Memang seronok rasanya jika kita dapat membawa keluarga kita pergi bercuti. Tak kiralah tempat itu pantai, tasik, taman teman atau tempat menarik lain yang pastinya ia momen indah bersama keluarga.
Tular di media sosial, seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila niat hati membawa keluarga untuk mencipta kenangan namun terkejut tempat yang dikunjungi indah khabar dari rupa.
Dia tak sangka, ruang kawasan yang dipenuhi salji yang sedikit dan beranggapan ia tidak berbaloi untuk harga tiket yang ditawarkan.
Menerusi facebook dan Tiktok, Sharwin Basir, review jujurnya telah meraih perhatian warganet.
“Tak best dah snow walk sekarang. Kesian yang kumpul duit nak datang. “
HAK MASING-MASING UNTUK CIPTA MOMEN BERSAMA KELUARGA
Dalam pada itu, ada juga warganet yang setuju dan ada juga sebaliknya. Ada yang memujinya dengan review yang jujur itu. Malah ada juga beranggapan bahawa duit bukan ukuran tetapi nilai kenangan itu lebih berharga.
Apa yang pasti, hak masing-masing untuk memilih yang terbaik untuk keluarga untuk menikmati momen indah untuk dikenangan bersama anak-anak. Sungguh ‘touching’ reaksi wargamaya ni!
Musim peperiksaan bukan sahaja menyebabkan anak-anak kecut perut, malah ibu bapa juga tak senang duduk memikirkan hal tersebut. Waktu ini tumpuan pastinya lebih diberikan kepada si anak. Ada ibu bapa yang menemani anak-anak belajar untuk memberi dorongan dan semangat buat mereka ketika menduduki peperiksaan kelak.
Hadamkan pesanan cikgu Mohd Fadli Salleh III apa yang boleh ibu bapa lakukan bagi menguatkan daya ingatan anak-anak serap ilmu yang dipelajari selama ini. Bolehlah anak-anak mahupun mak ayah mulakan dari sekarang ya.
Walaupun perkongsian ini dibuat setahun yang lalu, namun ia masih relevan untuk digunapakai oleh ibu bapa jika mahu melihat anak-anak berjaya.
Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1) Sebaiknya berwuduk dahulu. 2) Ambil segelas air kosong. 3) Baca Surah Al A’la ini. 4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air. 5) Sambung bacaan hingga akhir ayat. 6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.s
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.
Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
#MFS Mohd Fadli Salleh – Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru. –
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga yang bahagia adalah kunci sebuah kebahagiaan. Sikap tolak ansur amat penting, namun ego seorang suami ada kala sering menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.
Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.
Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.
Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.
Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:
1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.
2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!
3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.
4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!
5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.
6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.