Surau Lutsinar Di Stadium Al Bayt, Qatar. Jadi Medan Sebar Dakwah, Seluruh Dunia Menyaksikannya!
Sebagai negara Islam pertama menjadi tuan rumah untuk acara Piala Dunia 2022, Qatar tidak mensia-siakan kesempatan untuk mempromosikan Islam dalam usahanya menyebar dakwah menerusi pelbagai medium sepanjang penganjuran kejohanan yang bermula pada 20 November yang lalu.
Tentunya masih segar diingatan kita semua mengenai upacara pembukaan penuh gilang gemilang di Stadium Al Bayt, Qatar. Buat julung kalinya, Qatar membuat kejutan apabila ayat suci al-Quran diperdengarkan di dalam acara pembukaan sekali gus memperlihatkan indahnya Islam di mata dunia.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Malah bukan itu sahaja, ada beberapa lagi dakwah yang dilakukan Qatar untuk Piala Dunia 2022 dan salah satunya terdapat sebuah surau surau kaca lutsinar di Stadium Al-Bayt yang membolehkan golongan bukan Muslim melihat orang Islam mengerjakan solat.
Kesannya daripada itu, siapa sangka ia turut menjadi medan dakwah hingga menarik perhatian dunia. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Salah di akaun facebooknya.
Ads
Piala Dunia 2022 medan sebarkan dakwah
Seorang jemaah bercerita, salah satu keindahan Piala Dunia Qatar adalah terdapat surau kaca lutsinar yang membolehkan golongan bukan Muslim melihat orang Islam mengerjakan solat.
Selepas saya selesai solat Isyak di Stadium Al-Bayt, saya ternampak ada warga asing berdiri memerhati jemaah bersolat sebelum menegur saya dan bertanya;
Berapa kali sehari kamu melakukan perkara (solat) ini? Saya jawab, lima kali dan wajib. Jika lebih, bertambah pahala.
Ads
Bila waktu perlu solat? Saya jawab, ia tidak mempunyai waktu yang tetap tetapi berpandukan pergerakan matahari.
Macam mana? Saya membuka aplikasi waktu solat dan menerangkan bahawa dalam beberapa hari, waktu solat akan berubah-ubah selain menjelaskan tentang waktu setiap solat.
Ads
Dia meluahkan rasa kagum dan terkejut sebelum berkata, “Maaf, boleh tak saya buka kamera dan kamu ulang semula apa yang diterangkan tadi?”
Ya Allah! Muliakanlah Islam & umatnya di mana sahaja
Hijrah itu milik Allah, siapa mampu menolak andai Dia sudah menetapkan perkara itu. Seorang demi seorang selebriti membuat penghijraha dalam hidup mereka.
Terbaru, penyanyi dan penyampai radio , Nana Mahzan turut berbuat demikian. Tampil berhijab ketika sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah, nyata mengundang kejutan ramai.
Menurut empunya badan, Nana mengakui belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.
“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.
“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.
“Jadi hari ini, sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya.” ujar Nana Dalam perkongsian yang penuh sebak.
Mengakui masih belajar, namun jelasnya dia tetap Nana yang sama. Dalam masa yang Sama, dia melahirkan rasa bimbang penerimaan orang dengan penghijrahannya itu.
“Sebagai manusia, ianya agak sukar pada mulanya. Alhamdulillah, hidayah itu sampai awalnya. Harap anda tidak menilai saya, saya masih belajar. Tak pandai lagi nak bertudung. Maafkan saya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini kerana itu yang mematangkan dan menjadikan penghijrahan ini lebih manis. Insya’allah.
‘Sejujurnya, saya tak nafikan arwah Siti Sarah antara alasan saya berhijrah. Tapi perasaan (berhijrah) selalu ada dan bertahun-tahun. Sehinggalah kali ini betul-betul. Terima kasih suami.
Sementara itu, sebagai suami Raqeem Brian mengakui gembira dengan keputusan isterinya itu.
“Saya mahu Nana betul-betul pasti dengan keputusan itu. Saya gembira kalau dia bersedia untuk bertudung sepenuhnya,” kata Brian.
Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran anak, tentu kita sebagai ibu ayah teruja untuk memberikan hadiah istimewa sempena meningkatnya usia anak kita. Kalau dapat, kita akan cuba usahakan untuk membeli hadiah yang menjadi kesukaan anak-anak.
Begitulah juga kisahnya untuk keluarga ini yang sedang meraikan majlis hari lahir anaknya yang juga turut dihadiri oleh ahli keluarga yang lain. Di majlis tersebut ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal kepada anak lelakinya.
Ternyata anak tersebut cukup gembira dan bahagia menerima hadiah daripada ayahnya namun setelah datuknya sampai di muka pintu, tiba-tiba anak tersebut dilihat lebih teruja melompat keriangan dan gelagatnya cukup menarik perhatian warganet.
Hadiah Atuk Lebih Hebat
Menerusi video ini dilihat anak lelakinya hanya menaiki basikal tersebut beberapa minit sahaja dan terus turun daripada basikal tersebut apabila terlihat atuknya datang dengan membawa hadiah yang lebih hebat pada pandangannya.
“Tak tahu nak nangis ke gelak, ayah dia tak sempat nak tekan button record anak dia naik basikal”-Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen cukup terhibur dengan gelagat anak tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Bahkan di perkongsian video lain, dapat dilihat bukan sahaja hadiah daripada ayahnya sahaja ‘direject’ malah boleh dikatakan semua hadiah lain tidak dapat menandingi kehebatan hadiah yang diberikan oleh atuknya.
