Suri Rumah Hidap Penyakit Saraf, Gagahkan Diri Jaga Ibu Bapa Uzur. Raih Perhatian & Undang Simpati!
Bukannya mudah sebenarnya menjaga ibu dan ayah yang telah berusia dan sakit. Seseorang anak itu perlu kuat dari segi mental dan fizikal.
Rasulullah SAW juga ada menyatakan dengan jelas kelebihan yang diperoleh anak yang mampu berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Ibnu ‘Umar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah? Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat pada waktunya.” Ditanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.” Kemudian ditanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Oleh itu rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi Allah SWT izinkan. Meskipun besar ujiannya namun terus sabar menyantuni ibu bapa yang telah uzur demi membalas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan kita selama ini.
Begitulah yang cuba dilaksanakan oleh suri rumah ini, meskipun berdepan masalah kesihatan diri, namun tetap menggagahkan diri berbakti menjaga ibu bapanya yang semakin uzur.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Rohani Tarzan, 51, berkata, penyakit saraf otak yang dihidapi ibunya, Sapiah Mohd. Boto’, 77, semakin kronik apabila dia hanya mampu terlantar atas tilam sejak lebih dua bulan lalu.
“Ibu menderita penyakit itu sejak tujuh tahun lalu. Mulanya dia menjadi pelupa dan nyanyuk, namun kini saraf otak semakin membengkak menyebabkan tidak mampu bangun.
Ads
“Ayah, Tarzan Abd. Rahman, 83, terlalu uzur dengan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah usus, tekanan darah tinggi dan rabun kronik,” katanya.
Rohani berkata, dia juga menghidap penyakit saraf berkaitan tulang belakang yang dideritai sejak 10 tahun lalu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Terang ibu kepada empat anak itu sebagaimana memetik perkongsiannya bersama media Kosmo. Difahamkan juga penyakit tersebut akan menyebabkan sendi-sendi kaki dan tangannya membengkak sekiranya melakukan aktiviti fizikal yang terlalu berat.
“Tugas menguruskan ibu bapa yang uzur sebenarnya agak berat dan kakak, Norlida, 58, yang menghidap penyakit buah pinggang akan membantu menguruskan ibu bapa jika saya kurang sihat,” katanya.
Rohani berkata, mereka tidak mampu menyediakan peralatan kesihatan seperti katil boleh laras, kerusi roda dan alat bantu berjalan buat ibu bapanya disebabkan masalah kewangan.
Ads
Jelasnya, suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan cuma berpendapatan RM1,500 sebulan sedangkan empat anaknya berusia 10 hingga 18 tahun masih bersekolah.
“Bagi menambah pendapatan, dia bangun seawal pukul 4 pagi untuk membuat kuih dan dihantar ke gerai-gerai berhampiran dengan purata pendapatan RM500 sebulan,” katanya.
Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Rohani 1150041000119261 (Bank Simpanan Nasional) atau hubungi talian 0129648835.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang tahu kerabu tu banyak jenis. Macam kerabu buah, kerabu sayur, kerabu ayam. Yang suka makan kerabu selalunya makan je semua jenis kerabu. Betul tak?
Untuk yang suka makan kaki ayam, menu kerabu kaki ayam boleh jadi penambah atau pencuci mulut. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedikit masam boleh diratah macam tu je.
Sama juga dengan kaki ayam yang dijadikan sup. Hirup kuah panas-panas sambil ratah kaki ayam memang sedap. Tahu-tahu je dah habis. Kadang-kadang tak sempat nak rasa nikmat tu sebab laju sangat habis.
Jom kita cuba buat resepi guna resepi yang dikongsi oleh RASA.
BAHAN-BAHAN:
10 Kaki ayam
10 tangkai cili padi merah/hijau (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
5 biji tomato ceri (dihiris)
2 sudu kecil sos ikan
2 biji limau kasturi
Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Mula-mula, rebus kaki ayam sampai jadi lembut. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, tanggalkan isi dari tulang.
2. Masukkan kaki ayam yang telah dibuang tulang dalam besen atau bekas besar. Campurkan semua bahan yang telah dihiris iaitu cili padi, bawang besar, serai, dan tomato ceri. Kemudian gaul.
3. Masukkan sos ikan, perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam serta gula. Gaul lagi sekali.
4. Kalau suka hirup kuah, boleh masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi. Siap dan boleh dihidang.
Niat mahu bercuti ke Kuala Lumpur bertukar tragedi apabila 3 beranak maut dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi berlaku selepas kereta dinaiki mangsa merempuh sebuah lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.
Memetik dari laporan Kosmo!, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq yang baru berusia setahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Honda Jazz dinaiki keluarga berkenaan merempuh bahagian belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori terbabit telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.
“Bagaimanapun kereta dinaiki tiga beranak itu telah datang dari arah belakang dan merempuh lori terbabit,” katanya.
Akibat daripada rempuhan kuat, ketiga-tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan masing-masing mengalami kecederaan parah di bahagia kepala.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu merupakan jururawat di Hospital Pakar KPJ Puteri dan KPJ Johor di Johor Bahru.
Mereka juga dimaklumkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur untuk bercuti.
Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan proses bedah siasat sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sungguh inspirasi melihat penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan umrah bersama puteri kesayangan, Siti Aafiyah Khalid menjadi kenyataan. Turut sama suami beliau.
Melalui perkongsian di instagramnya, Siti Nurhaliza telah muat naik beberapa gambar dan rakaman video salah satunya ketika beliau dan Aafiyah menuju untuk melakukan Tawaf Sunat.
“Alhamdullillah, pengalaman umrah hujung ramadhan pertama kali buat Aafiyah..
“Pengalaman yg takkan saya lupakan sampai bila bila…Aafiyah anak yg baik & mudah nak di jaga.. Semoga Umrah ini bukan terakhir buatmu anakku..Teruskan menziarahi Masjidilharam, MasjidilNabawi dan inshaaallah impian ibu kita ke MasjidilAqsa pula nanti ye.. 3 Masjid yang perlu kita usahakan utk ziarah bila kita berkemampuan.”