Susu antara minuman yang digemari oleh seisi keluarga, dari anak kecil hingga yang telah berusia akan mengamalkan minum susu untuk mendapatkan sumber nutrisi yang diperlukan tubuh. Jadi bolehlah dikatakan dalam peti sejuk akan sentiasa ada stok susu, Sama ada susu segar, susu UHT, susu kotak atau susu tepung untuk dijadikan pilihan bagi seisi keluarga menikmati keenakan rasa susu mengikut keperluan masing-masing.
Pun begitu, tahukah anda bahawa susu ini tidak tahan lama walaupun di simpan di dalam peti sejuk. Difahamkan melalui perkongsian Public Health Malaysia, susu yang telah dibuka dan jika tidak habis diminum, dan bila disimpan dalam peti sejuk hanya bertahan 3 hari. Jika tidak habis juga dalam tempoh tersebut, ia perlu dibuang kerana kualiti susu tersebut menurun!
Mungkin ada yang tidak tahu hal ini dan untuk lebih detail jom baca perkongsian penuh di bawah ini.
Photo by Monika Grabkowska on Unsplash
Susu botol/kotak (Pastur)
– Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka – tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
– Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 3 hari.
– Jika diletakkan diluar – habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.
Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
– Kotak yang belum dibuka – Tahan sehingga tarikh luput
– Jika dibuka – perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
– Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.
Photo by Shreyak Singh on Unsplash
Susu tepung
– Belum dibuka – boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
– Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama – tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
– Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.
Photo by Debby Hudson on Unsplash
Susu frozen
– Tahan 3 bulan.
– Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.
Yougurt
– Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 2 minggu
– Jika dibuka – habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.
*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Dalam keadaan situasi yang membimbangkan ini mengenai wabak virus, tentu ibu bapa risau tentang kesihatan anak-anak.
Jika boleh nak pastikan anak atau mencegah anak daripada terkena jangkitan dan mahu meningkatkan imun anak-anak.
Terdapat pelbagai cara nak memastikan anak sihat termasuk menjaga aspek pemakanan. Salah satunya memastikan anak mengambil pemakanan yang berkhasiat.
Sebagaimana perkongsian bermanfaat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.Boleh kita jadikan panduan bersama.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Bagi penggemar roti pasti menjadi pilihan utama untuk minum petang bersama seisi keluarga. Malah roti sumber karbo yang popular untuk dijadikan sajian makanan sekeluarga. Banyak resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan roti untuk hidangan seisi keluarga.
Jika anda inginkan hidangan yang simple untuk minum petang, bolehlah hidangkan roti dengan pencicah sikaya. Hidangan ini enak dimakan waktu panas-panas.
Ikuti perkongsian resipi ini.
Roti sekaya ..sesedap rasa .
Resepi :
5helai daun pandan(blend 1cwn air/tapis ambik air jer)
1bj telur
1kotak santan @ 1tin susu cair
1sb tepung jagung
Gula n garam secukup rasa .
Bancuh semua bahan bg sebati ,letak atas dapur bg mendidih . Kacau selalu jgn bg berketul , ok dh siap .
Saya guna roti gardenia ,kukus dulu sblm di hidang .
Orang selalu kata, untung siapa yang jadi suri rumah tangga, tak payah penat fikirkan hal kerja. Tetapi mereka tak tahu, kerja suri rumah lebih memenatkan lagi.
Bermula seawal subuh sehingga ke tengah malam, masih ada ibu-ibu yang berjaga menyiapkan kelengkapan anak dan suami.
Semua kerja kalau boleh nak dilakukan sendiri sehinggakan tubuh dan otak penat. Itulah yang menyebabkan pelbagai masalah berlaku.
Si suami pula, jangan terlalu membiarkan isteri sendirian dalam menguruskan rumah tangga. Tak perlu menjadi sempurna tetapi sederhana itu sudah cukup membahagiakan. Jika terlalu ‘push’ diri juga akan memudaratkan diri dan juga keluarga yang lain.
Nak jadi isteri yg baik itu boleh, tapi jangan ‘terlalu’ berusaha utk menjadi yg terbaik…”
Buat setakat yg mampu, setakat yg awk boleh then minta suami utk faham keterbatasan awk dlm menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja…
3 status yg dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumahtangga…
Dia menjadi seorang isteri kpd suami, dia seorg ibu kpd anak-anak dan dia juga seorang pekerja kpd majikan (jika bekerja)…dgn kudrat sebagai seorang perempuan, anda rasa, sampai bila anda mampu utk menggalas ketiga2 status itu dgn baik? Dan boleh melakukan semuanya dgn sempurna?
Please know your limit…
Tahu kemampuan dan batas awk…jgn buat semuanya terlalu sempurna sbb lama-kelamaan awk akan letih, awak akan penat…bila awk letih, bila awk penat, awk akan beremosi dan cepat sensitive…
Awk akan moody dgn suami, awk cepat marah dgn anak2…Awk dah almost fully utilize fizikal awk, mental awk…
Kalau xsempat buat keje umah tu ari ni, buatla esok…jgn paksa diri utk buat jgak bagi setel ari ni…bezakan kerja umah apa yg perlu dibuat dahulu, kerja umah mana yg boleh dibuat dihujung minggu dan sebagainya…jgn anggap semua kerja2 umah tu perlu dibuat dlm hari yg sama, perlu disiapkan dlm hari yg sama…jgn seksa diri sendiri utk semua ni…jgn paksa diri semata2 utk semuanya kelihatan baik dan sempurna…
Jangan…anda bukan robot…
Anda perlukan rehat yg mencukupi utk terus berbakti dan anda juga perlu utk terus sihat dlm menjadi seorang isteri dan seorang ibu…
Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri orang lain…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan pengantin mencuri perhatian ramai apabila memilih konsep perkahwinan bertemakan Doom & Gothic, sesuatu yang jarang sekali dilihat dalam majlis perkahwinan di Malaysia.