Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Menyedari pentingya aspek ini dalam kekeluargaan, justeru, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Superhero Jr Gader di Shah Alam Convention Centre (SACC) 4 Ogos yang lalu. Penganjuran ini adalah sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula 2,3 dan 4 Ogos 2016.
Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga 12 tahun berpakaian watak-watak superhero antaranya Spiderman, Thor, Supergirl, Batman dan Hulk. Lebih manis, acara ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya majalah Keluarga setelah berjaya mengumpulkan kanak-kanak seramai 100 orang!
Setiap kanak-kanak di bahagikan menjadi 10 kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yang dianggotai seramai 10 orang kanak-kanak. Kumpulan berkenaan diberi nama mengikut abjad seperti A,B,C,D,E,F,G,H,I dan J yang diketuai oleh seorang ketua kumpuan membantu kanak-kanak membuat aksi superhero secara serentak.
Terdahulu sebelum acara, peserta perlu bergaya di booth Pa&Ma dengan sesi fotografi. Acara bermula dengan perarakan masuk kumpulan mengikut urutan abjad ke pentas utama. Kemudian disusuli juga perarakan dengan persembahan Percussion dari Kidzania, Kuala Lumpur yang diiringi oleh 10 orang kanak-kanak superhero. Acara seterusnya memperlihatkan 100 orang kanak-kanak naik ke atas pentas dengan gaya superhero tersendiri termasuk lebih 40 penyertaan kanak-kanak dari Tadika Brainy Bunch Caw. Bandar Puteri Klang dan Tadika Integrasi Genius Khalifah.
Dalam pada itu, acara menarik ialah persembahan silap mata dari Kidzania Kuala Lumpur, permainan paper dance dan tiup belon. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Majlis meriah didiserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurusan Nu Ideaktif, Puan Ani Nadila, Editor Pengurusan Wan Erni Liza tanda sokongan program kekeluargaan ini.
Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang Juara Superhero Jr Gader iaitu dengan gelaran King dimenangi oleh Muhammad Rayyan Rifqi dan Queen: Delisya Dayana. Manakala 10 pemenang paling bergaya dan 10 pemenang paling sporting serta pemenang paper dance dan tiup belon.Majlis diserikan dengan acara potong kek Superhero dengan disusuli laungan ‘We Are The Superhero’.
Tidak lupa kepada kepada penaja seperti Style Charming, Chewies, Dora The Movie, Homepop Corn, SuperPark Malaysia, Kidzania Kuala Lumpur, Restoran Hersha, Kek Lili Jamaluddin dan roti Gardenia yang memberi sokongan majlis berlangsung dengan meriah. Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!
Ads
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang tiga hari Pa&Ma Baby Fiesta ini berlangsung, pelbagai program telah dianjurkan antaranya Bengkel Penyusuan: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu! dengan menampilkan barisan panel seperti Pakar Perbidanan Sakit Puan, Dato’ Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan Sakit Puan, Hospital UPM, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Kanak-Kanak, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.
Ads
Selain itu, pada hari kedua fiesta pelancaran komuniti Pa&Ma Moms To Be khusus untuk ibu hamil juga telah berlangsung dengan jayanya dan pertandingan Merangkak Race yang mengumpulkan 60 bayi serentak dengan pelbagai aksi comel.
Pada hari terakhir fiesta dan sebagai tanda sokongan penggunaan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian, Pa&Ma juga telah melancarkan kempen Buckle Up untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa.
Apa yang pasti, pengajuran ini telah menjanjikan pengalaman membeli belah menyeronokkan kepada pengunjung dalam suasana yang selesa. Sebanyak 100 vendor dari jenama terkenal turut serta dan memberi diskaun lebih 50 peratus untuk setiap produk. Jumpa lagi tahun hadapan.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini perkongsian yang dipaparkan oleh puan Linda Faizal di laman facebooknya yang menyentuh mengenai hari tua kita dan harta benda. Sebagaimana ia menjelaskan bahawa apabila usia meningkat, harta benda tiada berguna selain amal jariah dan amalan. Termasuk rumah besar yang bakal menjadi perhiasan apabila usia tua. Deep perkongsian ini untuk membina keluarga sebuah keluarga yang inspirasi!
