Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Menarik fakta ini!
Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Se ks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Ads
Beri Kesan Positif
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Ads
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Ads
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Tidak dinafikan amalan menabung ni amat susah buat sesetengah orang. Lebih dasyat lagi apabila ada beranggapan buat anak menyimpan sedangkan boleh buat pinjaman.
Menakutkan cara ni! Nak bebas hutang, ini namanya tambah hutang!
Sebenarnya ada cara untuk memastikan kita dapat mengurus kewangan dengan sempurna. Tak adalah berbelanja ikut sedap hati nak beli itu ini.
Sebagaimana perkongsian sebuah portal ini mengenai cara untuk mendidik diri supaya lebih berjimat cermat dari segi perbelanjaan.
Nak tahu lebih lanjut cara yang boleh paksa anda menyimpan duit, ikuti tip ini.
Ini antara kelebihan yang korang bakal dapat bila mula menyimpan. Tok baca ilmu ini kat blog Money Coach, dan ia amat bermanfaat untuk kita hadamkan.
1: Supaya anda bebas masalah kewangan “Kalau kita nak jadi kaya, mulakan dengan mengenali orang yang lebih kaya daripada kita, dan belajar daripada mereka.”
Ini adalah pesanan yang biasa kita dengar daripada mulut mentor atau pelatih kekayaan. Dan kalau kita fikirkan, ayat ini ada logik yang kuat. Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda:
“Bersahabat dengan orang soleh dan orang jahat persis seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tuakng besi (yang menghembus bara api).
Jika berkawan dengan penjual wangian, mereka akan berikan sebahagian bau-bauan wangi kepada anda.
Manakala berkawan dengan tukang besi pula, sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar atau mendapat bau yang hapak.” – Riwayat Abu Daud.
Perkara ini juga termasuk dalam bab kewangan. Kalau nak kewangan kita sihat, mula berkawan dengan orang yang menjaga hal duit mereka. Lambat laun, kita pasti akan terikut tabiat mulia ini.
Dan yang paling ketara, mereka adalah jenis yang suka menyimpan duit. Sebab itu mereka ada kebolehan untuk buat apa saja, tanpa perlu bergantung kat gaji bulanan atau sebagainya.
Nak pergi bercuti pada bila-bila masa? Mereka boleh buat. Terpaksa dihentikan kerja? Mereka boleh survive tanpa sebarang masalah. Nak mulakan bisnes? Tak ada masalah. Duit simpanan kan ada.
Dan banyak lagi kelebihan yang mereka ada, sebab mereka berikan sepenuh perhatian menyimpan duit.
Jadi kaya-raya tak sama dengan bebas daripada masalah kewangan. Tapi, ia tetap bergantung antara satu sama lain. Lagi bagus kalau kita kaya dan pada yang sama, berdisiplin dalam bab menyimpan duit kan?
2: Dapat jimatkan banyak duit bila membeli barangan asas
Adakah korang jenis yang kerap gunakan kad kredit untuk beli barangan asas (barang basah dapur, atau sebagainya), dan tak jelaskan pinjaman secara penuh bila tiba hujung bulan kat bank?
Kalau korang buat ini, ada potensi yang korang terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya. Dan ia boleh cecah lebih 50% daripada harga biasa untuk setiap barang yang kita beli itu.
Bila buat kira-kira nanti, korang pasti terkejut dengan jumlah faedah yang kita terpaksa bayar kat bank. Sebab itu Tok galakkan korang sentiasa beli sesuatu barang gunakan tunai.
Kalau terpaksa guna, bayar balik pinjaman yang kita buat secara berdisiplin. Kalau selalu lambat bayar, baik elakkan guna kad kredit.
Kenapa perlu pillih untuk kenyangkan perut bank, padahal kita ada pilihan untuk membeli secara tunai?
Dengan mengumpul duit, kita boleh elakkan perkara ini daripada berlaku.
Bayangkan, kita boleh membeli segala barang ini masa jualan murah (sales) dan beli dalam kuantiti yang banyak supaya boleh dibuat sebagai stok. Berbaloi-baloi.
3: Boleh tambah lebih banyak koleksi rumah dalam tangan
Bank tak akan senang-senang bagi pinjaman kat korang, melainkan korang dah ada duit deposit yang cukup.
Dan korang tak boleh buat pinjaman untuk jelaskan duit deposit rumah. Dan Tok tegah sehabis boleh supaya korang elakkan buat pinjaman peribadi untuk perkara ini.
Satu cara je yang Tok tahu nak sediakan duit deposit rumah yang cukup: Paksa diri kumpul duit.
