Tidak dinafikan zaman sekarang ni kebanyakan wanita bekerjaya. Setelah berkahwin mereka tetap meneruskan kerjaya.

Namun yang menyedihkan ada yang salah memilih pasangan hingga merana badan.

Nasihat pengurus sumber manusia ini perlu diteliti agar ia menjadi panduan buat anak perempuan yang sebelum mendirikan rumahtangga.Ia bantu diri elak kena tindas.

Ikuti perkongsian puan Marlia Ramli.

7 panduan buat anak gadis

Tak banyak yang akak boleh tuliskan. Walaupun selama 18 tahun bekerjaya, dah macam-macam kes kepincangan dan penganiayaan wanita yang akak lihat dalam pekerjaan harian.

IKLAN

Akak sedar bahawa, budaya patriaki amat berakar di dalam masyarakat. Budaya merajakan anak lelaki masih berleluasa dengan jayanya.

Maka, tak banyak yang kita boleh ubah mengenai ini. Cuma buat gadisku, ini pesanan yang amat bermanfaat untuk anda pegang dalam kehidupan.

Gadisku, sementara masih belum bergelar isteri :

1) Elak terdesak mencari pasangan. Letak urusan jodoh di tangan Tuhan. Usah terperangkap dengan stigma, tak ada suami? Tidak bahagia. The time and the right person will come. Jangan terburu-buru dalam urusan memilih pasangan.

IKLAN

2) Bekerja dengan penuh dedikasi. Kejarlah kerjaya dan kumpulkan sedikit simpanan rahsia buat diri. Sebolehnya usaha miliki sebuah rumah sendiri dan 200gram emas pelaburan sebelum masuk ke alam perkahwinan. Peram dua ini diam-diam.

3) Nikmati hidup. Pergilah bercuti. Travel kelilingi dunia bersama mahram anda. Tunaikan umrah. Laksanakan haji. Lakukan apa sahaja yang hati mahu selagi tidak berlanggar syariat agama.

4) Bahagiakan ibu bapa. Luangkan masa sebanyaknya dengan mereka. Selepas ini, masa anda akan terhad kerana keutamaan menjadi berbeza. Gunakan masa single sebaik usaha.

IKLAN

5) Bina sahsiah diri. Tingkatkan ilmu agama dan ilmu kewangan. Ketahui sebahagian asas undang-undang. Ketahui hak diri. Masih ada “segelintir” arjuna patriaki mereka akan masuk ke minda menakutkan anda dengan soal nusyuz dan neraka. Jika anda bijak? Anda akan sukar dipijak.

6) Sehebat manapun wanita, capabilities anda akan dinafikan oleh arjuna patriaki. Akan dinafikan kelebihan anda oleh “segelintir” mentua pembuli. Masih wujud “segelintir” ipar duai neraka yang akan mengorek kekurangan anda. Elak sebolehnya keluarga lelaki begini. Carilah yang sanggup bertoleransi. Saling berbagi.

7) Self loves. Letak syarat dalam menyayangi sesiapa pun. Kita lahir seorang, kita matipun seorang. Elak meletak pengharapan kepada mana-mana manusia. Manusia hanyalah makhluk. Jika serasa bakal calon meragukan dan punya red flag, fikir masak-masak. Kalut sangat nak pi mana? #apeni?

Ya.. 18 tahun melihat pelbagai kisah wanita, tak banyak yang akak boleh coretkan. Cuma gadisku, ketahuilah dan sentiasa ingatkan diri bahawa DIRIMU BEGITU BERHARGA. Always say this : I love me.

Sumber: Marlia Ramli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI