Perkongsian kisah ini diharap dapat menyuntik inspirasi kepada sesiapa jua yang bergelar anak. Walau bukanlah menjadi keutamaan seorang ibu atau ayah itu untuk mengharapkan pemberian atau balasan daripada anak-anaknya, namun bila ini dilakukan oleh si anak dengan ikhlas pastinya akan membahagiakan orang tua.
Semoga perkongsian daripada seorang anak bernama Syafieqah A’lya ini dapat memberi inspirasi buat semua.
Alhamdulillah, angan-angan aku dulu akan jadi kenyataan.
Dulu waktu aku masih belajar lagi, aku dah ada bermacam planning. Antaranya beli kan mak rumah, nak ada sama tangga gaji macam mak aku sebab nak ‘take over’ tanggungjawab jaga keluarga dan last sekali nak mak aku berhenti kerja serta pencen rehat di rumah.
Pelik kan, orang lain planning lepas habis belajar nak kahwin, nak beli kereta apa, nak kerja kat mana tapi planning aku sebaliknya.
Ads
Teringat pesanan seorang anak muda kepada aku, ‘kau tak payah susah-susah kerja kuat macam ni. Waktu muda ni adalah waktu untuk kita enjoy. Sebab muda hanya sekali dalam hidup kita. Mak ayah kan ada rumah sendiri dan dah ada kereta, guna saja mereka punya’. Waktu ni aku terus terdiam, bukan sebab termakan dengan kata-katanya, tapi aku nak buktikan kata-kata ni silap.
Matlamat dan niat aku untuk kerja sungguh-sungguh cari rezeki adalah sebab untuk keluarga aku sendiri. Bukan untuk diri aku seorang. Aku punya prinsip sendiri, hari ni aku bahagiakan orang yang aku sayang, in shaa Allah Tuhan mudahkan jalan dan kebahagiaan aku pula akan tiba.
Tahun ni bermacam planning yang aku dah rancang tetapi kita hanya hamba yang lemah, Tuhan ‘hold’ kan niat aku dulu. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain juga. Alhamdulillah aku berjaya hadiahkan kereta kepada kakak dan mak aku tahun ni.
Ads
Tiada kata mampu aku ungkap lagi. Aku bahagia melihat senyuman mereka, kegembiraan mereka, dan paling aku tak lupa pelukan mesra mereka. Tuhan lambatkan jodoh aku untuk aku bahagiakan keluarga aku dulu. Aku bersyukur dengan nikmat ini.
Hari yang aku tunggu-tunggu untuk suprisekan mak aku di tempat kerjanya telah berlalu pada khamis lepas. Aku belikan bunga dan cookies letak dalam paper bag. Terselit kunci kereta dengan reben dalam beg tu, aku minta mak tengok apa yang ada dalam beg tu. Mak aku jerit dan happy sangat. Syukur Alhamdulillah.
Ads
Cerita ini dikongsi untuk inspirasi. Matlamat yang jelas, niat yang baik, planning dan berusaha, selebihnya serahkan pada Nya. In shaa Allah Tuhan mudahkan jalan kita.
Dikurniakan sepasang lagi kembar, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos, memanjat syukur atas rezeki yang diberi.
Personaliti media sosial yang cukup terkenal dan sering memuat naik tip keibubapaan ini ada memuat naik satu perkongsian yang sangat manis di Instagramnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada sekeping gambarnya bersama keluarga, angkasawan negara ini memberitahu yang dia inginkan keluarga yang besar.
“Saya suka dengan sebuah keluarga yang besar dan secara semula jadinya, saya mahukan lebih… insya-Allah dengan keizinan Mu. “Tapi pertama sekali, saya mesti meyakinkan Dr Halina (isterinya). Apa pun, ia badan milik isteri saya,” katanya.
Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi tips kepada bapa di luar sana yang ingin meyakinkan isteri yang masih ragu-ragu untuk melahirkan lebih zuriat.
“Saya akan uruskan segalanya sementara kamu (isteri) berehat. Kamu masih cantik seperti selalu dengan enam orang anak. Tidakkah kamu mahu lihat lebih ramai anak-anak yang indah? Mereka akan jaga kita pada hari tua nanti.
“Kita tidak akan sunyi. ‘Huru-hara’ buat kita jadi muda. Ia merupakan satu sunnah untuk meramaikan ummah. Jom pergi shopping dan beli apa yang kamu mahu. The more the merrier.
“Kita menua sehingga ke Syurga. Saya cintakan kamu selamanya walau apa pun keputusannya,” tulisnya.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Pelakon, Ozlynn Wati tampil berkongsi satu nasihat daripada ibunya yang paling terkesan dalam hidupnya hingga kini.
Nasihat tersebut berkaitan adab melayan tetamu dan pentingnya untuk terus berbuat baik tanpa mengira siapa pun yang datang ke rumah.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna mengajukan soalan mengenai nasihat ibu yang paling memberi kesan dalam kehidupan seseorang sehingga ke hari ini.
