“Susahnya Nak Dapat Awak Ni.” Siti Elizad Jalani Rawatan IVF Kedua, Warganet Titip Doa Dipermudahkan!

Share

Lebih setahun merehatkan diri, kini pelakon Siti Elizad  berkongsi berita bakal menyambung kembali proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Berita tersebut dimuat naik pelakon berusia 38 tahun itu menerusi satu posting video dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

Dia mahu melakukan rawatan tersebut di lokasi sama serta membawa harapan yang sama selepas lapan tahun sabar menanti kehadiran zuriat tercinta.

Susahnya nak dapat awak ni 👼🏻

Tempat yg sama , harapan yg sama . Inshaallah soon , journey ke2 . 🤲🏻 Sedang memilih bulan yg sesuai & x busy . Check dinding rahim dulu pagi ni .

Video yang berdurasi 49 saat itu menujukkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain berbincang dengan dojtor yang merawatnya bagi mengetahui lebih lanjut akan proses yang bakal dijalani kelak.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respond diterima baik oleh rakan artis mahupun warganet. rata-rata menitipkan doa buat pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu agar proses IVF  kelak berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan menimang cahaya mata.

sherryibrahim Insyaallah soon love !!! Stay strong 🤍🌹
syamimfarid Semoga dipermudahkan semua nya kak ejadku syg. Love uu ❤️😍
masanizan1 Semoga semuanya dipermudahkan adik cantik. InsyaAllah , Kami semua mendoakan. Aamiiin Allahumma Aamiin ❤️
syurabadron Semoga dipermudahkan.. yakin dgn rezeki Allah..Insyaallah! Hugs 🤗
mrsaprenamanrose i will pray for u in my solat today . kita sama! takpe usaha usaha dan terus usaha. pasti dapat! saya yakin kita dua pasti akan ada our junior 😍 love you so much kakak ku ❤️❤️❤️
hazlinamatali Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba ini Ya Allah. Limpahkan rezki yang tidak diduga Ya Allah. #AminYRA❤️
baikpunyerrlah berkat bulan syaaban ini saya mendoakan Allah kurniakan zuriat untuk elizad .. semoga diperkenan dan dipermudahkan #AllahMahapenyayang

 

IKLAN