Kalau ditanya apakah hidangan waktu petang yang paling sedap untuk dinikmati bersama keluarga, pastinya ramai yang memilih apam balik rangup. Di kombinasi pula dengan teh o panas, pasti terasa nikmat menikmatinya. 

Namun tak ramai peniaga yang mampu membuat apam balik dengan rangup. Ada yang hanya rangup ketika panas sahaja sudahnya lembik bila ianya sejuk. 

Bagi seorang peniaga, Muhammad Puzee Mat Ajid yang telah berniaga kuih tradisional ini sejak 25 tahun yang lalu, apam balik buatannya digemari kerana ianya sedap dan rangup walaupun telah sejuk. 

Dan yang paling menarik, walaupun sudah lama berniaga, Puzee masih mengekalkan harga bagi setiap apam balik ini iaitu 50 sen. 

Puzee berkata pulangan yang diraih mungkin tidak seberapa tetapi apa yang lebih penting kepadanya adalah dia dapat menderma sambil berniaga.

“Niat utama saya untuk membantu mereka yang kurang bermampuan dalam keadaan ekonomi mendesak hari ini.

“Rezeki ni Allah dah tetapkan, jadi tak perlu risau yang kita akan jatuh miskin kalau kita bersedekah,” ujar Puzee yang berniaga di Pantai Remis, Perak.

Peniaga berusia 63 tahun itu berkata walaupun dia bermurah hati dalam memberi, kewangannya dirasakan sentiasa mencukupi dan berkat daripada itu dia mampu membesarkan enam anaknya.

IKLAN

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Perniagaan apam balik itu diambil alih daripada abangnya dan Puzee menyediakan apam balik itu setiap hari.

Anak watan Kampung Sungai Batu, Perak itu berkata proses penyediaan melibatkan pengulian 10 kilogram (kg) tepung dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan kira-kira 1,000 keping apam balik.

IKLAN

“Pada awalnya, saya meletakkan harga tiga keping apam balik RM1, kemudian menjadi lima keping RM2 dan terakhir sekeping 50 sen agar pelanggan mampu beli.

“Saya cuma mahu membantu pelanggan yang sempit kewangan, untung belakang cerita kerana saya percaya pada kekuatan rezeki dan sudah ada bahagian yang tersedia untuk saya,” katanya.

Puzee membuka gerainya setiap hari kecuali Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, seorang pelanggan tetap bernama Meredayu Naim berkata kerangupan tekstur apam balik itu adalah apa yang menjadikannya ia unik.

“Jika balik ke Pantai Remis saya pasti singgah ke gerai Pakcik Puzee sebab anak saya amat gemarkan apam balik beliau, rasa sedapnya lain dari yang lain, masih rangup walaupun sudah sejuk,” ujarnya.

IKLAN

Manakala bagi Maisarah Zainul Abidin, 33, dia memuji usaha yang dilakukan Puzee untuk mengekalkan harga apam balik 50 sen sekeping dan wajar menjadi contoh kepada peniaga lain.

“Harganya memang murah sebab rata-rata yang saya tengok peniaga jual pada harga RM1 atau 70 sen sekeping. Saya rasa memang berbaloi kalau beli banyak.

“Selain dari harganya yang murah, saya juga memilih untuk membeli apam balik dari Puzee kerana dia sangat peramah dan pandai menjaga hati pelanggan,” katanya.

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Sudah 25 Berniaga Apam Balik, Tapi Harga Masih 50 Sen. Ramai Suka Sebab Rangup Walaupun Dah Sejuk

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI