Jenazah lima sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 204 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ayer Keroh, malam semalam, telah selamat disemadikan.
Jenazah Fadzlenna Ramli, 32, dan anak bongsunya Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, ditempatkan dalam satu liang lahad.
Jenazah suaminya, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, serta ibu dan bapa Fadzlenna iaitu Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, dikebumikan dalam tiga liang lahad berasingan.
Semua jenazah sebelum itu disolatkan di Surau Al-Ikhlas Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi di sini sebaik tiba dari Hospital Melaka pada jam 5.45 petang, tadi.
Proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas, selesai sekitar jam 7.45 malam tadi. Suasana pilu menyelubungi kira-kira 500 individu yang hadir, terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan, serta kenalan rapat, dalam cuaca hujan renyai yang menambahkan kesedihan.
SERAH PADA PIHAK POLIS
Sementara itu, bapa Allahyarham Khairul Ikhwan, Datuk Mazupi Abdul Rahman yang ditemui selepas pengebumian, berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan kemalangan yang meragut nyawa anak, menantu dan cucu serta dua besannya itu.
Ads
“Saya percaya dalam kes ini bukti-bukti sudah dikumpulkan pihak polis. Insya-Allah pihak pendakwa raya akan mengambil tindakan ke atas mereka-mereka yang menyebabkan kematian anak saya.
“Di samping itu, saya bersyukur proses pengebumian anak, menantu, cucu serta dua besan dipermudahkan, semoga Allah terima doa kita semua agar diringankan siksaan dan dilapangkan kubur,” katanya.
Mazupi, 64, yang juga bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berterima kasih kepada semua yang hadir untuk solat jenazah sehinggalah jenazah kelima-kelima ahli keluarganya itu selamat dikebumikan.
Ads
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000! Daftar sekarang
BERGEGAS KE MELAKA LIHAT 2 CUCU JALANI PEMBEDAHAN
“Selepas ini, saya perlu bergegas ke Melaka untuk menguruskan proses pembedahan dua cucu saya yang kini sedang dirawat di Hospital Melaka.
“Pembedahan perlu dibuat kerana kedua-dua cucu, berusia empat dan tujuh tahun mengalami patah peha,” katanya.
Ads
Untuk rekod, tragedi tragis ini dilaporkan kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) menyebabkan tujuh termasuk lima sekeluarga maut, manakala 33 cedera.
Siasatan awal mendapati bas persiaran itu terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan.
Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu bas dan empat penumpang MPV serta pemandu serta penumpang bas berkenaan.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kanak-kanak perempuan maut terjatuh tingkat 29 kondominium di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.
Kanak-kanak Perempuan Maut Terjatuh Tingkat 29 Kondominium Di Puchong
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar, pihak polis menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya.
“Pihak kami menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak tempatan yang terjatuh dari aras 29 sebuah kondominium di Puchong. Pasukan polis segera dikerahkan ke lokasi untuk membuat pengesahan dan memberikan bantuan,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Hasil siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan berkenaan.
Tambah beliau, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah pengasuh. Pada masa itu, ibu mangsa sedang menjaga adik mangsa yang sedang menjalani kuarantin, manakala bapanya berada di tempat kerja.
“Siasatan juga menunjukkan bahawa mangsa dipercayai memanjat tingkap tanpa jeriji sebelum terjatuh,” katanya lagi.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak mengesan sebarang elemen jenayah dalam insiden tersebut. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan menurut Mohd Fairus, pengasuh mangsa telah dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau.
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertamanya pada Isnin lalu.
Syasya, atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki yang kini menjadi amanah besar untuk dijaga bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie.
Lebih manis, pasangan itu sepakat memberikan nama indah, Muhammad Yassir Hayyan, kepada cahaya mata sulung mereka.
“Alhamdulillah, ini adalah nikmat terbesar dan amanah untuk mama dan baba. Selamat datang, Muhammad Yassir Hayyan,” kata Syasya dalam satu hantaran di Instagram.
Syasya turut menceritakan bagaimana pada awal tahun ini dia memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak disangka, doanya dimakbulkan dengan kehadiran bayi lelaki di penghujung tahun sebagai hadiah terindah.
DOA UNTUK ZURIAT
“Awal tahun ini, saya berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan penuh cinta. Syukur, Allah kurniakan rezeki ini kepada kami,” tambahnya lagi.
Pada bulan September, Syasya mengumumkan kehamilan pertamanya, dan kini dia serta suaminya menyambut kehadiran permata hati mereka dengan penuh syukur dan kegembiraan.
Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.
Dapat Duit Raya, Gadis Beli Emas Sejak Sekolah Menengah
Namun, berbeza pula dengan seorang gadis dari Kemaman, Terengganu ini. Dia memilih untuk membelanjakan wangnya dalam bentuk pelaburan yang lebih bernilai iaitu emas.
Nurulain Nazifa Azuwa @ Anith, 24 tahun, berkongsi kisah minatnya terhadap emas bermula sejak zaman persekolahannya. Ketika itu, beliau membeli sebentuk cincin seberat dua gram sebagai permulaan simpanan emasnya. Walaupun masih di bangku sekolah menengah ketika itu, beliau sudah mempunyai kesedaran awal tentang pentingnya menyimpan.
“Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Sebagai anak sulung, saya belajar untuk lebih bertanggungjawab dan berfikiran jauh ke hadapan. Selain itu, saya banyak membaca tentang kepentingan menyimpan. Setiap kali musim perayaan, saya kumpulkan duit raya dan gunakan untuk membeli emas,” ujarnya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dari Universiti Teknologi Mara itu turut menjelaskan bahawa didikan ibu bapanya yang menekankan agar berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak menjadi prinsip yang dipegang hingga hari ini. Baginya, membeli emas adalah pilihan bijak memandangkan nilainya yang sentiasa meningkat.
Tambahnya lagi, emas pernah menjadi penyelamat kewangannya ketika melalui detik sukar semasa menuntut di universiti. “Pernah satu ketika saya terpaksa menggadaikan emas untuk mendapatkan wang. Jadi, walaupun harga emas kini lebih RM400 segram, saya tetap berusaha menyimpan. Setiap bulan saya peruntukkan kira-kira RM1,000 untuk membeli sekurang-kurangnya sebentuk cincin,” katanya.
Minat terhadap emas juga turut dikongsi oleh Nik Noor Azleeen Ramli, 42 tahun, yang sudah mengumpul barangan kemas sejak mula bekerja lebih dua dekad lalu. Menurut Pengurus Cawangan Affin Bank itu, minatnya terhadap emas berakar sejak kecil dan sehingga kini beliau masih aktif menambah koleksi peribadi.
Walaupun reka bentuk emas kini semakin moden, beliau menegaskan bahawa bentuk atau gaya tidak menjadi keutamaan dalam pemilihan. “Saya tidak semestinya membeli mengikut trend. Jika rekaan klasik pun tetapi menarik bagi saya, saya akan beli. Pernah juga saya menempah koleksi khas dengan nama sendiri walaupun harganya agak tinggi, tapi puas hati,” katanya yang memiliki koleksi emas bernilai sekitar RM16,000.
Anak kelahiran Kelantan itu juga memberitahu bahawa dia tidak pernah menjual mana-mana koleksi emas miliknya, malah turut membeli barang kemas untuk ketiga-tiga anak perempuannya sebagai simpanan masa depan.