Anak-anak ceminan ibu ayah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika ibu ayah berkelakuan baik dan sentiasa tunjukkan sifat-sifat murni dengan anak-anak pasti akan melahirkan anak-anak yang turut mempunyai kelakuan yang sama.

Ini kerana, keperibadian anak-anak boleh dibentuk sedari anak masih kecil supaya menjadi seseorang yang baik akhlaknya dan disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya.

Umpamanya dalam menanamkan sifat dan rasa tanggungjawab dalam membantu orang lain. Jika sudah terbiasa dipraktikkan dalam kehidupan hariannya tentu sahaja walau di mana-mana mereka berada, andai terlihat orang memerlukan bantuan dengan mudah anak-anak ini menghulurkan bantuan. Ia lahir dari hati yang ikhlas!

Mungkin tindakan tersebut dianggap kecil bagai orang lain, namun sungguh bermakna bagi yang memerlukan.

Hal ini sama dengan tindakan seorang murid sekolah rendah yang membantu rakannnya ketika waktu rehat.

Menerusi perkongsian seorang pengguna aplikasi TikTok @edwinpiusentak dilihat seorang kanak–kanak menyuap makanan kepada rakannya yang merupakan orang kelainan upaya.

Suap Kawan Istimewa Makan. Keikhlasan Pelajar Ni, Buat Rasa Sebak Netizen!

Video yang berdurasi 5 saat itu mencuri tumpuan warganet dan ramai antaranya tersentuh hati saat melihat tindakan murni kanak–kanak lelaki tersebut menyuapkan makanan ke mulut kawannya tanpa rasa kekok.

IKLAN
@edwinpiusentak♬ original sound – Neen

Meninjau ke ruangan komen, rata–rata warganet tidak henti-henti memuji tindakan baik kanak- kanak tersebut yang dilihat ikhlas membantu rakannya malah tidak kurang juga yang tersentuh hati melihat video tersebut.

“Baik budaknya . Tahniah buat kedua org tua adik ini . Anda berjaya berikan didikan yang baik buatnyaa🥺🥺,” komen puteri.dyana

Manakala tulis Clair Jordanmua sabahanMy pula, ” tgk cara dia suap pun,btul2 ikhlas dri hati dia🥺 nmpk hasil didikan parents dia ..smga trus jd anak yg baik”

Suap Kawan Istimewa Makan. Keikhlasan Pelajar Ni, Buat Rasa Sebak Netizen!

“maafkan uncle.. tetiba air mata mengalir tgk video ni.. hanya org yg melihat dr mata hati akan tersentuh..,” tulis Art Art pula.

IKLAN

Komen Zelina pula “Semoga adik jadi anak yg soleh dunia n akhirat..berjaya dalam kehidupan…aminm”

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Suap Kawan Istimewa Makan. Keikhlasan Pelajar Ni, Buat Rasa Sebak Netizen!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

IKLAN

Suap Kawan Istimewa Makan. Keikhlasan Pelajar Ni, Buat Rasa Sebak Netizen!

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI