Apabila isteri menjalani tempoh pemulihan diri atau kata lain berpantang, suami adalah orang penting untuk membantu isteri.
Ketika ini emosi isteri dalam keadaan tidak stabil sudah pastinya memerlukan bantuan suami.
Begitulah yang dilalui oleh suami ini. Beliau melahirkan rasa simpati melihat keadaan isterinya.
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
___________
CABARAN MASA PANTANG
Cerita perjalanan isteri mengandung ni tak habis pada bab melahirkan baby je sebenarnya. Ketahuilah, dalam tempoh berpantang itu lah si isteri dambakan sokongan daripada suami.
Satu malam tu, “Papa..Papa..Baby berak ni. Jom tolong mama basuh jap.”
Tiba-tiba surihati datang kejut saya sambil dukung baby. Saya tanya pukul berapa sekarang ni. Pukul tiga pagi katanya.
Saya bingkas bangun dan terus ke dapur. Air suam untuk basuh berak surihati saya dah sediakan. Tinggal nak basuh je. Saya pangku baby di tangan kanan, sambil tangan kiri stand by nak gosok najis. Sambil surihati tuang air, sambil gosok. Saya sempat curi tengok muka dia. Dah macam hape dah.
Esoknya saya tanya berapa kali baby bangun malam tadi. Empat kali termasuk berak semalam. Patut la muka lesu dan serabai macam Hantu Kak Limah.
Ads
Masa tu saya terfikir, rupanya inilah yang saya terlepas pandang sebelum ni. Orang perempuan, derita mengandung dan sakit bersalin belum reda, nak kena jaga anak baru lahir masa dalam pantang pulak.
Dulu tak fikir sangat pasal ni. Saya anggap berpantang ni biasa-biasa je. Semua perempuan bersalin kena lalui.
BILA ISTERI TERTEKAN MASA PANTANG
Rupa-rupanya tak!
Apabila makin banyak cerita ibu meroyan, bunuh anak sendiri dan bunuh diri akibat stress dan depresi semasa berpantang, saya sedar suami lah yang kena bagi support paling kuat kepada isteri.
Sebab bila suami tak memahami dan tak membantu, dengan luka kat bawah yang tak baik lagi, tenaga hilang masa bersalin yang belum berganti, anak baru lahir pulak meragam, isteri mudah tertekan dan mental mudah koyak.
Ads
Tak susah sebenarnya nak bagi sokongan. Sekecil-kecil ‘moral support’ pun isteri rasa besar.
Macam baby saya yang baru lahir tu doktor check ada demam kuning. Dah kena tahan wad. Malam ondaway pergi hospital tu, masa berhenti kat trafic light, saya tengok surihati pandang keluar. Jauh sekali pandangannya. Saya tahu dia risaukan baby kami tu.
Saya tak cakap apa apa, saya pegang tangan kanan dia dengan tangan kiri. Tak semena-mena saya nampak air mata mengalir kat pipi dia. Allah..Terus tersebut dalam hati,
“Ya Tuhan, selamatkan lah anak kami. Tenangkanlah hati aku dan isteri. Permudahkanlah urusan kami.
Saya genggam erat tangan dia sampailah ke hospital.
Sekurang-kurangnya, dia tahu saya pun turut sedih. Paling penting, dia tahu saya ada bersamanya, walau apa yang terjadi.
.
.
Suami jangan ambil mudah bab isteri berpantang. Rendahkan ego dan ringankan tulang untuk bantu isteri.
1. Jaga isteri masa berpantang kalau rasa nak isteri cepat sihat dan kembali seperti sedia kala. Rebuskan air herba, sediakan air mandian, ambil baju, bra dan spender. Sapukan krim barut kat perut dan ikat bengkung isteri. Carikan tukang urut untuk betulkan peranakan isteri. Tak lupa, sediakan masakkan makanan isteri berpantang. Jangan main bedal.
Ads
2. Jaga anak yang baru lahir. Siap siaga untuk bangun malam buatkan susu, basuhkan berak. Mandikan dan dodoikan mereka pun kena pandai juga. Kalau anak tak sihat, suami kena kuat fizikal mental untuk ulang alik hospital.
