Umum mengetahui bahawa kucing merupakan salah satu haiwan  peliharaan yang disayangi  seluruh penduduk dunia.  Dalam sejarah islam, kucing memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa. Baginda Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Begitulah yang ditonjolkan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menitahkan sekalian rakyat jelata khususnya di Negeri Selangor agar tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan-haiwan terbiar (stray) khususnya kucing dan anjing.

Baginda berdua terkilan dan dukacita kerana masih ada lagi individu dan pihak-pihak tertentu yang sengaja berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan ini dan masih tidak tahu kaedah terbaik untuk melindungi mereka, khususnya ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor Dukacita Masih Ada Yang Tidak Kasih Pada Si Bulus. Snowy Antara Kucing Terbiar Jadi Peneman Setia.

Titah Baginda, adalah sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi mereka makan dan perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan atau pun apabila mereka berada di dalam habitat sendiri.

Baginda berdua sendiri kini memelihara beberapa ekor kucing terbiar yang telah dikasi (neuter) dan diberi perlindungan secukupnya.

Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor Dukacita Masih Ada Yang Tidak Kasih Pada Si Bulus. Snowy Antara Kucing Terbiar Jadi Peneman Setia.
Pernah menjadi kucing terbiar, Snowy kini menjadi peneman setia DYMM Tuanku Sultan dan sentiasa berada di sisi Baginda.

Ini termasuk Snowy, seekor kucing terbiar yang pada mulanya datang ke kediaman DYMM Tuanku Sultan empat tahun lalu untuk mencari makanan, namun diambil sebagai haiwan angkat di atas inisiatif Baginda sendiri. Snowy kini adalah kucing peliharaan kesayangan DYMM Tuanku Sultan dan menjadi peneman setia Baginda.

Seperti kucing terbiar lain yang diambil untuk dipelihara, Snowy telah dihantar ke doktor veterinar untuk dikasi dan dibersihkan. Selain Snowy, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society For The Prevention of Cruelty Animals (SPCA Selangor) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar di mana kira-kira 30 ekor daripadanya dipelihara oleh Baginda sendiri, manakala selebihnya diberi sebagai haiwan angkat.

Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor Dukacita Masih Ada Yang Tidak Kasih Pada Si Bulus. Snowy Antara Kucing Terbiar Jadi Peneman Setia.
Snowy juga adalah antara kucing peliharaan kesayangan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut Baginda, dengan kaedah mengambil sebagai haiwan angkat (adopt), haiwan terbiar ini boleh menjadi haiwan peliharaan yang bersih dan menyenangkan jika kita memberi rawatan dan penjagaan yang rapi.

Untuk rekod, sejak Mac 2017 sehingga Disember 2020, sejumlah 7,117 ekor kucing dan anjing terbiar telah dikasi di bawah program SFS yang diselia oleh SPCA Selangor.

Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor Dukacita Masih Ada Yang Tidak Kasih Pada Si Bulus. Snowy Antara Kucing Terbiar Jadi Peneman Setia.
DYMM Tuanku Sultan sering meluangkan masa bersama kucing-kucing terbiar yang kini telah diambil untuk dipelihara di kawasan kediaman Baginda.
Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor Dukacita Masih Ada Yang Tidak Kasih Pada Si Bulus. Snowy Antara Kucing Terbiar Jadi Peneman Setia.
Kucing betina yang diberi nama Jacopo ini antara kucing terbiar yang diselamatkan oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.
Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor Dukacita Masih Ada Yang Tidak Kasih Pada Si Bulus. Snowy Antara Kucing Terbiar Jadi Peneman Setia.
Antara kucing-kucing terbiar yang diselamatkan oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin dan kini dalam peliharaan Baginda.

Dalam pada itu, DYMM Tuanku Sultan juga menitahkan agar pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih pro-aktif dan bijak menangani isu haiwan terbiar ini secara holistik, dan bukan memberi gambaran buruk yang akhirnya akan menyebabkan haiwan-haiwan ini dikurung atau dibunuh.

Baginda mahu PBT menjadikan negara Turki sebagai model, bagaimana pihak berkuasa negara itu mengendalikan haiwan-haiwan terbiar yang tidak berdosa ini daripada dizalimi.

Baginda berdua amat berharap agar rakyat dan seluruh komuniti di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya, terus menyemai sifat belas kasihan dan sayangkan haiwan-haiwan terbiar ini serta mengambil berat tentang hak dan kebajikan haiwan seumpamanya.

 

Sumber: selangorroyalofficial

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI