Siapa sangka dalam tawa dan senyuman, rupanya arwah Adibah Noor menderita sakit. yang baru menghembuskan nafas terakhir semalam (18/6/2022).
Menurut sumber Allahyarham sekian lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat namun tidak berkongsi perkara itu kepada umum. Derita beliau didiamkan dan jadi rahsia daripada pengetahuan umum.
Baru-baru ni beliau muncul dengan wajah yang baru yang tampak lebih kurus. Gemparlah Malaysia.
Memetik laporan harian metro, rupanya penyanyi Ani Maiyuni mengetahui penderitaan yang dialami oleh penyanyi dan pelakon Adibah Noor.
“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza.”
Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.
Ads
“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.
“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid.
“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu.”
Ads
Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.
“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya.
Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.
Keperluan baja pada tanaman umpama vitamin yang perlu diberi secara berjadual agar pokok yng ditanam di keliling rumah hidup dengan sihat dan mengeluarkan hasil yang banyak untuk dituai.
Andai perlu dibeli baja yang sedia ada, tentu sahaja perlu diperuntukkan wang dengan nilai tertentu.
Pun begitu, jika ada cara yang jauh lebih menjimatkan kenapa tidak hasilkan sendiri baja dari ikan seperti mana yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah.
“CARA PALING MUDAH DAN MURAH BUAT BAJA IKAN SENDIRI DI RUMAH”
Fish Amino Asid (FAA) @ baja ikan ni banyak digunakan sebagai foliar untuk suburkan pokok. Boleh dikatakan semua sop tanaman saya akan ada FAA.
Hanya 2 bahan sahaja diperlukan iaitu ikan dan gula merah. Cara buatnya pun sangat mudah. Aqeel yang darjah satu pun pandai buat.
Baik, ini cara-cara nak buatnya.
PERALATAN
1. Pisau : 1 unit
2. Bekas dengan kapasiti 10 liter : 1 unit . Eloknya bahagian atas dan bahagian bawah bekas adalah sama saiz.
3. Kertas (tiada karbon)
4. Tali
5. Penapis : 1 unit
BAHAN-BAHAN
1. Ikan : 1 Kg
2. Gula Merah : 1.2 Kg
KAEDAH PEMBUATAN.
1. Potong ikan lebih kurang saiz 2-3 cm.
2. Bahagikan ikan yang telah dipotong kepada 4 bahagian (sama banyak).
3. Bahagikan gula merah kepada 5 bahagian (sama banyak).
4. Masukkan 1 bahagian gula merah ke dalam bekas. Ratakan ia di dasar bekas.
5. Masukkan 1 bahagian ikan ke dalam bekas tersebut dan ratakan.
6. Ulang langkah 4 dan 5 secara bergilir-gilir hingga semua bahan habis.
7. Perlu diingat, lapisan bawah sekali dan lapisan atas sekali mestilah gula merah.
8. Pastikan bahan-bahan yang diisi dalam bekas tidak melebihi 2/3 daripada ketinggian bekas. Ini penting supaya ia mempunyai ruang yang cukup untuk proses fermentasi.
Jika ruang udara tak sampai 1/3, tukar bekas. Jika tak tukar bekas, risiko untuk Fish Amino Asid yang kita buat tak menjadi adalah sangat tinggi.
9. Tutup permukaan bekas dengan kertas yang tiada karbon. Ikat hingga separa ketat.
10. Simpan ditempat redup dan biarkan selama 1 bulan.
11. Lepas 1 bulan, tapis campuran tersebut dan ambil cecairnya. Cecair tersebut dipanggil Fish Amino Asid (FAA) @ Baja Ikan.
12. Masukkan FAA ke dalam bekas untuk tujuan simpanan sebelum digunakan. Simpan ditempat redup.
CARA-CARA PENGGUNAAN
Ini contoh penggunaan untuk 1 liter air. Jika sahabat nak guna untuk kuantiti air yang lebih banyak, boleh darab sendiri ya berapa kuantiti yang diperlukan.
1. Masukkan 1 liter air ke dalam bekas penyembur. Nak lagi elok, guna air hujan atau air telaga. Kalau tak ada, bubuh je air paip.
2. Masukkan 2-25 ml FAA ke dalam langkah 1. Kuantiti FAA bergantung pada umur dan jenis tanaman. 5 ml ni lebih kurang 1 sudu makan.
3. Spray pada semua daun. Eloknya sembur awal-awal pagi.
4. Semburan FAA boleh dibuat bersama dengan Plant Booster dan racun organic. Bahasa mudahnya, FAA boleh dicampurkan dengan Plant Booster dan racun organic dalam satu alat penyembur.
5. Ulang langkah 4 setiap1-2 minggu sekali bergantung kepada tahap kesuburan pokok.
Sahabat,
Walaupun caranya nampak mudah dan simple, ada juga yang buat tak jadi. Bila saya perhatikan, ada beberapa sebab antaranya,
> Lapisan bawah sekali atau lapisan atas sekali bukan gula merah.
> Kuantiti gula merah kurang daripada kuantiti ikan.
> Guna kertas yang ada karbon. Contohnya surat khabar.
> Ruang udara bekas tak sampai 1/3.
FAA ni tak terhad pada tanaman sahaja. Kita juga boleh guna untuk semburan pada tanah.
Untuk hasilkan 500 ml FAA, kosnya lebih kurang 5 ringgit je. Andaikata kita beli yang dah siap, maharnya boleh cecah 5-10 kali ganda.
Seluk poket, tengok duit. Benda boleh jimat, kenapa perlu beli kan.
Selamat mencuba sahabat!
Sumber : Azuan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teringin pula nak makan nasi minyak kan, kalau sebelum ini setiap kali kenduri menu yang satu ni pasti takkan tercicir. Pekena pula dengan ayam masak merah dan acar memang lengkap selera.
Namun sekarang ni pasti susah kan tunggu jemputan kenduri, apa kata buat sendiri je resipi ini. Tak susah pun, pasti menjadi.
Jom cuba resipi perkongsian dari Hidayati Hana ini. Selamat mencuba!
Nasi Minyak Simple digandingkan dgn Ayam masak Merah, Kurma Ayam Kentang, Acar Mentah Timun Karot dan Papadom lunch arini
Resipi Nasi Minyak 👇
3 cwn beras basmathi
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
2 sdb mentega/ minyak msk
1 kiub pati ayam
1/2 cwn susu cair
2 helai daun pandan
Bawang goreng hiasan
Cara membuat:
Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya
Panaskan mentega tumis bwg dan halia yg telah diblend
Masukkn 3 sekawan dan daun pandan
Bila bwg da garing masukkn susu cair, air, kiub pati ayam dn garam
Tuangkan dlm periuk nasi
Biarkan nasi masak seperti biasa
Biiarkan 5 minit baru gembur2kan nasi guna garfu supaya nasi tak patah
Taburkan bwg goreng
Dah siap
Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam
2 cwn cili kisar
1 biji bwg besar*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
4 ulas bwg merah (dihiris halus)
Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
1 sdb sos tomato
1 cwn air
Garam dan gula secukupnya
Hiasan- daun bwg/daun ketumbar
*bahan kisar
Cara membuat:
Ayam digaul dgn serbuk kunyit+garam dan goreng hingga msk
Guna minyak goreng ayam td goreng bwg merah yg da dihiris td dan angkat ketepikan
Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan
Bila da naik bau, masukkn cili kisar
Tumis hingga cili garing
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Masukkan air
Perasakan dgn garam dn gula
Bila da mendidih masukkn ayam dan biarkan seketika
Taburkan bwg merah goreng td dan tutup api
Hiaskan dgn daun ketumbar/ daun bwg
Kurma Ayam + kentang
Beberapa ketul Ayam dipotong kecil
2 biji kentang
1 biji lobak merah
1 biji tomato
1/2 kotak santan
1 peket rempah kurma
Minyak utk menumis
Gula dn garam
Air secukupnya
Bahan tumis
1 biji bunga lawang, sedikit kulit kayu manis
5 biji bwg merah *
3 ulas bwg putih*
1/2 inci halia *
*dihiris halus
Cara membuat:
Tumis bahan2 hiris dan biarkan hingga naik bau
Masukkn rempah kurma an air sedikit
Masak hingga naik minyak
Masukkn ayam, ubi kentang, karot
Masukkn santan + sedikit air
Biarkan mendidih
Masukkn garam secukup rasa
Biarkan kuah msk hingga pekat sedikit dan da siapp
Masukkn cili merah/ cili hijau jika suka
Acar Mentah (Jelatah)
1 biji timun
1 biji karot
1 -2 biji cili merah
2 biji bwg merah
sedikit cuka mkn
Garam dn gula
Gaulkan semua bahan dan hidangkan
Dilahirkan tidak cukup bulan dengan hanya seberat 2.4 kilogram, namun kini anak pelakon Dayana Roza, si comel Astrid Raheeya membesar dengan sihat.
Setiap kali gambar si kecil ini dikongsikan di media sosial, ramai yang mengakui geram melihat lengannya yang berketul- ketul ditambah dengan wajah comelnya membuatkan ramai yang geram.
Terbaru, pelakon Zulin Aziz berkongsi satu video ketika bertemu anak Dayana baru-baru ini. Menerusi video tersebut, Zulin sedang meribakan Astrid. Perkongsian video oleh Zulin itu telah mencuri perhatian ramai.
Selain itu, Dayana turut membuat akaun Instagram khas untuk anaknya Itu. Di dalamnya dikongsikan gambar serta video gelagat si kecil ini.
Antara yang mengundang perhatian adalah video gelagat si kecil ini yang berada dalam car seat sedang ketawa apabila diusik. Bukan sahaja comel, rupanya Astrid mudah terhibur dan sangat periang. Comel, gebu dan tembam. Terasa macam nak gigit kan.
Dayana Dalam perkongsian bersama Media Hiburan sebelum ini mengakui ada mengamalkan pengambilan minuman susu kambing selain makanan tambahan lain demi kebaikan ibu dan anak.
“Malah hingga sekarang saya terus amalkan rutin minum susu kambing dan makanan tambahan lain.
Lagipun saya menyusu badan dan perlu banyak tenaga serta khasiat untuk diri sendiri serta anak,” katanya yang turut berkongsi perihal makna di balik nama ‘baby girl’.
“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.
“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.