Setiap orang pasti ada kenangan waktu kecil, itulah yang dikongsikan oleh Tengku Mahkota Pahang menerusi laman Instagramnya.

Memuatnaik naik gambar kenangan ketika kecil bersama kekanda dan adindanya nyata meraih perhatian ramai.

Rata-rata yang melihat perkongsian tersebut teruja. Bukan mudah Kan nak melihat wajah kerabat sewaktu kecil.

Meninjau akaun Instagram milik baginda, terdapat perkongsian sekeping gambar yang memaparkan wajah Tengku Hassanal bersama adindanya yang lain antaranya Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah, Tengku Puteri Jihan Azizah dan Tengku Muhammad Iskandar.

 

Rata-rata memuji wajah putera dan puteri tidak banyak berubah. Usai dewasa, masing-masing nampak cantik dan kacak belaka. Tengku Afzan misalnya ketika kecil cukup comel dan sedikit dengan baju merah jambunya.Rupa-rupanya gambar tersebut adalah kenangan yang diambil ketika mereka berada di England pada tahun 2004. Kelihatan semuanya masih kecil dan berwajah comel. Tengku Ahmad memaut leher Tengku Muhammad dan kedua putera ini nampak begitu akrab.Sejak dahulu lagi, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara putera raja yang sering menjadi perhatian ramai. Bahkan sikapnya yang berjiwa rakyat serta humble Yang diwarisi bonda dan dan ayahanda membuatkan,baginda cukup disayangi.

Sehingga kini, posting oleh Tengku Hassanal ini telahpun mendapat lebih 44 ribu likers daripada netizen.

Sumber: this.7 & taimshah.fp


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

IKLAN

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara