebab itu dia tuntut cerai ni.. Ustaz tolong saya. Saya tak nak bercerai”
Kali ini lelaki ini tidak malu lagi. Air mata yang ditahan tahan dari tadi melimpah akhirnya membasahi pipi. Di saat ini kotak tisu yang bisu tadi amatlah membantu.
Ads
Allahu.
Saya tak tahu samada ceritanya itu benar atau tidak. Tetapi sebagai manusia biasa saya tetap simpati kepadanya.
“Beginilah encik. Kes ini baru peringkat sebutan pertama. Mahkamah akan tanya encik dahulu. Sekiranya encik tak setuju cerai, kes ini akan diteruskan dengan Jawatankuasa Pendamai di jabatan agama, kemudian jika tak selesai juga kes ini akan dibawa kepada Hakam keluarga. Tak selesai juga, Hakam kuasa penuh.”
Saya terangkan step by step Seksyen 47 dan 48 Akta Undang Undang Keluarga kepadanya. Bermula dari jawatankuasa pendamai hinggalah kepada lantikan hakam berkuasa penuh. Semuanya ikut prosedur.
MASIH SAYANG RUMAHTANGGA
Air mata mula dikesat. Lelaki ini mencatat step step prosedur yang saya terangkan. Dari jawatannya saya tahu. Lelaki ini bukan calang calang orang. Bijak. Tetapi bila tiba masalah rumahtangga begini, tak katalah. Siapapun akan buntu.
“Encik, masalah apapun yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaian. Sabar ya. Cubalah bincang elok elok dengan isteri. Mana tahu dia tertekan. Tak kata kat dialah, siapa yang tak tertekan kalau ahlong asyik datang rumah” saya memujuknya.
Lelaki ini terus lap air matanya. Tisu yang basah dipegangnya tadi mula menguning. Pelik saya.
“Encik, maaflah saya nak tanya, kenapa dengan tangan tu? Pasaipa kuning”
“Ohh, begini ustaz. Isteri saya dah keluar rumah dengan anak anak semua. Dia balik rumak mak ayah dia. Saya dok sensoranglah kat rumah tu. Jadi saya kononnya nak masaklah sebab jimat sikit. Dah gaul ikan dengan kunyit.
Ads
Tiba tiba ada orang ketuk pintu rumah. Saya basuh tangan lebih kurang sajalah. Bukak pintu ada sorang hantar surat ni ha. Minta saya sign.
Lepas baca surat ni saya terus hilang lapar. Sedih saya. Terus tak jadi makan. Call member dia suruh datang khidmat nasihat kat sini”
Allahu. Begitu kisahnya.
Selesai sesi khidmat nasihat. Lalu lelaki ini meninggalkan saya dengan sekuntum senyuman kelat. Sempat menitipkan ucapan terima kasih.
Saya tak tahu apa kesudahannya di Mahkamah. Saya juga tak tahu cerita sebenar apa yang berlaku antara mereka. Namun saya dapat belajar dua perkara.
KENA TAHU PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA
Pengurusan kewangan dan komunikasi suami isteri.
Ya. Itu key pointnya. Jika kita tak mampu, buatlah cara tak mampu. Jangan ikut trend orang.
Berbincanglah dengan pasangan terutama berkaitan pengurusan kewangan. Percayalah, ramai kini yang terjerat dengan hutang. Menyebabkan gaji mereka negatif setiap bulan.
Buat anda yang mempunyai sebarang masalah perundangan yang memerlukan nasihat, sila berhubung dengan kami di JBG. Untuk melayakkan anda mendapat bantuan guaman, anda mestilah:
●Warganegara Malaysia ; dan
●Bagi bantuan guaman dalam kes mahkamah anda mestilah :
✔️ Memenuhi kriteria yang ditetapkan
✔️ Lulus ujian kemampuan (sumber kewangan tidak melebihi RM50, 000.00 setahun); dan
✔️Mempunyai kes yang bermerit
Semoga tulisan ini memberi pengajaran buat kita semua.
Sekian wassalam.
Sumber: Anas Jamaluddin,
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak ramai anak-anak remaja kita hari ini yang pandai memasak dan tidak kekok selok belok di dapur. Jika ada pun, samada mengambil kelas pengajian bidang masakan atau terpaksa berdikari sendiri bila mana ketika belajar.
Pasti susah pada permulaannya. Mencuba kemahiran memasak ini di waktu sudah dewasa tidaklah menjadi masalah, namun jika anak lelaki sudah dilatih sejak kecil pasti bonus buat ibu-ibu.
Senang bila mana anak minta untuk sediakan makan malam. Hebat! Ibu boleh senang hati dan dapatlah rehatkan diri lebih awal. Hal ini mungkin boleh berlaku jika anak sudah cukup kemahiran dan handal di dapur. Ajar anak sejak kecil, itu yang sepatutnya diajarkan.
Dr Norzila Zakaria turut berkongsi kisahnya yang mengajar anak lelakinya sejak kecil. Baginya anak lelaki mesti cekap di dapur. Ada kebaikannya dikemudian hari.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Kebiasannya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu kita di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur. Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak.
Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran. Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Sejak mereka kecil lagi bila masuk dapur saya akan beri apa sahaja yang saya pegang. Contohnya sayur biarlah dia potong dan ambil apa yang mereka potong walaupun tidak cantik potongannya. Ini akan menyebabkan mereka rasa seronok untuk menolong kita pada masa akan datang.
Perlahan-lahan saya upgrade kepada menggunakan pisau, siang ikan dsb.
Cuma rumah saya ni guna dapur induksi yang tak panas jadi saya tidak berapa bimbang tentang api dan gas. Namun semua pun perlukan pemantauan.
Ganjaran buat anak-anak jika melakukan satu-satu perkara, pada saya jika maksud memberi hadiah itu jelas kepadanya maka tidak menjadi masalah. Namun jangan sampai dia menjadikan hadiah itu suatu yang wajib bila dia melakukan sesuatu kerja.
Perlahan-lahan kita ajarkan agar mereka melakukan suatu tugasan itu dengan ikhlas dan sebagai khidmat kepada ibu bapa yang besar pahalanya. Maksud saya di sini biar anak faham bahawa hadiah terbaik adalah pahala dari Allah swt.
Kredit: Dr Norzila Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyedari isteri begitu meminati penyanyi Anuar Zain, semalam pelakon kacak Fizo Omar telah melakukan kejutan kepada isteri tercinta Mawar Karim.
Mawar yang sedang menjamah hidangan di kediaman kawan mereka, terkejut setelah Anuar Zain muncul.
Aksi sepontan Mawar telah mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan apabila Mawar terus memusingkan badan kebelakang dengan riak wajah gembira melihat penyanyi kesayangan ramai itu.
Memilik ruang dapur yang praktikal dan selesa tentunya menjadi idaman semua orang. Ada yang suka ruang yang luas atau kecil. Walaupun dikatakan dapur adalah ruang yang amat mudah kotor dan basah, namun ada dikalangan kita tetap menjadikan ruang ini lokasi yang strategik untuk ‘me time’ .
Sebagaimana perkongsian ini. Memiliki ruang dapur kecil tetapi kemas susun aturnya tentu memberi inspirasi!
Dunia Kecil Seorang Wanita.
Dalam rumah saya, sudut paling kecil ini, adalah ruang paling bharga buat saya, kerana ia, adalah jantung hati saya.
Wet kitchen saya, adalah dunia saya, dunia kecil seorang wanita…
Dapur memasak saya, kecil, sempit, simple, sekadar cukup syarat unt penggunaan yg praktikal, tiada apa2 yg mewah di sini.
Yang ada, di ruang yg hanya bersaiz 8 kaki x 8 kaki ini, hanyalah sepasang fridge & mesin basuh lama, dah berusia lebih 12 tahun, serta kitchen cabinet kecil bewarna putih bersama hood & hob, yg semuanya bharga rm2800 saja.
Jujurnya, dapur basah tempat mmasak saya, tempat saya luangkn masa saya berjam2 sehari, mungkin setanding dgn dapur rumah anda juga, rumah murah, flat atau apartment.
Tiada yg mewah di sini.
Tapi di sinilah hati saya selalu berada. Di sini lah centre-nya, tempat saya mzahirkn kasih sayang saya, buat keluarga.
Di ruang sempit ini, bukn hanya tempat saya mmasak, tempat saya storage semua bhn2 dan peralatan memasak, tapi ia juga, adalah tempat laundy mcuci pakaian keluarga saya.
Asbab saya beli fridge sepasang design & brand dgn mesin basuh saya 12 tahun lalu, tak sampai hati saya nak pisahkn mereka, maka saya decide, mesin basuh harus terus bsama buah hatinya si-fridge, maka berlaku lah, laundry cum kitchen jadi satu.
Bagus juga sbenarnya, bila start masak saja saya juga masukkn baju dlm mesin basuh unt di cuci.
Sebaik habis masak, mesin cucian pun tamat, boleh saya terus jemur baju pula, jrg blaku kes saya lupa baju ada dlm medin basuh, lupa angkat jemur.
Dlm dapur kecil saya, ada almari kecil, tempat saya storage barang2 kering, mnunggu masa unt di ambil memasak.
Hanya ada brg2 yg perlu saja, storej sikit2 saja, cuma sekarang nampak agak byk, sbb kuarantin coronavirus, kena simpan stok. Jika tidak, lapang dan kosong saja..
Bawah sinki, tempat saya storej bahan2 cucian pinggan mangkuk & laundry, serta beg2 plastik besar unt ke laundy mngeringkn baju2 cucian saya.
Bawah dapur memasak, tempat saya simpan minyak dan bberapa bekas plastik, unt kgunaan mnyimpan lauk & sayur dlm fridge.
Di rak atas, tempat saya simpan besen2 plastik seragam warna putih, buat mngisi mknn2 yg mahu di siang, di cuci dan di masak.
Juga ada bekas berisi telur & blender di sebelahnya, benda paling penting di dapur, sentiasa ada di situ unt mudah di capai, bila2 masa nak di guna.
Dan di rak2 atas yg lain, bsusun periuk belanga, senang nak langut pilih mana nak guna, terus blh nampak & ambil, mudahkn kerja.
Dan di sebelah burner mmasak, beratur botol2 kaca perkakasan mmasak saya, garam herba segala…
RUANG ME TIME
Inilah saja dapur saya, dunia kecil seorang wanita, namun tempat paling penting bagi kita.
Di sini kadang2 sambil mencuci periuk belanga, kita menatap langit di luar, bbisik pada awan yg hitam, mceritakn lelah kita mnguruskn rumah, tanpa sesekali kita bkeluh kesah, kpd suami & anak2..
Di sini juga kadang2 kita bdiri sambil mbasuh beras, mbiarkn airmata sendiri mngalir laju, biar ia turun di lubang sinki bersama air beras yg kotor itu, diam2 mmujuk jiwa sendiri, tika terkadang luka nestapa mnyapa hati..
Di sini, di dunia kecil seorang wanita, kita seka peluh yg mngalir, dlm kepanasan dapur gas yg semua apinya panas mnyala, kita niatkn mmohon pd Yang Esa, balaslah pngorbananku ini, dgn sebuah pkahwinan & keluarga yg bahagia…
Di sini, terkadang selepas masak, kita mnatap juadah yg telah tersedia penuh doa, harap2 sedaplah, harap2 suami suka lah, harap2 anak2 kata sedap lah, harap2 semuanya akn habis di jamah..
Di sini, kdg2 kita bsedih mnyesali diri, kenapa la aku tak pandai masak, asyik2 hanya masak juadah yg ini2 lagi…
Di sini, di dunia kecil seorang wanita, tersimpan bmcam cerita suka duka mjadi seorang isteri, seorang ibu, hanya Allah Yang Maha Tahu.
Walau dapur ini, dunia kita ini sangat kecil cuma, tetapi di sinilah syurga kita, syurga seorang wanita.