Apa yang pasti, memang hebat pemberian daripada atuk ini sebab dalam banyak-banyak hadiah yang diberikan tiada satu pun mampu ‘menawan’ hati anak ini.
Tidak dinafikan masih ramai antara kita tiada pengalaman menggunakan lorong tol yang menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) ini. Ini memandangkan telah sekian lama pengguna berasa selesa melepasi tol di lorong Touch N Go atau pun di lorong Smart Tag berbandingv MyRfid yang baru beberapa tahun sahaja diperkenalkan.
Namun bila baru-baru ini ada diumumkan bahawa bayaran tol di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, akan dilaksanakan bermula Januari tahun hadapan membuatkan ada yang berdebar-debar dibuatnya.
Maklumlah risau membayangkan kali pertama untuk menggunakan RFID tersebut, apatah lagi bila kerap kali juga kita melihat ada sahaja pemandu yang terpaksa berundur dua tiga kali sebelum berjaya melepasinya.
Mungkin ada juga tertanya-tanya bagaimana cara pemasangan, di mana hendak beli dan bermacam-macam lagi persoalan berkaitan RFID ini.
Untuk itu jom kita baca perkongsian daripada Khairul Abdullah yang sudah 3 tahun berpengalaman menggunakan transaksi tol RFID ini. Menurutnya memang ada pengalaman yang menarik dan tidak menarik semasa menggunakan RFID tersebut.
Ini perkongsiannya.
RFID?
Jom aku cerita pengalaman best dan tak best hampir 3 tahun aku guna benda alah RFID ni.
Paling best?
Hmmm sebab lane RFID ni tak banyak kereta, hampir sentiasa kosong, so lebih pantas lah. Tak payah que panjang waktu peak hour.
Best juga sebab aku tak payah risau takut baki tak cukup. Sebab kat TouchNgo e-wallet aku set auto topup. So sangat mudah untuk aku dan tak perlu risau tersangkut. Boleh track pula setiap perbelanjaan toll aku setiap bulan dengan lebih mudah.
Tapi yang selalu tak best adalah kerap sangkut.
Entah kenapa ada lorong yang smooth jer dia buka palang tu, ada lorong yang kau drive dengan speed yang sama tapi tak detect. Jenuh kau undur then lalu balik pun tak detect. Sampai 2-3 kali baru detect. Lemah.
Kalau lorong yang kau selalu masuk setiap hari, ada peluang kau akan mudah lepas sebab kau dah tahu speed yang sesuai untuk dia detect. Itu pun ada chance sangkut juga. Aku rate 8:2, means 10 kali kau lalu, 8 kali lepas 2 kali sangkut.
Aku sentiasa saspen kalau lalu lorong di highway yang aku jarang lalu. Memang kena slow terhegeh-hegeh sikit bila masuk lorong tu sebab takut dia tak detect. Nasib baik lepas, nasib tak baik maka jenuh kau berundur depan belakang 2-3 kali baru lepas.
But so far aku suka sangat guna benda ni. Kalau tak takkan sampai 3 tahun aku bertahan guna dia ye dak?
Dulu mula-mula depa perkenalkan benda alah ni free jer, leceh nak dapatkan dia. Kena daftar, buat appointment, pergi ke pusat pemasangangan, kena bawa geran kereta bagai baru boleh pasang.
Sekarang tidak lagi.
Pergi ke stesen Shell, beli jer kat kaunter RM35 tak silap aku. Lepas tu pasang sendiri. Dia tunjuk instruction lengkap dari start nak pasang sampailah nak activate guna apps touch n go tu.
Atau beli sahaja di Shopee.
Kau boleh pilih nak pasang kat cermin depan bahagian atas belah kiri atau kat lampu depan belah kiri. Ada pro n cons juga nak pilih tempat nak pasang ni.
Aku pernah pasang kat cermin (windshield) depan, tapi bila cermin aku pecah, nak ganti cermin maka dah tak boleh pakai dah. Pasang kat lampu pun sama juga lah, kalau lampu tu pecah, kena ganti maka dah tak boleh pakai dah.
Sticker RFID tu once tampal maka kira kekal di situ. Kau tanggalkan jer terus dia tak function dah. Kalau orang curi pun tak guna, memang takkan boleh pakai.
So far nak beli dan pasang sendiri benda alah RFID tu memang mudah yakmat. Aku hari tu lepas ganti cermin depan yang retak, aku singgah Shell jer dan beli satu.
Tak sampai 10 minit siap pasang.
Dia ada bagi link untuk tengok video cara nak pasang kalau kau tak faham instruction atau gambarajah dia tunjuk kat pek dia tu. Dalam masa 24 jam dia akan activate sticker/tag RFID tu.
Tapi pengalaman aku dalam masa sejam jer dah activate dan boleh guna dah.
Nak taknak memang kau kena start guna dah RFID ni. Nanti depa dah nak mansuh terus kad touch n go dan juga smart tag. So boleh start belajar guna sementara lane RFID tu masih tak sesak.
Selamat mencuba dan selamat ber”saspen” bila lalu lane RFID buat pertama kali.
Dap dup dap macam nak akad nikah wehh.
Sumber : Khairul Abdullah[su_button url=”https://www.facebook.com/khairul.m.abdullah/posts/10159693476982277″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Khairul Abdullah[/su_button]
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.