Susah untuk menabung? Anda berpotensi miskin di hari tua. Menyimpan untuk hari tua sering kali dilihat sebagai satu cabaran, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai tuntutan kewangan dalam kehidupan harian.
Susah Untuk Menabung? Anda Berpotensi Miskin Di Hari Tua
Amalan menyimpan untuk masa depan sebenarnya amat penting dalam memastikan kestabilan kewangan dan kesejahteraan pada usia tua. Jika kita gagal atau sukar untuk menyimpan pada masa muda, terdapat beberapa kesan negatif yang mungkin akan kita hadapi di kemudian hari.
Tanpa tabungan yang mencukupi, kita mungkin berdepan dengan kekurangan sumber kewangan semasa tempoh persaraan. Apabila sudah bersara, pendapatan bulanan yang biasa diperoleh daripada gaji akan terhenti, dan kita hanya akan bergantung kepada simpanan serta pencen (jika ada).
Ketiadaan simpanan bermakna kita mungkin tidak mampu menampung kos kehidupan asas, apatah lagi untuk keperluan lain seperti perubatan, tempat tinggal, dan lain-lain.
Berikut perkongsian daripada pakar kewangan dan hartanah, Azizul Azli Ahmad
BERAT UNTUK MENABUNG?
Jika kita berat atau susah untuk menyimpan di hari tua, kita mungkin akan menghadapi beberapa kesan negatif, antaranya:
1. Ketidaktentuan Kewangan: Tanpa simpanan yang cukup, mungkin sukar untuk menampung keperluan asas seperti perubatan, tempat tinggal, dan makanan di hari tua. Ini boleh mengakibatkan tekanan kewangan yang besar.
2. Ketergantungan Pada Orang Lain: Ketiadaan simpanan boleh membuatkan kita terpaksa bergantung pada anak-anak, keluarga, atau bantuan luar, yang mungkin membebankan mereka.
Ads
3. Kurang Kemerdekaan: Simpanan yang sedikit atau tiada langsung boleh menjejaskan kebebasan kita, menjadikan kita lebih bergantung pada bantuan pihak lain untuk membuat keputusan atau urusan peribadi.
4. Kurang Persediaan untuk Kecemasan: Tanpa simpanan, kita mungkin tidak bersedia menghadapi keadaan kecemasan seperti penyakit atau perbelanjaan tidak terjangka yang boleh membebankan.
Untuk masa muda, perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah:
1. Simpan Secara Berterusan: Mulakan simpanan walaupun sedikit. Bina disiplin untuk menyimpan secara konsisten setiap bulan, sama ada melalui tabungan biasa, simpanan emas, atau pelaburan yang selamat.
2. Pelaburan Bijak: Kenalpasti pelaburan yang sesuai dengan risiko yang boleh ditanggung. Pelaburan seperti saham, hartanah, dan emas boleh membantu menambah nilai simpanan jangka panjang.
3. Didik Diri Tentang Kewangan: Fahami asas kewangan, seperti pengurusan hutang, faedah kompaun, dan kepentingan pelan simpanan persaraan.
4. Jaga Kesihatan: Kesihatan yang baik akan menjimatkan perbelanjaan di kemudian hari, kerana kita mungkin akan kurang bergantung pada perbelanjaan perubatan.
Ads
Menyimpan untuk hari tua bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan. Walaupun mungkin sukar untuk memulakan amalan ini disebabkan tuntutan kewangan harian, tetapi dengan perancangan yang bijak dan disiplin dalam kewangan, kita boleh mencapai kestabilan kewangan pada usia tua.
Usahakan untuk menyimpan sedikit demi sedikit dan jadikan tabiat ini sebagai satu amalan. Masa depan yang tenang dan bebas daripada tekanan kewangan adalah satu hadiah yang boleh kita berikan kepada diri sendiri jika kita bermula sekarang.
Dengan persiapan kewangan yang kukuh dan gaya hidup sihat, kita boleh lebih tenang dan bebas dari tekanan kewangan di hari tua nanti.
Berpindah ke rumah baharu tentunya macam-macam perkara perlu dibuat, salah satunya pada bahagian tingkap kaca. Selain perlu dipasang grill tidak lupa juga cermin perlu di pasang tinted agar kaca tingkap boleh di ‘cover’ dan elakkan daripada mudah pecah berderai.
Pun begitu, ramai maklum harga untuk tinted semua tingkap dan sliding door pastinya memerlukan bajet yang tinggi.
