”Suka Keperibadian Dia, Tetap Merendah diri & Sopan Je.” Netizen Puji Najwa Latif Artis Paling Humble Walau Dah Berjaya!

Share

Bagi yang seangkatan dengan usianya, pasti kenal dengan figura seni bernama Najwa Latif.

Satu ketika dahulu, dia cukup dikenali dikalangan anak-anak muda. Siapa sangka, anak gadis yang sekadar menyanyi dalam kereta, namun berjaya mencipta nama sehingga menapak ke pentas besar Anugerah Juara Lagu (AJL).

Namun sudah lama tidak melihat kelibat Najwa Latif di media massa usai melanjutkan pengajian.

Hampir 11 tahun bergelar sebagai anak seni, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, sememangnya layak dijadikan contoh terbaik kepada ramai.

Dia bukan hanya memiliki bakat dalam bidang muzik, bahkan cukup berjaya dalam bidang akademik.

Baru-baru ini suaranya kembali mewarnai dunia seni apabila dijemput sebagai tetamu menerusi stesen radio Suria Malaysia, untuk segmen ‘Carta SURIA Top 40 bersama Bintang ‘ yang dikendali oleh penyampai radio Fizi Ali dan Suraya Borhan.

Rupanya Najwa kini sudah bergelar pensyarah di salah sebuah universiti. Kehadiranya di Suria.fm dikongsikan menerusi laman instagram. Tetap tampil malu- malu dan bersopan seperti dahulu.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa rindu mereka setelah melihat Najwa dalam video tersebut.

Tak kurang yang memuji Najwa masih mengekalkan sikap merendah diri meskipun sudah berjaya bergelar seorang pensyarah.

Bagus @njwalatif ni.. Suka tgk keperibadian dia..cekal dan tabah serta rendah diri walaupun berpendidikan tinggi..Alhamdulillah 😍👏👏👏

zulehanadam Suara dye limited denga jer dh tau, itu suara najwa😍😍

izara_maya Artis paling sempoi,humble sejak dulu Najwa Latif.

Sumber: suriamalaysia


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

IKLAN