Hobi bercucuk tanam bagi kita yang tinggal diikawasan perumahan apartment, mahupun teres lot tengah pasti berhadapan dengan masalah ruang tanah yang teehad.
Melalui perkongsian ini diharapkan dapat atasi masalah tersebut.
jom semak !
“Saya pun dah cuba buat bende viral ni…. mula2 buat tinggi 2 kaki (kelabu) , pastu 3 kaki (putih) … pasni nak buat lagi tinggi. Bila buat gini – En Somi dah tak boleh nak kata “nak tanam mana lagi tu yanggg oiii ?? Hihihih… sbb tempat dah banya”
“Sy gune PVC yg besar sekali kt kedai hardware tu ….. tinggi 4 kaki & 5 kaki … klau nk tinggi lagi pun boleh. Semoga makin cantik & kemas kebun bunge & kebun sayur kite.”-
Ads
bahan-bahan :
PVC kelabu – RM 3.60 per kaki.
PVC putih – RM 4.00 per kaki.
Ads
Sy buat 4 kaki tinggi.
Cara buat :
Buat garisan lurus pakai pensel. Pakai tape pengukur tu sebagai pembaris pun boleh.
Bahagikan …. ukur lilit anggaran 35cm / 3 bahagian = anggaran 12cm untuk 1 bahagian. Dah ukur tu, lukis garisan panjang sampai ke bawah. Tak perlu tepat2 sgt.
Buat garisan melintang (untuk buat lubang). Anggaran 6cm @ 8cm bergantung kepada jenis bunge / sayur nk tanam.
Gergaji ikut garisan melintang yg di lukis tadi. Jarak antara kelopak sy buat antara 10cm ke 15 cm (bergantung juga kepada jenis bunge / sayur yg nk di tanam).
Ads
Setelah siap di gergaji….. ni rupenyer dari dalam (abaikan meow sy tu). Nampak kan anggaran jarak dan selang seli antara kelopak.
Guna api sederhana utk panas & lembutkan PVC. Lebihkan api kat bahagian atas kelopak ye. sebab bahagian atas ni yg banyak nak di bentuk.
Sementara PVC masih panas – tekan “kelopak atas” dengan towel lembab. Bentukkan. Kalau PVC tu terhangit takpe…. perkara biasa.
Ini ukuran kelopak 8cm.
Bahagian dlm pvc (bawah sekali), sy masukkan batu2 utk pengaliran air. Pastu baru sy masukkan tanah. Semasa masukkan tanah pastikan TEKAN setiap satu lubang supaya tak kosong. Sesetengah org akan simen PVC ke dlm pasu… tapi sy tak reti pakai simen.si tekan2 pakai tanah & batu je supaya tegak.
Buat kita ibu ayah yang lahir pada zaman antara tahun 70an hingga 90an, jika ingin diimbau kenangan bermain di zaman kanak-kanak tentu ianya menjadi antara momen terindah dan paling menyeronokkan dalam hidup. Bahkan tidak dinafikan, mengingati saat tersebut membuatkan kita berasa rindu untuk kembali ke zaman silam.
Jadi apa kata kali ini kita throwback kembali antara permainan zaman kanak-kanak yang pernah kita main. Kalau boleh, kita wariskan pula pada anak-anak zaman ini agar mereka dapat merasai keseronokkan zaman kanak-kanak seperti apa yang pernah kita lalui.
Bahkan tahukah anda, bahawa permainan kanak-kanak zaman dahulu ini sebenarnya mempunyai manfaatnya yang tersendiri kepada perkembangan kanak-kanak. Ini seperti mana yang dikongsikan di facebook Hello Doktor.
Jadi ini manfaat permainan tradisional untuk anak anda.
Game 1: Galah panjang
Galah panjang merupakan permainan yang memerlukan kerjasama ahli kumpulan untuk memenangi perlawanan dan memerlukan strategi dilakukan untuk memenangi perlawan tersebut.
Hasilnya melalui permainan ini, kanak-kanak akan menjadi lebih aktif dan menggunakan otak mereka dengan cara yang lebih baik.
Ia bukan sahaja menggalakkan kerjasama antara ahli kumpulan, tetapi juga merangsang motor kasar otak anak dan melatih mereka untuk lebih fokus ketika melakukan sesuatu.
Selain itu juga, ia boleh meningkatkan perkembangan kemahiran komunikasi dalam diri anak.
