“Saya enggan buka cerita mengenai kejadian itu. Tetapi, Syamsul tidak mahu melepaskan saya.”
Demikian kata Puteri Sarah yang terpaksa mengemukakan bukti baharu kepada mahkamah mendakwa dirinya pernah dipukul suami, pengarah Syamsul Yusof.
Menurut Sarah, 38, dia tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut berlaku kerana masih lagi wujud rasa sayang terhadap Syamsul ketika itu.
Dakwa pelakon Suri Hati itu, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang menyelamatkan dirinya dengan membawa keluar dari rumah.
“Masa itu tak buat sebab sayang. Bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.
“Ibu mentua yang selamatkan saya ketika itu. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya.
Sarah ditemui ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi tadi.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, insiden dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.
Ads
“Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).
“Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Selepas kejadian itu, beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.
“Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas,” katanya.
Terdahulu, Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Ads
Pada prosiding itu, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak Rafie.
Sebelum ini, Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Ads
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam dan Summayah.
Sumber : Media Hiburan
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik kemas rumah saja tetapi barang-barang makin banyak. Ruang pun jadi terhad, badan yang penat.
Selain solusi mengemas cara bijak dengan pelbagai cara yang praktikal sebagaimana yang dikongsi dimedia sosial, salah satu cara lebih praktikal adalah membuang barang yang tak diperlukan.
Tidak dinafikan barang yang disimpan dalam kotak dan barang-barang lama lain mempunyai sentimental value tapi kalau dah simpan dalam stor lebih lima tahun, sudah tentu ia menganggu ruang rumah.
Tetapi nak sewa tong sampah roro ini kos agak mahal, antara RM300, tak semua yang mampu berbuat demikian.
Tak perlu risau, ikut je cara seorang pengguna facebook ini, Azura Backar yang berkongsi cara mudah membuang barang rumah lama sudah tidak pakai dan rosak.
Dia berkongsi aplikasi iClean Selangor, namun perkhidmatan ini hanya untuk penduduk negeri Selangor.
Dalam pada itu, memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan beberapa pekerja pembersihan mengambil barang-barangnya dihadapan rumah. Paling menarik, perkhidmatan itu tidak perlu dibayar, percuma saja!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
iClean Selangor percuma dan hanya untuk penduduk Selangor sahaja.
Thank you iClean Selangor! Sebelum ni puas fikir mana nak buang barang2 rumah yg xpakai dan rosak. Mudah sangat guna Apps iClean Selangor.
Hari Sabtu buat aduan, Isnin dapat call untuk diorg dtg ambil. Pagi ini lori datang angkut semua. Alhamdulillah clear dah semua.
Yang paling best FOC!!! PERCUMA!! So penduduk Selangor sila gunakan perkhidmatan yg ada. Elakkan buang sampah di tempat yang tidak sesuai
Muat naik aplikasi iClean Selangor
Bagi yang bercadang nak mengemas rumah hujung minggu ni dan tak tahu nak buang barang-barang lama dan rosak di mana, boleh memuat turun aplikasi iClean ini di Google Playstore dan Apple Appstore.
Rujuk gambar rajah cara untuk daftar iClean Selangor.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kebersihan adalah sebahagian agenda utama yang diambil berat oleh seorang suri rumah bagi memastikan kediaman yang dihuni selamat dan selesa untuk famili. Pun begitu, untuk memastikan rumah sentiasa bersih serba serbi, memanglah bukan suatu pekerjaan yang ringan untuk dilakukan.
Bagi memudahkan urusan itu, ada antara kita terpaksa menggunakan bahan-bahan pembersih untuk memudahkan kerja. Bagaimana pun, beberapa produk yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan pada sebahagian orang.
Oleh itu, ada baiknya kita bertukar kepada menggunakan bahan alami yang lebih selamat. Jom semak!
1. Almari kayu
Jika almari kayu terlihat kotor, segeralah bersihkannya dengan menggunakan campuran minyak sayur-sayuran dan baking soda. Gosokkan segera pada permukaan kayu dan anda akan lihat hasilnya cukup luar biasa. Almari kayu akan terlihat berkilat dan cantik seperti baharu.
2. Tilam
Sekali lagi, gunakan baking soda yang dicampurkan dengan minyak assensial untuk bau yang lebih segar. Caranya cukup mudah, tuangkan adunan tersebut di atas tilam yang terkena kotor dan kemudian beruslah dengan perlahan. Setelah anda puas hati, jangan lupa untuk gunakan penyedut hampa gas bagi memastikan tiada sisa-sisa serbuk baking soda yang tertinggal.
3. Cermin
Caranya cukup mudah dan berkesan. Ambil surat khabar lama dan basahkan. Kemudian gumpal untuk mudah dipegang dan barulah digosok pada permukaan cermin. Hasilnya anda akan lihat serta-merta, cermin berkilau dan cukup bersih.
4. Meja makan
Jika permukaan meja makan adalah diperbuat daripada batu mar-mar pastikan anda membersihkannya dengan air yang di campur bersama dengan hirisan limau berserta garam. Hasilnya cukup luar biasa berkilat dan kesegaran limau memberi aroma yang cukup menyenangkan.
Selain itu, untuk ibu-ibu menjaga permukaan perabot kayu terutama yang agak sensitif dan tidak mahu ia calar, cuba tip mudah ini: 1. Minyak zaitun dan cuka
Campurkan 1/2 bahagian minyak zaitun bersama 1/2 bahagian cuka. Sapukan campuran kedua-dua bahan ini pada permukaan perabot kayu yang tercalar. Anda akan mendapati perabot kayu kelihatan seperti baru semula.