Penat memang penat. Tapi itulah tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah.
Kalau tak tahu, kena cari ilmu. Kena belajar. Tak boleh lepas tangan. Jangan beri alasan.
.
.
Masa isteri berpantang ni, nak buat benda lain tu boleh. Tapi fokus kau mesti dekat isteri dan anak yang baru lahir.
Sebab,
Masa inilah kau nak tunjukkan kasih, sayang dan cinta kepada anak dan isteri kau.
Masa inilah kau nak tunjukkan kau ni bertanggungjawab terhadap amanah yang kau setuju nak pikul masa lafaz akad.
Masa ini lah kau nak buktikan kau bukan sekadar jantan yang hanya tahu tanam benih tak tahu jaga, tapi,
Kaulah lelaki dari syurga yang dihantar Tuhan sebagai pelindung isteri dan anak-anak.
Sumber : Azlan Noor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seri bakal ibu terserlah pada pengacara popular, Mira Filzah tatkala berkongsi penampilan terbarunya.
Bukan itu sahaja, penampilan Mira Filzah juga dari awal kandungan sehingga dah sarat sangat simple dan jika orang tak tahu, pasti tak perasan dia hamil.
Bahkan Ada yang memuji walaupun sudah masuk trimester ketiga, dia tidak suka tayang tummy. Bukan itu sahaja, pemakaiannya pun sopan dan longgar je. Sedap mata memandang.
Perkongsian gambar isteri kesayangan Wan Emir ini menampakkan baby bumpnya yang comel sewaktu mengadakan bertemu rakan-rakannya bagi meraikan serta mendedahkan jantina anak (baby shower).
Menerusi Insta-Storiesnya , Mira mendedahkan sudah mengetahui jantina anak pertamanya itu sejak bulan November tahun lalu dan tidak berahsia tentang hal tersebut jika ada yang bertanya tentang jantina anaknya.
“Sejak November tahun lepas dah tahu jantina dan tak berahsia pun. Bagitahu je sesiapa yang tanya. Belon tu cukup syarat je untuk tangkap gambar hari ni! Thank you girls,” kongsinya.
Mira turut berkongsi gambar kek (baby shower) yang sebenar bersama dekorasi sepasang kasut bayi berwarna merah jambu dan biru yang comel namun sayang kek tersebut tumbang dan diganti dengan kek baru.
Meski kek tersebut tumbang, rakannya sempat menyelamatkan dekorasi kasut bayi yang comel tersebut dan kemudian diletakkan diatas kek yang baru.
“Kek tumbang. Jadi..”
“Dan beli kek baru. Mereka berjaya selamatkan dua kasut comel ni. @amalinanrzn @aniszulkiflee23 @dianakhairuddin” tulis Mira menerusi kapsyennya.
Sekadar info, Mira dan Wan Emir mendirikan rumahtangga pada 2 September 2020 dengan empat majlis berasingan dan kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Menjengah ke ruangan komen, peminatnya meluahkan rasa teruja dan turut meneka jantina anak sulung selebriti kesayangan mereka ini. Rata-ratanya memberitahu bayi dalam kandungan baby girl.
Tak kurang juga yang mendoakan walaupun bayi perempuan atau lelaki semoga urusan bersalin Mira Filzah dipermudahkan. Ibu dan bayi dua-dua sihat.
Untuk rekod, Mira dan Wan Emir mendirikan rumahtangga pada 2 September 2020 dengan empat majlis berasingan dan kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Jika anda pernah berniaga, tentu sahaja ada kisah berbeza dan tersendiri bagaimana anda boleh mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Ada orang berniaga sebab minat, ada orang berniaga sebab ingin keluar daripada kesusahan dan tidak kurang juga ada orang berniaga sebab percaya hanya berniaga boleh jadi kaya raya dan bermacam-macam lagi tujuannya.
Manakala bagi Fiza Asmuni, merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata dia berniaga kerana ingin membantu suami meningkatkan pendapatan keluarga dan dalam masa yang sama meneruskan legasi perniagaan keluarga dengan memasak Cucur Telur atau Coq Teloq.
Ikuti perkongsiannya
Area utara nie susah dah jumpa orang jual kuih nie…Saya peminat tegar kuih nie…setiap makanan pasti ada ceritanya. Dulu mak abah saya duk jual kuih ni lah..seawal 3 pagi bangun siapkan kuih nie,nasi lemak,kuih ketayap dan lain-lain.
Awal2 pagi sebelum subuh abah dah keluar hantar letak di kedai2 sebelum abah pergi kerja..dulu family saya orang susah..mak saya surirumah,abah saya pemandu lori ..masa tu abang,saya dan adik saya kecik lagi…jadi nie jer mampu mak saya buat, janji kami adik beradik terjaga.
Jadi dengan cara ni mak saya tolong abah saya menjana pendapatan keluarga kami dengan membuat pelbagai kuih termasuklah kuih nie.
Kini saya pula tolong suami
Lepas saya kahwin saya pula ambik alih jual kuih nie..tapi xlama setahun jer sebab masa tu xda anak lagi boleh lah buat kuih nie..sbb agak rumit bagi kita2 yang ada anak ni kan…
Pun begitu, 5 tahun lepas saya pernah jual letak di kedai-kedai. Bangun seawal 4 pagi..sebab saya buat xbanyak dalam 100biji jer…Alhamdulillah setiap kali hantar habis..seronok sangat2. Tambah bulan puasa..letak 100biji-200biji ke atas mesti habis. xsemua org pandai buat…sebab nak dapatkan keranggupannya…tapi lama2 cuba mesti dah pandai.
Tujuan saya satu, saya buat semua ini untuk menambah pendapatan suami dalam usaha membesarkan 2 orang anak kami. Biarpun tidaklah berniaga hari-hari, namun jika ada tempahan dan bulan puasa umpamanya saya ‘gagahkan’ diri juga untuk menyediakan cucur telur ini.
Kongsi Resipi
Sedara mara saya selalu tanya”bila nak buat coq telur”, ok hari nie saya buat. Saya nak share resepi dah pandai boleh buat jual pagi2.
Sekali sekala seronok juga jika kita boleh hasilkan sesuatu yang boleh digunakan seperti membuat rak rempah ratus dengan bajet yang rendah tetapi nampak unik.
Jadi apa kata kita ikuti perkongsian daripada Hany Mynis yang kreatif ideanya ini. Jom semak.
DIY rak rempah
Dah lama tak kongsi projek diy Hani. Santai-santai ni Hani nak kongsi cara Hani diy rak rempah dari barang Eco.
Haritu ada promosi rempah dalam botol ni berharga RM2-4 satu. Memandangkan kebanyakannya Hani belum ada di rumah (sebenarnya sebab label nya colorful haha), Hani fikir boleh juga beli kan. Haha alasan sangat.
Selepas tu mula lah misi mencari rak penstoran yang sesuai haha sebab seperti yang Hani selalu cakap setiap benda mesti kena ada rumahnya kan lagi pulak, laci rempah ratus Hani dah penuh.
Jenuh mencari tapi tak jumpa haha akhir nya Hani Diy je sendiri dari besi (cooling rak namanya) ni. dengan kos RM2.10, Hani dapat satu rak rempah yang sesuai dengan saiz botol rempah Hani tu.
Hani ada kongsi tutorial kalau siapa yang nak buat juga di rumah.
Semoga bermanfaat.
Bahan-bahan yang diperlukan
Cooling rack, plier, cable tie
LANGKAH 1 : Gunakan plier dan ratakan bahagian berbentuk tiga seperti di dalam gambar.
LANGKAH 2 : Ukur bahagian mana ingin di lipatkan dan lipatkan menggunakan plier seperti di dalam gambar.
Ekstra info : Proses ini mungkin memerlukan bantuan en suami kerana ianya agak keras untuk dilipat.
LANGKAH 3 : Lipat satu lagi bahagian membentuk U seperti di dalam gambar.
LANGKAH 4 : Ikat bahagian kiri dan kanan rak dengan cable tie untuk elakkan botol terjatuh apabila disusun.
Siap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di