Biasanya, kita perlukan sekurang-kurangnya 10% atau 15% (daripada harga jualan) sebagai deposit. Bila dah ada duit ini, baru pihak bank senang hati nak pinjamkan baki 90% kat korang.
Simpanan adalah umpama pintu yang membuka peluang dan penuhi impian korang untuk memiliki rumah pertama atau rumah idaman. Jadi, kekalkan fokus dan mula kumpul duit daripada sekarang.
4: Nak tukar kereta? Gunakan duit simpanan anda Kalau korang pelan nak beli atau terpaksa tukar kereta baru, langkah pertama adalah mengumpul duit pendahuluan yang cukup terlebih dulu.
Dan bertambah molek kalau kita boleh letak duit deposit yang tinggi, supaya kita boleh kurangkan kadar faedah dengan banyak.
Kawal nafsu korang supaya tak mudah tertarik dengan skim “beli kereta secara zero-down payment”.
Biasanya, korang akan bayar ansuran yang rendah untuk permulaan, yang akhirnya akan susahkan diri korang sendiri sebab ia akan meningkat lebih tinggi pada tahun seterusnya.
Langkah terbaik yang kita boleh buat adalah mengumpul sejumlah duit deposit yang banyak, kemudian baru kaji setiap pilihan (options) yang kita ada.
Dan tak berdosa pun kalau korang beli kereta secondhand yang berkondisi baik dan berkualiti tinggi. Dah tentu kita boleh jimatkan lebih banyak duit dengan cara ini.
5: Keluarkan diri daripada belenggu hutang jahat Nak elak daripada dibelenggu hutang? Mula kumpul duit daripada sekarang.
Mungkin ia kedengaran agak ironik. Tapi ini adalah perkara yang kita patut buat.
Tentu saja kita tak dapat langsaikan hutang kad kredit, kalau terus gunakan kad plastik ini setiap kali kecemasan berlaku. Kalau macam ni, sampai bila nak habis bayar hutang?
Ada kajian dah buktikan. Kita ada potensi gunakan sejumlah wang yang besar setiap tahun untuk hal berkaitan kecemasan (seperti kereta rosak dan sebagainya).
Jadi, sebelum korang bayar hutang kad kredit tu, buat simpanan kecemasan (paling kurang, simpan untuk tempoh 3 atau 6 bulan).
Ini dapat elakkan korang terus gunakan kad kredit untuk hal-hal kecemasan yang tak dijangka.
Dengan ada reserve fund ini juga, kita dapat kenal pasti kalau-kalau perbelanjaan kita semakin bertambah atau sebaliknya dengan lebih mudah.
6: Persiapan untuk hadapi sebarang perbelanjaan yang tak dijangka
Katakan satu hari nanti, kereta kita rosak dan perlu dihantar ke bengkel.
Bila dapat bil pula, tertera harga RM3,900 yang perlu kita bayar untuk kos baik pulih.
Bayangkan kalau kita tak ada sebarang duit simpanan dalam tangan. Agak-agak, kat mana nak cekau RM3,900 ni?
Dah tentu ini akan jadi masalah kat mereka yang tak buat sebarang simpanan.
Macam yang Tok jelaskan kat atas tadi. Kecemasan boleh berlaku tanpa mengira masa. Kita tak boleh elakkan perkara ini, tapi kita mampu bersedia untuk hadapi masalah ini.
7: Anda tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini Mungkin rezeki kita, masih dapat bekerja dan terima gaji setiap bulan tanpa apa-apa masalah. Tapi, ia masih ada potensi untuk berubah sekelip mata. Dan tak ada siapa yang terkecuali (termasuk Tok dan korang).
Kalau kita tak bersedia untuk hadapi perkara ini dengan baik, ia pasti akan menyusahkan diri serta keluarga kita. Dah tentu kita tak nak masalah ini berlaku.
Mungkin kita boleh dibuang kerja, bisnes tak buat untung untuk satu jangka masa yang lama, atau ditimpa kemalangan sama ada secara fizikal atau mental.
Bukan niat Tok nak doakan perkara ni berlaku. Tapi Tok nak korang berfikir secara logik yang masalah ini ada kemungkinan untuk berlaku, sama ada korang suka atau tak. Let’s be real, bak kata Mat Saleh.
Kalau masalah ini berlaku, adakah kita dah cukup bersedia untuk hadapi perkara ini dengan baik? Takkan sepanjang masa nak hidup atas ehsan kad kredit setiap kali berlaku kecemasan?
Tindakan ini dah tentu akan keruhkan lagi keadaan kewangan korang. Pembayaran minimum boleh meningkat dari masa ke semasa, sampai nanti satu tahap kita tak mampu nak bayar balik apa yang dipinjam.
Itu sebab Tok sentiasa galakkan korang buat simpanan mulai sekarang, tanpa sebarang alasan. Sebab ia akan selamatkan korang bila terpaksa hadapi masalah ini.
Paling kurang, kita dah ada tunai yang boleh kita gunakan untuk survive dalam satu jangka masa.
Kesedaran yang mendalam adalah permulaan untuk kita menyimpan duit. Tok tak nak korang dah susah nanti, baru terhegeh-hegeh nak mula.
Takkan dah terhantuk, baru nak mengadah? Takkan dah terasa nak buang air, baru nak gali lubang?
Nak simpan duit, bukan kena tunggu duit gaji kita meningkat pun. Simpan je sikit-sikit dulu. Lama-lama nanti, pasti ia berbukit. Tok harap korang mulakan tindakan sebelum terlambat ya.
Keluarga: Apa lagi, ikuti 7 cara ini, moga terus istiqomah untuk menyimpan demi masa depan keluarga lebih sempurna.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sarat hamil anak kedua, pelakon Anzalna Nasir memilih untuk menjaga anaknya, Mohamad Eidrees.sendiri dan tidak akan mengambil pengasuh.
Melihatkan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi membuatkan dia bimbang dan lebih selesa menjaga anaknya sendiri.
“Ini adalah pilihan saya sendiri. Suami ada mencadangkan untuk mengambil pengasuh untuk membantu menjaga Eidrees kerana keadaan saya yang berbadan dua.
Namun susah nak percaya orang dan saya tidak akan sesekali tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain selain keluarga sendiri. Biarlah saya berkorban. Saya anggap ini rezeki kerana dapat menjaga dan membesarkan anak sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Anzalna mengakui bukan mudah untuk menjaga anak ketika sedang sarat hamil. Malah, anaknya itu juga semakin inginkan perhatian apabila bakal mendapat adik.
“Memang mencabar. Bila nak dapat adik ini, perangai dia lain sedikit. Semakin inginkan perhatian. Oleh sebab itu, antara saya dan suami, dua-dua kena ada untuk dia. Sebab itu saya lebih senang jaga sendiri. Seronok dapat tengok dia membesar depan mata,” katanya.
Anzalna sebelum ini memaklumkan dirinya hamil anak kedua. Dalam perkongsian di Instagram itu, pelakon tersebut mengesahkan, kandungannya sudah berusia lapan bulan.
Jika anda suka bercucuk tanam memang banyak manfaatnya. Bukan dari segi kos untuk ke kedai, tetapi masa pun jimat. Hanya petik ajer bahan masakan di halaman rumah.
Namun, nak tanam kena tahu cara yang betul jika tidak ada yang kecewa bila tanaman tak menjadi.
Antaranya cara tanam halia yang sering digunakan dalam masakan.
Halia atau nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan.
Sifat halia yang bagus buat kesihatan
Selalu kita dengar atau lihat mengenai mitos halia itu adalah bagus buat kesihatan manusia, bukan? Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sifat halia itu sendiri, berikut adalah sifat-sifatnya:
Antiradang
Keradangan merupakan satu fungsi semula jadi untuk melindungi tubuh. Kuman, bahan kimia dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan berlakunya terlalu banyak keradangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri.
Pengambilan halia boleh membantu menghalang dan menyembuhkan keradangan. Terdapat kajian yang mengatakan halia juga boleh mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan keradangan.
Antioksidan
Halia dikatakan boleh membantu mencegah penyakit jantung, penyakit neurodegeneratif seperti Parkinson, Alzheimer, dan Huntington, kanser dan simptom penuaan. Antioksida melawan spesis oksigen reaktif (ROS) yang dihasilkan tubuh secara semula jadi.
Pemilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti pengambilan alkohol terlalu banyak, merokok atau alami masalah tekanan kronik membuatkan tubuh menghasilakn ROS dengan lebih banyak.
Pengambilan makanan dan minuman dengan antioksidan seperti halia, boleh membantu mencegah dan melawan kesan sampingan negatif ROS – tekanan oksidatif dan merosakkan sel-sel tubuh.
Menguatkan imunisasi tubuh badan
Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan. Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.
Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol. Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser. Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.
IKUTI CARA SEMAI HALIA , RUJUK GAMBAR.
Selamat mencuba. Menjadi cara ni.
Kredit: Nur Nurul
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kafein dan rambut gugur sering menjadi topik perbincangan selepas beberapa kajian menunjukkan kafein berpotensi membantu merangsang pertumbuhan rambut serta mengurangkan kesan hormon DHT terhadap folikel rambut.