Hidup ini kita sendiri yang tentukan dan setiap orang mempunyai pandangan dan prinsip yang tersendiri. Umpamanya bagi seorang pemuda yang sanggup berkerja sebagai pengawal keselamatan. Meskipun sejak dibangku sekolah dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan besar, namun tidak sedikit pun menghalang untuknya mencari rezeki dengan menjadi pengawal keselamatan.

“UPSR 5A, PT3 9A, SPM 8A & STPM 3.58”- Tak Pilih Kerja, Sanggup Jadi Pak Guard Untuk Cari Rezeki!

Seorang anak muda yang dikenali sebagai Danial Rohaizat telah berkongsi video di aplikasi TikTok menunjukkan pencapaian cemerlang untuk setiap peperiksaan yang diambil ketika di bangku sekolah. Pun begitu, tidak memilih kerja dalam usahanya mencari rezeki.

“UPSR 5A, PT3 9A, SPM 8A & STPM 3.58”- Tak Pilih Kerja, Sanggup Jadi Pak Guard Untuk Cari Rezeki!

Dapat dilihat dalam video tersebut, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dia mendapat 5A, manakala untuk peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mendapat  9A. Di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula mendapat keputusan 8A. Bahkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula berjaya memperolehi  3.58.

Sungguh bukan mudah untuk lakukan sepertinya dalam mencipta kejayaan di setiap peperiksaan yang diambil. Pasti banyak pengorbanan yang dilakukan untuk terus berjaya.

“UPSR 5A, PT3 9A, SPM 8A & STPM 3.58”- Tak Pilih Kerja, Sanggup Jadi Pak Guard Untuk Cari Rezeki! “UPSR 5A, PT3 9A, SPM 8A & STPM 3.58”- Tak Pilih Kerja, Sanggup Jadi Pak Guard Untuk Cari Rezeki!

Ujarnya, di saat rakan-rakan yang lain berada di rumah menanti keputusan STPM namun, tidak bagi dirinya yang mahu berdikari.

“Aku gagahkan diri mencari rezeki. Kerja apa pun aku sanggup asalkan tak menyusahkan mak bapak. Semoga Allah kabulkan doa aku. Aku nak sambung Degree. Doakan aku guys!!!”

@danial_roiNak Nangis ##fyp ##gilapips ##danroi ##fypシ♬ Kiss the Rain – Yiruma

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan bolehlah dijadikan contoh kepada anak-anak zaman sekarang agar tidak memilih kerja.

“Chill dik…At least hg ad pnglman…pnglmn tu mahal..”-tuanmuhammadizzat0390

“Org pandai je tahu susahnya cari duit”-Arina(Forever Living Taiping)

“Rezeki halal brother …insyaa Allah masa depan hang cerah sgt”-Ahmad Dzarif

“Ok je dik, ramai je ank kawan anty mse tnggu upu keje guard. Janji gaji halal. Apa yg org pelik sgt. As long as awk x sshkn parents. All the best to you”-annakosin8910

Sumber : TikTok@danial_roi

IKLAN

ARTIKEL MENARIK:Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

LAGI ARTIKEL MENARIK : “Lama Teringin Nak Makan Sambal Favourite Arwah Abah…” Wanita Ni Kongsi Resipi & Ramai Cuba, Kata Sedap!

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

IKLAN

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

“UPSR 5A, PT3 9A, SPM 8A & STPM 3.58”- Tak Pilih Kerja, Sanggup Jadi Pak Guard Untuk Cari Rezeki!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“UPSR 5A, PT3 9A, SPM 8A & STPM 3.58”- Tak Pilih Kerja, Sanggup Jadi Pak Guard Untuk Cari Rezeki!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“UPSR 5A, PT3 9A, SPM 8A & STPM 3.58”- Tak Pilih Kerja, Sanggup Jadi Pak Guard Untuk Cari Rezeki!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“UPSR 5A, PT3 9A, SPM 8A & STPM 3.58”- Tak Pilih Kerja, Sanggup Jadi Pak Guard Untuk Cari Rezeki!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI