Sweetnya bermadu! Begitulah yang dapat digambarkan kehidupan keluarga ini. Jika orang lain menganggap ia menyusahkan, sebaliknya buat suami ini bersama dua isteri tercinta ia adalah kehidupan yang indah.
Kisah keluarga ini tular di media sosial telah meraih perhatian netizen. Ada yang memuji sikap dua isterinya yang sedia berkongsi kasih sayang suami.
Begitulah perkongsian Muhammad Faiz Hashim mengenai kisah keluarganya sempena menyambut ulang tahun kelahirannya. Bertuah miliki isteri-isteri yang menyayang dan saling bertolak ansur!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
15 tahun hidup bermadu, 15 tahun berpoligami dengan baik Perkahwinan itu amanah Allah. Perkahwinan itu juga adalah punca rezeki kita. Isteri pertama itu pembawa rezeki, isteri kedua penambah rezeki.
Jaga sebaiknya amanah Allah ini berkat dunia akhirat. Alhamdulillah 22 tahun usia perkahwinan dengan isteri pertama dan 15 tahun usia perkahwinan dengan isteri kedua. Dikurniakan 11 orang anak-anak.
Syukur alhamdulillah 15 tahun berpoligami dengan baik saling menghargai, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.
POLIGAMI ITU INDAH
Ads
Sumber: FB Muhammad Faiz Hashim
INFO TAMBAHAN
TIP HIDUP BERPOLIGAMI:
1. Minta pertolongan Allah dengan berdoa kepada-Nya supaya diberikan kemudahan dan keberkatan dalam hidup berpoligami atau monogami.
2. Minta pertolongan daripada orang yang berilmu dan boleh dipercayai keperibadiannya supaya mereka dapat memberikan nasihat dan teguran. Beri keutamaan kepada mereka yang pernah berpoligami kerana mereka mampu menolong anda berdasarkan pengalaman sendiri.
Ads
3. Untuk isteri, jangan sering berprasangka sebaiknya sentiasa meluahkan dengan pasangan ketidakpuasan hati dan minta suami menjadi orang tengah seandainya ada perkara yang menimbulkan rasa kurang enak dalam perhubungan.
4. Bagi yang tinggal serumah bersabar dengan kerenah madu anda kerana mereka manusia biasa. Jangan ada rasa iri hati atau cemburu kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bertolak ansur dapat menjernihkan kembali kebahagiaan.
5. Suami sebagai ketua keluarga mesti berlaku adil dalam semua perkara. Walaupun sukar, tetapi ia perlu dilakukan dengan sepenuh hati. Jangan sehingga ada pasangan merasakan mereka kurang kasih sayang atau tidak diberikan nafkah zahir dengan sama rata. Rasa ketidakpuasan hati akan menyebabkan perbalahan berlaku.
6. Komunikasi adalah paling utama dalam perhubungan. Sentiasa menghantar mesej dan menelefon pasangan. Begitu juga sesama madu, anggap madu seperti saudara sendiri. Bina kepercayaan dan saling hormat-menghormati sesama sendiri.
Hal rumah tangga terutama yang membabitkan sensitiviti memang tidak wajar didedahkan kepada orang luar. Lebih-lebih lagi mengadu domba dalam media sosial jika tidak berpuas hati pada pasangan.
Namun, itulah situasi yang berlaku sekarang. Ada sesetengah pasangan yang menggunakan media sosial sebagai tempat melepaskan geram kepada pasangan mereka tanpa sedar perbuatan tersebut sebenarnya membuka aib pasangan.
Penceramah bebas Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Dini dalam satu perkongsian menegur agar pasangan suami isteri tidak berkongsi mengenai hal rumah tangga di media sosial.
“Jika terdapat masalah yang timbul dalam hal perkahwinan, perlu dijaga aib masing-masing. Hal rumah tangga tak boleh sewenangnya diceritakan di media sosial. Suami dan isteri perlu jaga aib masing-masing.
“Meskipun ada hal yang berlaku dalam perkahwinan, itu hanya milik kita dengan pasangan. Termasuk hal di bilik tidur. Tahanlah diri dari mengikut emosi dan meluahkan di tempat yang salah,” tulisnya lagi.
Disebalik kegembiraan umat Islam menyambut Syawal, namun ada insan yang berduka akibat kehilangan orang tersayang. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kemalangan maut yang berlaku di Mersing, Johor yang melibatkan sebuah Proton Wira dan juga Proton Exora.
Aktiviti konvoi hari raya yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis namun bertukar menjadi tragedi ngeri buat keluarga pemandu serta penumpang Proton Wira itu.
Tragedi menyayat hati itu bukan sahaja mengorbankan pemandu kereta Mohd Safar Zakaria, Nurul Jannah Talib, dan seorang anak lelaki mereka. Difahamkan, Nurul Jannah juga sedang hamil lapan bulan.
Semua mangsa sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Palong Timur, Batu Anam, Segamat. Ketiga-tiga jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad.
Namun, perkongsian yang dibuat oleh adik kepada Nurul Jannah Talib benar-benar mengundang sebak netizen. Lelaki yang dikenali sebagai Zulasyraf di Twitter telah mendapat perhatian ramai.
Zulasyraf telah memberitahu bahawa dia telah kehilangan ibu dan ayah pada usia remaja dan kini dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang kakak serta abang ipar dan anak buahnya juga dijemput Illahi akibat kemalangan jalan raya.
Rata-rata netizen yang membaca status dimuat naik oleh lelaki itu telah menurunkan komen di status tersebut. Mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada Zulasyraf dan mendoakan agar roh kakaknya sekeluarga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Keluarga adalah segalanya! Sempena Hari Ibu pada bulan Mei ini, Hotel Royal Chulan Kuala Lumpu turut menghargai ibu dengan menyediakan pakej istimewa.
Bagi yang mencari penginapan yang sempurna untuk percutian keluarga di hujung minggu? Sudah tentunya pilihan yang tepat adalah di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.
Mana taknya, lokasi yang strategik yang terletak di tengah-tengah kesibukan bandar raya, hotel ini bukan hanya menawarkan penginapan yang selesa tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang sesuai untuk untuk seisi keluarga.
Dari momen melangkah masuk Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur memberikan setiap detik bersama keluarga adalah berharga. Dengan bilik-bilik yang luas dan nyaman, restoran yang menyajikan pelbagai hidangan untuk semua citarasa, dan kemudahan rekreasi yang menyeronokkan, hotel ini adalah destinasi percutian keluarga yang sempurna.
Bahkan begitu popular dijadikan sebagai ‘short vacation’ buat pasangan suami isteri yang bekerjaya. Hotel Royal Chulan adalah lokasi terbaik untuk melupakan seketika urusan kerja, merehatkan minda dan reward buat diri, pasangan dan anak-anak.
Destinasi Pilihan Keluarga
Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur merupakan penginapan bertaraf lima bintang merupakan pilihan yang mewah dan menarik bagi keluarga yang mementingkan keselesaan, kemudahan, dan momen buat keluarga.
Menariknya hotel ini mempunyai elemen-elemen seni bina yang menarik dan estetika yang memukau di ruang lobi hotel dengan garapan suasana kemewahan yang memikat. Sentuhan tradisional Melayu dalam reka bentuk ruang dalaman penambah seri dengan gaya eksklusif.
Kemudahan
Kemudahan penginapan yang disediakan oleh Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur adalah mesra keluarga. Bilik-bilik yang luas, bersih, dan selesa menawarkan ruang yang mencukupi untuk keseronokan dan keselesaan keluarga. Pelbagai kategori bilik yang ditawarkan, dari bilik standard sehingga bilik keluarga yang besar, memberikan fleksibiliti kepada keluarga dalam memilih penginapan mengikut keperluan.
Ada pelbagai pilihan bilik yang besar dan selesa, sesuai untuk keluarga besar atau kecil. Bahkan semua barang keperluan anak-anak pun tidak sukar lantaran ruang penyimpanan disediakan dengan banyak.
Yang paling penting, kemudahan dalam bilik memang lengkap. Dari WiFi pantas sampai ke TV dengan pelbagai saluran untuk menghiburkan anak-anak, semuanya ada! Tak payah bimbang mengenai kebersihan sebab bilik mandinya sangat kemas dan luas.