Game 2: Teng-teng
Permainan teng-teng mungkin lebih digemari oleh anak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki kerana ia lebih mudah dan kurang mencabar untuk dimainkan.
Melalui permainan teng-teng, ia boleh membantu anak anda membina kekuatan tubuh badan mereka.
Selain itu, ia juga boleh membantu koordinasi mata, tangan dan badan anak yang lebih baik.
Jika anak anda boleh berdiri atau melompat dengan sebelah kaki, ini petanda baik kerana ia merupakan satu pergerakan yang kompleks sewaktu perkembangan kanak-kanak.
Game 3: Tarik upih
Berbanding permainan teng-teng, permainan tarik upih ini mungkin lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berbanding anak perempuan.
Maklumlah permainan ini memerlukan lebih tenaga dan banyak menggunakan kekuatan tubuh badan untuk menarik upih kelapda atau upih pinang.
Permainan tradisonal ini mengajar anak untuk bertoleransi dalam membuat keputusan kerana ia akan menentukan siapakah yang perlu menarik upih dan siapakah yang akan duduk di atas upih tersebut.
Game 4: Main congkak
Siapa sahaja yang tidak mengenali permainan congkak. Dahulu, papan congkak hanya boleh didapati dalam bentuk kayu sahaja. Namun kini, ia boleh didapati dalam bentuk plastik yang lebih ringan dan tidak mudah rosak.
Congkak melatih kanak-kanak untuk berfikir dengan kaedah strategi secara kreatif bagi memenangi perlawanan.
Bukan itu sahaja, ia melatih kemahiran mengira kanak-kanak kerana permainan ini melibatkan aktiviti tambah dan tolak sepanjang ia dimainkan.
Game 5: Konda-kondi
Permainan konda-kondi merupakan antara jenis permainan yang paling mudah tetapi sudah semakin lenyap daripada budaya masyarakat Malaysia.
Permainan ini melatih kanak-kanak untuk memberikan fokus yang tinggi selain membantu koordinasi tangan dan mata sewaktu ia dimainkan.
Selain itu juga, ia menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif kerana melibatkan larian sepanjang ia dimainkan.
Permainan ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mereka mengatur strategi secara kreatif dan mengasah kemahiran motor halus otak.
Game 6: Main guli atau biji getah
Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak zaman dahulu walaupun pada waktu sekolah (sewaktu rehat).
Penulis sendiri amat menggemari permainan ini walaupun hanya menggunakan biji getah sahaja, dan bukannya guli. Ini kerana biji getah boleh diperoleh dengan mudah dan tidak melibatkan sebarang modal.
Permainan ini memerlukan pelaksanaan strategi dan juga tumpuan yang baik untuk memastikan guli atau biji getah yang dilontarkan itu mengenai sasaran.
Permainan ini juga secara tidak langsung melatih koordinasi mata dan tangan kanak-kanak sewaktu ia dimainkan.
Game 7: Bermain layang-layang
Permainan layang-layang agak sukar untuk dimainkan di kawasan bandar atau taman perumahan.
Namun, ibu bapa boleh mengajak anak ke taman permainan atau di tepi pantai untuk sesekali bermain layang-layang bersama-sama.
Jika anak anda membuat layang-layang mereka sendiri, ia secara tidak langsung melatih anak-anak kemahiran memilih bahan yang betul untuk membuat layang-layang.
Selain itu, ia juga memupuk minat anak anda terhadap ilmu sains kerana ia akan mengajar si kecil mengenai pergerakan angin dan juga tarikan graviti agar layang-layang dapat terbang tinggi dan tidak mudah jatuh.
Game 8: Lompat getah atau zero point
Ada yang menyebutnya sebagai zero point dan ada juga yang memanggilnya lompat getah. Ia boleh dimainkan dengan menggunakan rantaian getah yang dibuat sendiri atau menggunakan tali skipping.
Permainan ini memberikan kebaikan yang lebih kurang sama dengan permainan teng-teng.
Ini kerana ia melatih anak untuk melompat setempat dan memberi fokus agar tidak terkena tali yang dihayunkan.
Ia membina kekuatan fizikal dan juga kemahiran motor halus yang sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Game 9: Baling selipar
Permainan ini juga boleh dikatakan agak seronok kerana ia akan melibatkan aktiviti kejar-mengejar antara ahli dua kumpulan.