2. Kantung teh/ tea bags
Rendamkkan kantung teh lebih kurang 2 – 3 minit di dalam air panas yang mendidih. Setelah itu, celupkan pemutik kapas ke dalam permukaan air rendaman teh itu tadi. Kemudiannya, gunakan teknik ‘dabbing’ pada permukaan perabot kayu yang calar. Lap lebihan air teh yang pasti mengalir ketika melakukan proses ini. Ulangi cara ini sekerap yang boleh dan anda akan mendapati kesan calar mulai pudar dan seterusnya hilang.
3. Marker pen
Pastikan anda mencari warna marker pen yang seakan-akan sama warnanya dengan perabot kayu anda. Calitkan sedikit marker pen pada permukaan yang calar dan setelah dakwat marker pen mengering, sembunyikan bahagian tersebut dengan penggunaan wax atau varnish.
4. Kacang walnut
Hanya terus gosokkan kacang walnut pada permukaan perabot kayu yang terjejas itu sebanyak beberapa kali. Perhatikan lama-kelamaan permukaan calar itu tadi semakin menggelap dan menghilang. Ini ajaib bukan?
5. Biji kopi/ serbuk kopi
Celupkan pemutik kapas ke dalam serbuk kopi yang dibiar sedikit lembap (dicampur dengan air panas terlebih dahulu). Pemutik kapas itu tadi kemudiannya diaplikasikan pada kesan calar yang ada di atas permukaan perabot. Biarkan selama 15 – 20 minit dan lap dengan segera permukaan kayu itu tadi dengan menggunakan kain yang kering. Kaedah ini berkesan membuatkan perabot kayu anda kelihatan ‘menggelap’ dan seterusnya menyamarkan kesan calar.
6. Jus lemon
Campurkan perahan lemon segar bersama minyak zaitun dalam kuantiti yang lebih kurang sama rationya. Dengan mengunakan lint cloth, ambil sebahagian besar campuran itu dan gosok terus pada bahagian calar perabot sehingga ia mulai hilang.
Sumber: Impiana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang menyangka bahawa demam ketika dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak adalah proses fisiologi yang biasa. Saya dapati ramai yang hanya membeli ubat panadol di farmasi dan datang untuk melakukan pemeriksaan sehingga mereka benar-benar mengalami rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu atau mengalami demam yang terlalu tinggi.
.
Demam dalam ‘tempoh pantang’ ini ada kalanya merbahaya jika ia adalah sebahagian kesan komplikasi proses melahirkan anak. Di bandar-bandar besar di mana kemudahan kesihatan mudah didapati, selalunya wanita yang demam sebegini dapat dirawat segera. Namun bagi wanita yang tinggal di kawasan pendalaman dan jauh dari kemudahan kesihatan, demam sebegini boleh membawa maut.
Demam dan rasa sakit ini selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman yang boleh berlaku ketika proses kelahiran sama ada kelahiran normal melalui faraj (vaginal delivery) atau secara pembedahan Caesarean. Ia juga boleh berlaku di sepanjang tempoh menyusukan anak.
.
“Saya pernah mengalami luka yang lambat baik di kawasan faraj selepas melahirkan anak kedua saya. Saya mengalami demam yang teruk dan kemaluan saya mengeluarkan lendiran yang busuk. Kenapa saya boleh mengalami luka di situ doktor?”
.
Walaupun proses kelahiran bayi adalah proses fisiologi yang normal, namun tidak semua wanita dipermudahkan ketika menjalani proses kelahiran. Jadi kecederaan fizikal boleh berlaku, dan selalunya berlaku koyakan di sepanjang saluran kelahiran bayi, sama ada di pangkal rahem (cervix) atau di faraj terutama apabila bayi yang dilahirkan bersaiz lebih besar dari yang dijangka.
Jangkitan Kuman
Sesetengah wanita mempunyai luka dari kecederaan itu yang tidak dapat disembuhkan dengan sendirinya kerana ketika proses kehamilan selepas kelahiran, banyak perubahan fisiologi yang membantutkan proses penyembuhan ini.
.
“Doktor saya hairan mengapa pihak hospital tidak mampu mengesan masalah ini ketika di hospital. Sekarang ini isteri saya sudah tiga hari demam dan menggigil. Ini kecuaian pihak hospital..”
.
Saya cuba mengimbau semula pengalaman saya bekerja di wad bersalin di sebuah hospital awam di selatan tanah air.
Seingat saya ketika itu, setiap hari antara 30-50 wanita yang melahirkan anak di wad itu sehari, terutama di wad tiga. Dalam jumlah yang sebegitu ramai, kemudahan katil untuk digunakan semula oleh wanita yang melahirkan anak keesokan harinya amat tinggi. Selalunya wad akan penuh. Jadi mereka dibenarkan pulang ke rumah jika tidak mempunyai apa-apa komplikasi kelahiran yang nyata.
.
Selepas pemeriksaan di bahagian abdomen dan faraj bagi memeriksa jika ada kapas atau jarum yang tertinggal, dan bayi yang dilahirkan telah kencing dan buang air besar, para ibu dibenarkan pulang untuk berehat di rumah. Malangnya kebanyakan wanita yang mengalami jangkitan kuman selalunya mengalami demam, merasa sakit pada bahagian tertentu selepas dibenarkan keluar dari hospital.
.
Oleh itu selalunya kebanyakan jangkitan kuman hanya dapat dikesan selepas seorang wanita itu berehat di rumah. Dalam satu kajian yang dilakukan di UK mendapati 94% dari kes jangkitan kuman ini didiagnosa selepas wanita dibenarkan keluar dari hospital. Dalam hal ini saya tidak merasakan ini suatu kecuaian pihak hospital. Lainlah jika wanita itu mempunyai demam tinggi semasa di wad dan dibenarkan pulang ke rumah tanpa rawatan.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.