
Sudah Biasa Masak Asam Pedas Ikan, Hari Ni Pekena Asam Pedas Ayam Style Johor Pula. Ni Resipinya!
Biasanya kalau hendak masak menu asam pedas sebagai juadah tengah hari mesti ligat sahaja kita mak-mak ini keluarkan stok ikan yang sedia ada di dalam peti ais. Sama ada ikan pari atau pun ikan kembung sering dijadikan pilihan utama.
Tapi sebenarnya kalau ayam dibuat masak asam pedas tidak kurang juga sedapnya. Mungkin ada yang rasa pelik sebab belum pernah mencuba rasa. Tapi bagi orang Johor, menu asam pedas ayam ini antara pilihan menu harian buat mereka.
Jadi apa kata kali ini anda sediakan sendiri seperti resipi yang dikongsikan oleh Amoy Sally
Ayam Masak Asam Pedas
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji bawang -kisar
5 ulas bawang putih-kisar
2 inci kunyit hidup -dikisar
1 inci halia-dikisar
Lada hitam-kisar
Cili kisar-agak-ikut kepedasan yang diingini
2 batang serai -diketuk
Daun kesum-letak banyak-banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
ARTIKEL MENARIK :
- Sambal Tempe Bilis Kacang Yang Rangup. Buatkan Sebagai Stok, Boleh Makan Tak Kira Masa!
- Buat Bihun Goreng Tomyam Atau Bihun Goreng Singapore, Ini Rahsianya Tak Lembik & Tak Hancur!
- Kacang Kuda Tak Perlu Tunggu Lama Direbus Pun Dah Empuk, Ni Tekniknya & Resipi Boleh Cuba!
Langkah-langkah penyediaanya:
1.Panaskan minyak (kena banyak ye) masukkan serai yang di ketuk. Tumis sampai naik bau.
2.Kemudian masukkan bahan kisar kecuali cili kisar, tumis sampai naik bau baru masukkan cili kisar ,
3.Tumis lagi sampai betul-betul cili masak dan garing. (Pastikan tutup kuali supaya dapur tak kecah)
4.Bila cili sudah garing, boleh masuk ayam. Kalau ayam dah agak kecut baru masukkan air. Agak-agak paras ayam.
5.Kemudian bolehlah masukkan perasa, daun kesum, daun limau, bendi tomato.
6.Akhir sekali masukkan air asam jawa. Siap.
Ekstra Tips :
Air boleh tambah nak banyak mana kuah.
Kalau minyk nampak terlebih, bolehlah senduk untuk keluarkan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club