Ia menjadikan otak anak lebih kreatif kerana melatih si kecil untuk membuat strategi dan pelan bagi mengalahkan pihak lawan. Disebabkan permainan ini banyak melibatkan aktiviti berlari, mengelak, mengacah dan juga melompat, ia membuatkan anak anda lebih gembira dan juga aktif sepanjang bermain.
Mak-mak pun walaupun garang pada anak-anak, tapi hati tetap sayang. Biarpun mulut membebel hari-hari, ini tidak bermakna marahkan anak. Tapi memberi nasihat buat anak-anak.
Malah, jika anak minta itu ini, biasanya mak-mak akan layan walaupun kepenatan. Malah ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada anak-anak.
Begitulah gelagat keluarga ini yang sering mendapat perhatian perminatnya.
Pasangan selebriti Ozlynn Wati, isteri kepada pengacara dan pelakon, Johan Rajalawak, dikurniakan anak yang ramai sudah tentu ada cabarannya. Tambahan pula komitmen sebagai pelakon yang kerja tidak tentu masa.
Menerusi posting terbarunya, Ozlynn sempat berkongsi gelagat anak-anaknya yang memintanya membacakan ‘bedtime story.’ Namun yang menarik perhatian peminat apabila gelagat anak-anaknya tidak keruan apabila Ozlynn mula menggunakan penyangkut baju apabila anak-anaknya masih belum melelapkan mata.
Tentu ramai mak-mak macam ini akan mula ‘menyinga’ bila anak-anak masih belum lena.
Bila anak mintak, kita sbg mak kena la layankan.. kena la bg.. jgn berkira dgn anak2.. ni adalah salah satu cara menunjukkan kasih dan syg seorang ibu kepada anak.. tahniah buat Bayiq , Sodiq n Ajiq.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat anak-anak pasangan selebiriti ini.
“Hanger Tu lagi Seram Dari cerita ibu”.
“Antara keluarga artis yang saya suka tengok dan follow dekat ig .”
“hi lah ank….😂😂😂😂 relax dulu relax dulu
Sumber: jozlynnhanania
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkorban apa saja, demi orang tersayang. Tatkala orang lain berlumba-lumba mengejar impian dan ingin mencapai cita-cita, pemuda ini mengambil pendekatan berbeza. Dia sanggup melupakan hasrat bergelar doktor demi kasih kepada bapanya yang menghidap angin ahmar sejak lima tahun lalu.
Itu pengorbanan Faiq Syukri Saparudin, 28, yang nekad tidak berkhidmat dalam bidang perubatan walaupun memiliki Ijazah Perubatan dari Royal College of Surgeons, di Dublin, Ireland selepas berhempas pulas enam tahun melengkapkan pengajian.
Menceritakan kisah hidupnya yang kini memilih kerjaya perunding kewangan berkata, dia menjaga bapanya Saparudin Arifin, 61, selepas tidak sanggup melihat kesusahan ditanggung ibu, Suraya Adam, 53, dan adik beradik ketika dia menyambung pengajian.
“Sebaik tamat pengajian pada November 2017, saya menerima tawaran berkhidmat di Hospital Batu Pahat Ogos tahun lalu, namun meminta penangguhan enam bulan kerana mahu menjaga ayah sebelum ditawarkan semula berkhidmat di hospital sama Februari ini.
“Saya akhirnya membuat keputusan tidak berkhidmat sebagai doktor dan ini lah masa saya membalas jasa mereka,” katanya.
Menurutnya, walaupun keputusan itu dipandang sinis oleh orang sekeliling, dia bersyukur kerana keluarga menerima dan sentiasa memberi sokongan.
Beliau yang menetap di Johor Bahru berkata, dia terkesan apabila ibu yang tidak bekerja perlu mencari wang bagi menampung rawatan bapa.
“Ibu buat pelbagai kerja seperti menjadi ejen produk kesihatan demi menampung perbelanjaan,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.
Beliau berkata, bapanya yang juga bekas pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pencen lebih awal kerana kesihatan tidak mengizinkan.
Katanya, kerjaya sebagai perunding kewangan kini membolehkan dia membahagikan masa bekerja sambil menjaga bapanya, selain menanggung persekolahan adiknya.
“Tiada istilah kesal dalam hidup saya kerana keluarga tiada galang gantinya. Pekerjaan boleh dicari asalkan kita rajin berusaha.
“Pada masa akan datang mungkin saya membuka klinik sendiri walaupun tidak dapat menjadi doktor, tapi berharap dapat terus menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di