“Apa nasihat mak awak semua yang paling terkesan dalam hidup sampai sekarang?”
Hantaran tersebut meraih perhatian Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 45, yang kemudian berkongsi nasihat ibunya.
Menurut Ozlynn, ibunya menasihatkan agar sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang datang ke rumah, meskipun individu tersebut pernah menjadi musuh atau menganiayainya.
“Walaupun yang datang ke rumah itu adalah musuh awak atau orang yang pernah menganiayai awak, wajib hidangkan segelas air.
“Itu nasihat ibu yang saya pakai hingga ke hari ini.”
Bagi Ozlynn, nasihat tersebut terus menjadi pegangan dalam kehidupannya sehingga sekarang.
Katanya lagi, menghidangkan walau hanya segelas air tetap menjadi kewajipan sebagai tuan rumah.
Menurut Ozlynn, rezeki tidak seharusnya dikaitkan dengan sifat seseorang.
“Sebab rezeki itu tidak boleh nak dikaitkan dengan sifat seseorang.”
Perkongsian Ozlynn itu memberi gambaran betapa besarnya kesan nasihat seorang ibu dalam membentuk pegangan hidup anak-anak.
Walaupun pesanan tersebut ringkas, ia membawa maksud yang cukup mendalam tentang adab, kebaikan dan cara seseorang melayan tetamu.
Dalam kehidupan seharian, tidak semua orang yang hadir dalam hidup kita membawa rasa senang. Namun, pesanan ibu Ozlynn mengingatkan bahawa adab sebagai tuan rumah tetap perlu dijaga.
Bagi Ozlynn, nasihat tersebut menjadi antara pesanan ibunya yang paling terkesan dalam hidup dan masih diamalkan hingga ke hari ini.
Bergelar ibu bapa, sudah tentu mahu anak yang dilahirkan menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Namun lebih mencabar apabila mendidik anak perempuan lantaran sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa.
Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan, yang meluahkan rasa bimbang mengenai anak perempuannya yang semakin meningkat remaja.
Cakna pengaruh gajet, dia mengambil iniasitif menetapkan tempoh masa untuk anak-anak bermain gajet.
Namun, siapa sangka dalam berhati-hati mendidik anak perempuan dalam hal hubungan dengan kawan termasuk lelaki, ia tetap berlaku.
Caranya memberi nasihat kepada anak perempuan telah menurun jiwa para netizen yang turut mempunyai anak perempuan.
Selanjut ikuti perkongsian ini.
Beginilah cabaran dalam mendidik anak perempuan yang ibu bapa kena alert.
Saya ada empat orang anak perempuan. Yang sulung sudah berumur 14 tahun.
Ya, sudah remaja.
Semakin mereka dewasa, kadang saya tak lena tidur memikirkan tentang mereka.
Anak sulung saya ada grup whatsapp sekolah. Dalam grup tu ada pelajar lelaki dan juga perempuan.
Pukul 9.00 malam sahaja, memang saya serta isteri akan minta telefon dan tidak boleh digunakan. Hanya 10.00 pagi sehingga 9.00 malam sahaja. Kecuali, jika ada perbincangan tentang hal sekolah, grup sepupu-sepupu dan juga anak-anak If-One.
Satu malam, saya pulang lewat. 2.30 pagi saya sampai dirumah. Saya dengar bunyi whatsapp dari handphone anak tak berhenti. Malam-malam sebelum ni juga sama. Subuh pun bunyi notifikasi.
Saya tergerak nak periksa, saya buka whataapp dan saya amat terkejut.
Whatsapp dari beberapa lelaki. Saya buka satu persatu dan periksa.
“Hai. Tengah buat apa?”
“Woih, boring seh. Jom sembang!”
Dan beberapa whatsapp lagi.
Terus saya block dan ambil semua nombor mereka. Saya whatsapp dulu kepada mereka, kenalkan diri dan bagitahu jangan ganggu anak saya lagi. Pagi nanti baru saya nak telefon mereka.
Kerisauan seorang ayah
Pagi sahaja, terus saya panggil anak sulung duduk didepan saya dan saya usaha cakap secara baik, walau darah ni menyirap naik saja.
“Ifa, ni apa?”
Saya tunjuk satu-satu whatsapp. Saya tahan lagi dada dan tangan ni dari naik. Isteri tiada sebab uruskan taska dari awal pagi. Biasanya saya dirumah dengan anak-anak.
Ifa terdiam. Wajahnya mula pucat.
Saya dah janji pada anak-anak perempuan, saya takkan sentuh tubuh mereka, pukul ke atau cubit. Saya kalau naik darah, memang susah nak kawal.
Saya bagitahu,
“Ifa seronok tak kalau dapat whataspp macam ni? Tengah serabut duduk rumah. Tengah sunyi. Mak ayah takde pula. Tiba-tiba orang laki nak teman. Seronok tak?”