Pun begitu, bagi mengurangkan kos apa kata gunakan alternatif yang dikongsikan oleh Ashikin Ali ini.
Tadaaa..Oleh kerana mahal sangat tanya pasang tinted glass tu.. (masa tanya tu untuk tingkap dan pintu RM500
Maka sy ambik keputusan guna glass film ni..
Semua panel tingkap tu sy guna 3 gulung je..
Nk pasang dia mmg perlu kesabaran tinggi..
Sebenarnya tak cukup kat tepi, tapi saya adjust kasik ke tengah, jadi mcm ada frame..
Lagipon glass film jenis frosted, tak nampak langsung luar dan dalam, so ok la ada lobang sikit utk sy ngendap ke luar..
Total habis pitih kurang RM30. Saya beli di Kaison.
Menang kalah belakang kira, apa yang penting semangat juang yang tinggi untuk menyertai sesuatu pertandingan tersebut.
Itulah yang digambarkan buat pelajar lelaki kelainan upaya (OKU) ini yang tidak patah semangat menyertai acara larian meskipun menggunakan tongkat.
Dalam video yang dikongsikan oleh Farid Kamaruddin di Aplikasi Tiktoknya di garisan pemula, pelajar lelaki ini dilihat sedang berdiri dalam keadaan sudah bersedia sebelum menunjukkan kesungguhan berlari dengan sebelah kaki dengan dibantu oleh tongkat.
“Aku tahu kau paling kuat dik,”tulisnya.
Sementara itu, apa yang membuat ramai lebih tersentuh hati adalah kegigihan seorang guru wanita yang memakai baju biru turut berlari di sebelah adiknya yang kurang upaya sambil memberikan sokongan sehingga ke garisan penamat.
“Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat,”tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak melihat semangat dan cara guru menyayangi anak muridnya. Malah, ibu kepada pelajar tersebut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada anaknya.
Sumber: TikTok faridkamaruddin18
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidakku minta,lahir ke dunia, tidakku duga, cacat begini. Bukanku pinta,
kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati. Bait-bait lagu ini cukup menyentuh hati.
Demikian juga gambaran yang boleh diberikan kepada kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Nurdayana Mohd Zain.
Seorang anak istimewa, yang dilahirkan tanpa hidung, namun sangat positif orangnya. Mungkin kerana orang disekeliling termasuk keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Dah tak malu tak ada hidung
Menurut ibu kepada adik Nurdayana, Lina Awang, 39, jika nak diberbandingkan dengan dahulu, anaknya menunjukkan perubahan yang baik, kerana dia sudah tidak berasa malu dan lebih yakin berhadapan dengan orang ramai.
Walaupun baru berusia lapan tahun, namun adik Dayana kini lebih bersifat matang dan mula faham serta sudah menerima keadaan dirinya dengan positif.
Bantu ibu jual juadah berbuka puasa…
Kini Dayana banyak membantu ibunya berniaga juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan, yang terletak di hadapan rumahnya.
Tambah ibunya, walaupun dengan kekurangan yang ada dalam diri Dayana, dia merupakan seorang anak yang sangat ringan tulang dan suka membantunya berniaga burger, sebelum mereka mula menjual dadih dan puding jagung.
Guru dan rakan-rakan banyak tolong
Ujar Lina, antara faktor membawa kepada perubahan sikap anaknya adalah rakan-rakan dan guru yang tidak putus-putus memberi dorongan dan galakan kepada Dayana.
Sebagai ibu, Lina akan memastikan pendidikan menjadi keutamaan pada Dayana, malah anaknya yang meminati subjek Matematik selalu mendapat keputusan yang tidak menghampakan.
Teringin nak puasa…
Menyatakan hasratnya untuk berpuasa pada tahun ini, tetapi atas faktor kesihatan Dayana dinasihatkan tidak berpuasa dan kurang terlibat dalam aktiviti sukan.
“Atas faktor kesihatan, Dayana tidak boleh bersukan mahupun berpuasa walaupun dia memang mahu berpuasa seperti kanak-kanak lain…”
Difahamkan, Dayana masih menunggu panggilan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bagi meneruskan pembedahan yang dijangka bakal dilakukan apabila usianya menginjak remaja.
Ramai tidak menyedari bila usia semakin meningkat, kulit wajah akan bertukar kasar dan kusam jika tidak dijaga dengan baik. Namun bagai tiada solusi, ada...