Ads

“Ada Kata Saya Gagal Didik Saddiq” Ibu Syed Saddiq Pernah Menangis, Kini Lega Anak Bakal Nikahi Bella

Berita Syed Saddiq dan Bella Astillah bakal melangkah ke alam perkahwinan pada 10 Oktober depan, bukan sahaja menggembirakan pasangan berkenaan, malah membawa kelegaan buat ibu kepada Ahli Parlimen Muar itu.

Menjadi ibu kepada anak yang sering menjadi perhatian umum bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi apabila setiap keputusan, perjalanan hidup dan hubungan peribadi anak turut menjadi bahan bualan ramai.

“Ada Kata Saya Gagal Didik Saddiq” Ibu Syed Saddiq Pernah Menangis, Kini Lega Anak Bakal Nikahi Bella

Itulah yang dilalui ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz yang mengakui pernah menitiskan air mata selepas menerima pelbagai mesej negatif daripada individu tidak dikenali.

Namun, selepas Syed Saddiq dan Bella Astillah mengumumkan bakal disatukan pada 10 Oktober depan, keresahan itu sedikit sebanyak terubat. Bagi Sharifah Mahani, berita berkenaan bukan sahaja menggembirakan hati seorang ibu, malah memberi kelegaan kepada seluruh keluarga.

“Allahuakbar, sungguh gembira. Amat-amat menggembirakan kerana sekarang ramai yang sudah tahu tentang hal ini.

“Ahli keluarga juga rasa senang dan persiapan akan dibuat seberapa segera. Marilah kita sama-sama doakan semuanya berjalan lancar,” katanya kepada Gempak.

“Ada Kata Saya Gagal Didik Saddiq” Ibu Syed Saddiq Pernah Menangis, Kini Lega Anak Bakal Nikahi Bella

Ads

Syed Saddiq Dan Bella Astillah, Ibu Pernah Menangis Terima Kecaman

Sebelum sampai ke fasa bahagia ini, Sharifah Mahani yang pernah berkhidmat sebagai guru selama 38 tahun mengakui melalui pengalaman yang cukup mencabar.

Katanya, bukan sahaja Syed Saddiq menerima kritikan, malah dirinya turut dipersalahkan sebagai ibu dan dipersoalkan mengenai cara mendidik anak bongsu daripada empat beradik itu.

“Pada awalnya saya menangis sebab tak biasa dengan situasi macam ini. Ada yang kata saya gagal jadi ibu, tak pandai mendidik Saddiq dan memalukan keluarga.

“Ada juga yang berkata negatif tentang Bella dan memandang rendah anak saya. Memang susah nak terima pada awalnya,” ujarnya.

Lebih meresahkan, mesej berkenaan diterima berulang kali dan ada antaranya mengandungi kata-kata nista serta ugutan.

Sekat Nombor, Gangguan Masih Berterusan

Sharifah Mahani berkata, dia pernah mengambil tindakan menyekat nombor telefon terbabit. Namun, gangguan tidak terhenti apabila ada individu yang menghubunginya semula menggunakan nombor berbeza.

Ads

“Kadang-kadang setiap minggu terima mesej, kadang-kadang seminggu dua kali. Bila saya sekat, ada yang guna nombor lain.

“Bukan dari dalam negara sahaja, ada juga nombor dari luar negara seperti Singapura. Saya sendiri tak tahu macam mana mereka boleh dapat nombor telefon,” katanya.

Berhadapan mesej negatif secara berulang kali ternyata menjadi satu pengalaman yang menguji emosinya. Lebih-lebih lagi apabila kecaman bukan sahaja ditujukan kepada Syed Saddiq, tetapi turut menyentuh dirinya sebagai seorang ibu serta Bella.

Walaupun pernah melalui pengalaman yang menguji emosi, Sharifah Mahani kini memilih untuk tidak lagi membiarkan kata-kata orang luar mengganggu kebahagiaan keluarganya.

“Ada Kata Saya Gagal Didik Saddiq” Ibu Syed Saddiq Pernah Menangis, Kini Lega Anak Bakal Nikahi Bella

Ads

Ibu Doakan Syed Saddiq Dan Bella Astillah Bahagia Sampai Jannah

Sebaliknya, dia menyerahkan soal jodoh Syed Saddiq dan Bella Astillah kepada ketentuan Allah SWT selain terus mendoakan agar segala urusan pasangan itu menuju alam perkahwinan dipermudahkan.

“Yang penting ALLAH Maha Mengetahui hubungan mereka. Biarlah hubungan mereka sah dari segi agama.

“Saya hanya mendoakan semoga ALLAH permudahkan, sahkan mereka bernikah pada tarikh tersebut dan bahagia sampai ke Jannah,” katanya.

10 Oktober Jadi Tarikh Yang Dinanti

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 10 Oktober menerusi program MeleTOP, sekali gus mengakhiri tanda tanya ramai mengenai hala tuju hubungan pasangan berkenaan.

Bagi seorang ibu, tiada yang lebih menenangkan hati selain melihat anak melangkah ke fasa baharu kehidupan dengan restu keluarga. Selepas melalui pelbagai kecaman dan air mata, Sharifah Mahani kini memilih untuk fokus kepada doa serta kebahagiaan yang sedang dinanti.

BACA LAGI : “Jangan Fikir Keburukan Pasangan”, Ibu Syed Saddiq Kongsi Rahsia Bahagia Selepas 43 Tahun Berumah Tangga

Sumber : Gempak

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Doktor Profesional, Hafiz Al-Quran! 78 Pelajar Bakal Menimba Ilmu Di Al-Azhar

Doktor huffaz bakal dilahirkan menerusi program MARA apabila 78 pelajar perubatan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.