Dia diam sahaja.
Saya buka grup yang Akhi Fairuz Al-Jengkawi buat untuk kami bincangkan masalah sosial dan keadaan anak-anak kita yang hari ini amat menakutkan.
Saya tunjuk pada dia.
“Ifa nampak ni? Kes-kes wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Kes kena tipu dengan lelaki. Mengandung anak yang tidak sah. Ifa tahu punca dia?”
Airmatanya mula bergenang.
“Dari whataspp tadilah. Konon nak hilangkan sunyi. Konon nak teman. Konon nak kejut subuh. Konon nak jadi lelaki baiklah. Tapi percayalah ifa. Lelaki itulah syaitan yang akan merosakkan orang perempuan macam ifa!”
Saya sambung lagi.
“Dalam rumah kita ni, ayah seorang sahaja lelaki yang paling baik untuk ifa. Tidak ada yang lebih baik dari ayah. Selagi ifa belum menjadi isteri, ifa anak ayah. Tanggungjawab ayah. Amanah ayah. Dosa pahala ayah. Setiap hari lelaki yang akan berjuang untuk hidup ifa ayah lah! Bukan lelaki yang dalam whatsapp tu!”
Masa ni, saya semakin tinggi suara. Saya istighfar sebab anak sulung semakin takut melihat saya yang begini. Menggelatar tangan dan tubuh menahan sabar.
Rupanya ini sebabnya.
Tiba-tiba anak sulung bersuara.
“Ifa sebenarnya rindu ayah. Ifa tak jumpa ayah pagi sampai malam. Ifa tak tahu nak cakap dengan siapa. Ifa.. ifa..ifa…”
Allahu. Down!
Ya.
Saya akui saya dah amat jarang bercakap dengannya. Kadang lebih banyak marah dari cakap baik-baik. Lebih banyak bagi arahan dari menyatakan perasaan. Lebih banyak bersoal tanpa bertanya dahulu satu persatu.
Perlahan-lahan saya pergi pada dia, dan untuk kesekian kalinya, saya duduk dan peluk dia. Saya cium dahinya.
Ya Tuhan.
Lamanya saya tak jadi “ayah” kepadanya. Saya bisikkan padanya,
“Ifa, ayah minta maaf sebab lama tak dengar dan bercakap dengan ifa. Ayahlah lelaki paling baik untuk ifa. Ayah ni sekejap je dengan ifa. Selepas ni ayah takkan jaga ifa dah. Akan ada lelaki lain yang jaga ifa. Namanya suami, sama macam ayah. Ifa jadilah wanita yang baik macam ibu. Lelaki pertama dan akhir yang ibu kenal dan cinta, ayah lah”
Lama saya peluk dia. Rasanya saya peluk dan cium dia masa dia kecil macam adik-adiknya. Sedangkan, masa dia membesar inilah, dia juga perlu pada kasih sayang seorang ayah.
Kemudian, saya dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum pakcik. Saya kawan sekolah anak pakcik. Saya minta maaf whatsapp anak pakcik begitu”
“Waalaikumsalam. Baik. Saya ni ayah dia. Saya sayang anak saya lebih dari sesiapa pun. Kalau kamu nak jadi lelaki yang baik, janganlah kacau anak pakcik lagi, dan juga anak perempuan orang lain. Faham? Kamu ada kakak? Ada adik perempuan?”
“Ada pakcik”
“Kalau kamu tak suka orang kacau adik beradik perempuan kamu, pakcik pun sama. Hormat mereka, macam kamu hormat adik beradik kamu. Pakcik tak mahu berkasar atau buat benda jahat. Pakcik cakap baik-baik ni ya”
“Baik pakcik. Saya minta maaf sekali lagi”
Kalian,
Jagalah anak-anak perempuan kita. Anak-anak perempuan orang lain juga.
Serta jagalah dan ingatkan anak-anak lelaki kita tentang adab dan sikap mereka terhadap orang perempuan.
Mereka cukup bahaya dan setiap masa diburu oleh kerosakan dunia. Setiap minit dan saat. Setiap turun naik nafas.
Saya juga bukan ayah dan lelaki yang baik pada anak-anak perempuan saya, namun saya dan isteri InsyaAllah akan berusaha menjaga mereka sekuat hati dan jiwa.
Akhir zaman, moga anak-anak perempuan kita tidak menjadi fitnah buat kita.
Bantulah kami wahai Tuhan, dalam menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak kami.
Dan,
Untuk itu saya nak ajak kalian dan anak-anak sekali dalam seminar yang baik ini.
Ilmu ni, kadang ada yang kita tidak tahu.
Namun, ada orang yang di rezeki untuk berkongsi dengan cukup jelas dan terang. Daftar terus seminar ini.
Percayalah, inilah yang amat anak-anak kita perlu. Baik lelaki atau perempuan.