Bak kata ustaz baru2 niee… buat apa mu dok simpan duit banyak2. Untuk anak cucu ustaz. Anak2 cucu mu ada rezeki masing2. Di usia tua, savings mu tak dapat menolong pun dalam kubur. Ada duit – derma atau kembara lihat ciptaan Allah??
PESAN IBU YANG MEMBUAT SAYA TERSENTAK
“Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.
Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.
Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di ‘renovate’ berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20×40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.
Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.
Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana”
Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua. Allahuakbar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bila kita bercerita tentang kerja-kerja membina rumah biasanya mesti kerja bayangkan itu hanya kerja-kerja orang lelaki. Pun begitu, tidak semua mahir melakukannya, jadi cara paling mudah kita akan lantik tukang buat rumah atau kontraktor untuk merialisasikan impian membina rumah idaman untuk dihuni dengan selesa bersama anak beranak.
Namun menarik sekali dengan satu perkongsian di aplikasi TikTok, gelagat adik beradik perempuan bersemangat dan ceria membuat kerja-kerja pertukangan bagi menyiapkan rumah yang sedang dibina oleh ayah mereka. Sedikit pun mereka tidak kekok ‘bermain’ dengan simen, pasir dan batu. Ini sekali gus menarik perhatian ramai warganet hingga mendapat tontonan 180,000 jumlah tontonan dengan kepsyen “Bagus pekerja-pekerja ayah ni. Patut la berebut org nak masuk meminang”
Bermacam-macam komen diterima dan antara yang mencuit hati apabila ada netizen menulis, “Macam ni baru boleh bagi hantaran tinggi. Harga tapak hantaran RM50,000.”
Sementara itu pemilik akaun @dindasue memaklumkan, mereka adik beradik bersama-sama membantu ayah mereka untuk menyiapkan proses menyambung rumah.
Manakala memetik perkongsian di sinar viral Nurul Nasuhah berkata, “Kami seramai enam beradik perempuan memang daripada kecil dah rajin tolong ayah buat rumah. Ayah ni dari dulu buat sendiri je termasuk rumah yang kami duduki sekarang… jarang sangat upah orang.
“Kiranya dari kecil lagi, kami semua dah bergotong royong dan diberikan pendedahan. Ketika ini ayah nak sambung sikit rumah, kebetulan pula semua adik saya ada dekat kampung sebab masing-masing terpaksa meneruskan pembelajaran secara dalam talian (online)
“Jadi kami semua termasuk emak bergotong royong, ada yang bancuh simen, ikat bata, tolak tanah dan macam-macam lagi. Hanya abang sulung saja tiada sebab bekerja ketika itu,” ujar anak ke dua daripada lapan adik beradik ini.
Menurutnya lagi, bapanya pernah menghantarnya dan seorang lagi adik perempuan untuk mengikuti kursus kemahiran dalam bidang pembinaan di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
“Kiranya ada la serba sedikit ilmu dalam bidang pembinaan ini. Lagi pula sekarang ni susah sikit nak upah tukang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Tambah Nurul Nasuha lagi, jantina bukanlah halangan untuk seseorang wanita melakukan kerja-kerja yang biasa dilelopori lelaki asalkan mempunyai pengetahuain dan mementingkan keselamatan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Membuka lembaran tahun baru 2021, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri. Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir memilih tarikh 1 Januari sebagai tarikh bersejarah buat mereka dalam melatari alam rumah tangga.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri sekitar jam 3:30 petang tadi di sebuah masjid di ibu negara. Ayda menerima seutas rantai berlian sebagai mas kahwin.
Usai majlis pernikaha, pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.