Siapa sahaja yang tidak pernah menikmati enaknya rasa minuman sunquick, mewah berasa oren yang menyegarkan. Pun begitu, pati minuman kegemaran ramai ini boleh juga dijadikan ramuan masakan yang enak.

Umpamanya bila anda menyediakan Nasi Minyak Sunquick seperti mana yang dikongsikan oleh Nor Aza ini. Jadi bolehlah dijadikan pilihan hidangan istimewa untuk dinikmati bersama keluarga tercinta ataupun enak juga dijadikan menu untuk merai tetamu ketika majlis rumah terbuka nanti.

Selamat mencuba.

 

 

Nasi Minyak Sunquick

IKLAN

Bahan-bahan:-
3 pot beras basmati
7 ulas Bawang merah (lg byk lg sedap)*
3 ulas bawang putih*
Halia *
1/2 Bawang besar (kalau kurang bawang merah)
4 sekawan
2 helai Bay leaves
Daun pandan potong2
Daun pandan simpul
1 Kiub Knor
Serai (ketuk-ketuk je)
Daun ketumbar
1-2 btg Cabai hidup merah (cili besar) – belah dua
2-3sb sunquick
1cup Susu cair
3cup Air
Minyak masak
1-2sb minyak sapi
1sk Garam
Hiasan- raisins dan cashew nuts

Hiris bahan bertanda *
Nk masukkan parutan carrots pun boleh.

Sunquick Bukan Buat Air Je, Jadikan Ramuan Untuk Masak Nasi Pun Sedap!

Kaedah:-

1. Tumis bahan hiris, 4 sekawan, bay leaves, daun pandan dengan minyak masak dan minyak sapi hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan kiub ayam. Masak sebentar hingga kuib dah larut kemudian tuang je dalam periuk nasi berisi beras yang sudah dicuci tadi.
3. Masukkan air, susu cair, sunquick dan garam. Gaul mesra.
4. Kemudian tabur cili hidup, daun ketumbar (pulas je bg putus 3@4 bahagian), serai ketuk, daun pandan simpul dan boleh la ON periuk nasi.
5. Bila nasi sudah masak selalunya akan gemburkan sedikit nasi then cucuk dengan chopstick gitu-gitu je habuan ada ruang nak letak color nanti.
6. Pewarna tu campur air sedikit dalam few drops kemudian tuang la kat lubang-lubang tadi. Siap mewarna tabur raisins dan tutup periuk dlm 10 minit atau tutup sekejap. Then boleh la hidang dan tabur kacang-kacang yang ada.

IKLAN

 

 

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sunquick Bukan Buat Air Je, Jadikan Ramuan Untuk Masak Nasi Pun Sedap!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI