Impiannya cukup murni, ingin membawa kedua orang tuanya mengerjakan umrah Januari tahun depan. Lebih memilukan, arwah sanggup menyimpan wang kemenangannya demi memenuhi impian tersebut.
Namun, kita hanya mampu merangcang, namun yang menentukan adalah Sang Pencipta. Semalam, pelumba CP150, Mohd Hafiz Nor Azman yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.
Menurutnya bapanya, Nor Azman Mad Darus, 54, berkata, arwah bersungguh menyatakan hasrat untuk membawa dia dan isteri, Rohana Hamzah, 52, serta anak sulung, Nor Shaziela, 30, mengerjakan ibadah itu, Januari depan.
“Saya cakap biarlah dia pergi dulu, kalau ada rezeki saya boleh pergi kemudian tetapi dia nak juga bawa saya, maknya dan kakaknya ikut sama.
“Dia simpan duit kemenangan yang ada.. itu yang buat saya terkilan sangat, dia anak yang baik,” katanya lagi.
Ads
Pelumba berusia 22 tahun dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor.
Nor Azman berkata, ketika insiden berlaku, dia berada di kawasan hadapan litar dan tidak sempat melihat keadaan Allahyarham yang telah dibawa ambulans.
“Waktu itu sudah ada yang maklumkan pada saya arwah dah 50-50, saya pun terus bergegas ke hospital,” katanya.
Katanya, ini kali kedua Mohd Hafiz berlumba di litar yang sama sejak menyertai kejuaran berprestij pada 2010.
Ads
Katanya, sejak mula berlumba hinggalah kepada insiden yang berlaku semalam, dia dan isterinya, Rohana Hamzah, 52, sentiasa menemani dan memberikan sokongan kepadanya.
“Hafiz sangat rapat dengan maknya, bahkan pada malam sebelum perlumbaan dia tidur bersama maknya.
“Sehingga hari ini maknya masih lagi bersedih dengan insiden yang menimpa Hafiz,” katanya yang ditemui di kediamannya di Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai di Ipoh hari ini.
Ads
“Ini last race aku”. Itu ungkapan yang berulang kali disebut pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman, 22, kepada rakan-rakannya sebelum menyertai perlumbaan tersebut.
Menurut Nurhan Md. Nayan, 22, Mohd. Hafiz yang ditemuinya semasa menghadiri majlis kenduri minggu lalu berulang kali menyebut perlumbaan yang disertainya hari ini adalah perlumbaannya yang terakhir.
Katanya, Mohd. Hafiz juga ada memberitahu yang dia akan melakukan yang terbaik pada perlumbaan itu untuk mendapatkan kedudukan ketiga keseluruhan CP150.
“Banyak kali dia sebut yang ini last race dia. Dia nak buat yang terbaik dan tidak sangka yang ini betul-betul perlumbaan terakhir dia. Kami terkejut sangat dan tidak sangka dia dah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Mohd. Hafiz.
Allahyarham Hafiz, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Dataran Bandar Penawar, Johor kira-kira jam 4 petang semalam.
Sumber: Metro & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Boleh buat stok bila musim dh hbis nnt… Ni sy sertakan resepi yg sgt senang utk yg klu berminat nk mncuba..”– Asni Craft
Apa Rasanya?
Jeruk rambutan ini rasanya masin-masin manis. Mungkin tidak semua antara kita pernah merasainya, tapi bagi orang dulu-dulu memang biasa sediakan jeruk rambutan ini.
Untuk itu, apa kata kita cuba menyediakannya dan rasai keenakan rasanya disamping dapat juga membangkitkan nostalgia dulu-dulu.
Cara Buat:
1-Rambutan mesti dipotong tangkai ( kna gunting sbb x mau bg buah tu terkoyak kulit dia)
2-Garam( secukup rasa) agak masin sikit la sbb kita rendam dgn kulit
3-Air
Rendam lebih kurang 2 mggu… ok, siap…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanyalah pada sesiapa pun yang membesar sekitar tahun 1989 tentang drama bersiri Moero Attact karya Shotaro Ishinomori, yang mengisahkan tentang seorang gadis Jepun (Kojika Chun) yang berusaha bersungguh-sungguh bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi wakil negaranya untuk skuad bola tampar di temasya sukan Olimpik.
Betapa rancangan ini memberi impak dan fenomena yang cukup dasyat, ditayangkan pada hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang. Kebanyakan peminat cerita ini akan berlari pulang daripada kelas mengaji malah ada yang sanggup ponteng sekolah agama semata-mata tidak ingin terlepas siaran.
Bukan itu sahaja, malah banyak lagi nostalgia menarik yang tercipta dan ini dikongsikan sendiri oleh follower fb keluargamagzine.
Antara komen menarik
Ini hanyalah sebahagian komen yang dapat dipaparkan dan apa yang pasti cerita ini masih kuat melekat di memori kita semua terutamanya yang sedang membesar sekitar tahun 1989.
EKSTRA INFO :
Mula ditayangkan di Jepun : Pada 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980 (menjelang temasya sukan Olimpik Mascow 1980)
Mula ditayangkan di Malaysia : Pada tahun 1989 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Memetik apa yang dilaporkan di dalam Utusan Online bertarikh 25 Mac 2018.
Pada awal tahun 2000, rancangan bual bicara CCTV di Jepun ada menemubual pelakon utama drama tersebut iaitu Chun atau nama sebenarnya Yumiko Araki. Sesi beramah mesra bersama peminat-peminat drama 72 episod tersebut berlangsung kira-kira 15 minit.
Dalam temubual tersebut pelakon dan penyanyi yang sudah pun berusia 58 tahun itu mengakui drama Moero Attack sentiasa membawa dirinya mengenang saat-saat indah ketika usia remaja. Kenangan tersebut juga seolah-olah baru semalam berlalu.
“Satu memori yang sangat indah untuk diingati terutamanya saat bersama rakan-rakan. Ketika membawa watak Chun, umur saya masih belasan tahun lagi. Masih muda remaja dan hidup juga penuh dengan warna warni. Sepanjang penggambaran kami tidak berhenti gelak ketawa.
“Namun yang orang tak pernah tahu sebenarnya saya adalah seorang pemain bola jaring. Dalam masa yang sama, saya tidak pernah meminati bola tampar tetapi disebabkan drama tersebut saya terpaksa mempelajarinya sedikit demi sedikit.
“Salah satu sebab saya sukakan bola jaring berbanding bola tampar kerana sukan bola jaring tidak pernah mengambil tahu tentang ketinggian berbanding sukan lain. Ini kerana tinggi saya cuma 153cm dan tidak layak untuk bermain sukan lain. Tetapi setelah membintangi drama tersebut ramai peminat di luar sana yang tertipu mereka ingatkan saya tinggi,” ujarnya sambil tergelak.
Yumiko Araki
Sepanjang temubual itu juga, pelakon yang pernah berlakon lebih daripada 10 buah drama bersiri ini turut meluangkan masa bermain bola tampar bersama peminat-peminat di dalam studio sambil menunjukkan teknik-teknik dalam drama Mouro Attack yang masih diingatinya.
Mungkin di Malaysia drama ini hanyalah sekadar drama hiburan semata-mata namun bagi negara China misalnya mereka menjadikan Moero Attack yang diterbitkan di Jepun sebagai satu inspirasi kepada pasukan pemain bola tampar kebangsaan mereka.
Drama siri ini ditayangkan berulang-ulang kali di negara tersebut semata-mata untuk merangsang semangat pasukan bola tampar.
Hasilnya pada tahun 1981 hingga tahun 1986, pasukan bola tampar wanita China menjadi juara pada kejohanan bola tampar dunia dan olimpik sebanyak lima kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Khamis minggu ni sekolah akan dibuka buat tahun 2020. Tentu ramai ibu bapa akan mengambil cuti pada hari berkenaan untuk meraikan anak-anak memasuki persekolahan.
Lazimnya situasi ini berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak darjah satu. Malah tentu sesak jalan raya apabila ibu bapa teruja untuk menghantar pada hari pertama.
Namun, untuk mengelak kesesakan berlaku dihadapan sekolah, boleh ikuti panduan oleh guru ini.
Ikuti perkongsian ini.
Kesesakan di depan sekolah boleh dikurangkan jika,
1) Bagi duit kecil siap-siap di rumah. Tidak lah masa sampai depan pagar sekolah baru nak cari duit dan bagi.
2) Peluk cium anak awal-awal di rumah. Sampai depan pagar cukup bersalam dan anak terus pergi.
3) Tak perlu nak melambai anak dan lihat dia berjalan sampai hilang dari pandangan. Berderet lagi kenderaan lain nak hantar anak mereka.
4) Jika ingin hantar anak, tolong parking di tempat yang sesuai agar tidak menghalang lalu lintas, tidak bertindan. Biar jauh sikit pun, kemudian jalan bersama-sama pimpin tangan masuk pagar sekolah.
5) Nak berpesan suruh makan bekal makanan ke, bagi tumpuan dalam kelas ke apa pesanan berharga sekali pun, pesan awal-awal dari rumah dan sepanjang perjalanan ke sekolah. Jangan dah berhenti depan pagar baru nak bagi amanat dan pesanan yang berjela panjangnya.
6) Jangan letak beg anak dalam bonet belakang melainkan ia satu keperluan. Dah memakan masa pula nak keluar kereta ambil beg sedang parent lain beratur panjang nak drop anak mereka.
Haaa, itu antara tips yang boleh kita amalkan agar memudahkan urusan semua orang dan mengurangkan kesesakan di depan pagar sekolah.
Maklumlah, satu sekolah ada beribu murid. Kalau semua nak singgah lama-lama untuk bagi duit, peluk cium, lambai-lambai, amanat dan pesanan pula, memang akan mengambil masa dan menyebabkan kesesakan bertambah teruk.
Kita mampu mengubahnya.
Kredit: Mohd Fadli Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.