Restoran
Ruang makan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur juga merupakan tempat yang sempurna untuk meraikan Hari Ibu dengan penuh kehangatan. Dalam suasana yang tenang dan bersahaja, keluarga dapat berkumpul untuk menghargai peranan dan kasih sayang ibu dalam kehidupan mereka.
Dengan menggabungkan unsur-unsur moden dan tradisional, ruang makan ini menawarkan persekitaran yang mesra dan menenangkan, sesuai untuk keluarga untuk berkumpul dan menikmati hidangan bersama-sama.
Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang memenuhi citarasa semua anggota keluarga. Dari hidangan Melayu tradisional hingga hidangan antarabangsa yang kontemporari, semua disediakan dengan kualiti yang terjamin dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Salon & Spa
Bagi para tetamu yang menginginkan pengalaman penjagaan diri yang menyeluruh semasa menginap di hotel, Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur menawarkan kemudahan salon rambut dan penjagaan diri yang berkualiti tinggi.
Salon rambut yang tersedia di hotel ini menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk potongan rambut, pewarnaan, rebonding, dan rambut pengantin untuk mereka yang menginginkan penampilan yang segar dan berseri semasa bercuti. Dengan menggunakan produk berkualiti tinggi dan teknik terkini, para pakar salon akan memastikan setiap tetamu keluar dengan rambut yang cantik dan bersinar.
Manakala, Spa urutan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis rawatan urutan yang direka khas untuk meningkatkan keadaan kesihatan dan keadaan emosi para tetamu. Dari urutan terapeutik untuk mengurangkan tekanan dan ketegangan otot, hingga urutan aromaterapi yang menenangkan dan menyegarkan minda dan badan, semua rawatan disesuaikan untuk memberikan manfaat maksimum kepada para tetamu.
Santai di Kolam Renang
Nak aktiviti keluarga? Jangan lepaskan peluang untuk berenang bersama-sama di kolam renang hotel yang cantik. Kolam renang hotel yang menakjubkan menyediakan tempat yang ideal untuk keluarga berkumpul dan bersantai, sambil menikmati panorama indah Kuala Lumpur dari ketinggian. Anak-anak akan suka bermain air sambil menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan dari atas kolam.
Jadi, kalau nak bercuti tanpa risau dan dengan keselesaan yang terjamin, Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur adalah tempat yang sempurna untuk percutian keluarga korang. Ayuh, jadikan pengalaman ini sebagai kenangan indah bersama keluarga tercinta!
Pakej Istimewa Rai Hari Ibu
Sempena Sambutan Hari Ibu sebagai tanda penghargaan kepada ibu-ibu yang telah banyak berjasa, Hotel Royal Chulan turut cakna untuk memberikan layanan istimewa buat wanita yang bergelar ibu.
Hi Tea
Sempena Hari Ibu 12 Mei 2024 ni, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur buat promosi Buffet Hi Tea 2+1. Hanya perlu belanja makan untuk dua orang dan orang ke tiga khas untuk ibu tersayang adalah percuma. Promo ini bermula 6 May hingga 12 May.
SALON
The Beauty Chamber di Royale Chulan Kuala Lumpur. Promo untuk ibu-ibu boleh dapatkan diskaun 20% untuk pelanggan pertama kali. Dandanan rambut termasuk cucian dan ‘blow’ untuk manjakan diri.
SPA
Telaga Bunga Spa dan di Royale Chulan Kuala Lumpur turut meraikan Hari Ibu. Boleh dapatkan 30% off untuk mana mana menu ala carte dari spa ni. Tapi kena book cepat tau, sebab promo ni terhad untuk 10 orang terawal sahaja.
Untuk keterangan lanjut promo Royale Chulan Kuala Lumpur hubungi pihak berkenaan
Book Hi Tea : +60 19-325 4718 (Warisan Cafe Royale Chulan Kuala Lumpur
Book Spa : 019 288 8951 (Telaga Bunga Spa Royale Chulan Kuala Lumpur)
Book Salon : 011 5753 1637 (The Beauty Chamber Royale Chulan Kuala Lumpur)
Instagram dan facebook : @royalechulankualalumpur Tiktok : @royalechulankl
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.