Ads

“Jangan Fikir Keburukan Pasangan”, Ibu Syed Saddiq Kongsi Rahsia Bahagia Selepas 43 Tahun Berumah Tangga

Rahsia rumah tangga bahagia selama lebih empat dekad bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Setiap pasangan pasti melalui fasa sukar, salah faham, tekanan dan pelbagai cabaran sepanjang membina kehidupan bersama.

Namun bagi ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, kunci utama rumah tangga yang berkekalan ialah kesabaran, sikap saling memahami serta kesediaan untuk sentiasa bertolak ansur.

Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan tidak lama lagi, bekas guru Bahasa Inggeris itu berkongsi pengalaman mempertahankan keharmonian rumah tangganya bersama suami, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Alsagoff, selama 43 tahun.

“Jangan Fikir Keburukan Pasangan”, Ibu Syed Saddiq Kongsi Rahsia Bahagia Selepas 43 Tahun Berumah Tangga

Rahsia Rumah Tangga Bahagia Adalah Bertolak Ansur

Menerusi temu bual bersama stesen radio Era FM, Sharifah Mahani menjelaskan bahawa kebahagiaan tidak datang dengan sendiri. Sebaliknya, ia perlu dipupuk setiap hari oleh suami dan isteri.

“Untuk kekalkan kebahagiaan, kita kena compromise. Kita kena, orang kata, bertolak ansur dalam sesuatu.

Katakanlah suami jadi moody atas tekanan kerja dia atau kerana kesihatan secara tiba-tiba, jadi kita sebagai isteri kena cuba memahami, jangan menambahkan kekeruhan,” kongsinya.

Menurut wanita yang mesra disapa Mama itu, pasangan perlu belajar memahami keadaan emosi antara satu sama lain, terutama ketika berdepan tekanan kerja, masalah kewangan atau cabaran kehidupan.

Ads

Daripada terus membalas kemarahan, suami dan isteri seharusnya menjadi tempat untuk saling menenangkan serta memberikan sokongan emosi.

“Jangan Fikir Keburukan Pasangan”, Ibu Syed Saddiq Kongsi Rahsia Bahagia Selepas 43 Tahun Berumah Tangga

Jangan Hanya Ingat Keburukan Pasangan

Sharifah Mahani turut berpesan agar pasangan tidak terlalu cepat menghukum ketika berlaku konflik dalam rumah tangga.

Sebaliknya, cubalah mengingati kebaikan pasangan supaya rasa kasih, hormat dan sayang tidak hilang hanya kerana satu perselisihan.

Ads

“Bila pasangan tengah marah, kita jangan fikirkan tentang sikap yang buruk semata-mata, nanti akan timbul rasa benci.

Kita kena fikirkan sikap kebaikan. Takkanlah suami kita tak ada sedikit kebaikan? Kita fikir kebaikan, barulah timbul rasa sayang,” katanya.

Cabaran Membesarkan Anak Menguatkan Hubungan

Ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui perjalanan membina keluarga sememangnya penuh dengan dugaan, termasuk ketika membesarkan anak-anak.

Bagaimanapun, setiap cabaran mampu ditempuhi apabila suami isteri saling menyokong, berkomunikasi dengan baik dan tidak mudah berputus asa.

“Tapi yang penting sekali ialah bertolak ansur antara satu sama lain, kebahagiaan itu akan terjalin. Kami sudah berumah tangga selama 43 tahun.

Banyak cabaran, banyak dugaan terutama dalam membesarkan anak-anak. Tapi kita ingat bahawa perjalanan hidup kita di dunia ini hanya sementara,” ujarnya.

Menurutnya, kesabaran dan rasa syukur memainkan peranan penting dalam memastikan hubungan kekal utuh walaupun berdepan pelbagai ujian kehidupan.

Ads

Cipta Kenangan Manis Bersama Pasangan

Dalam usia perkahwinan yang sudah menjangkau lebih empat dekad, Sharifah Mahani memilih untuk terus menghargai setiap detik bersama suami dan keluarga.

Baginya, suami isteri perlu melakukan yang terbaik sepanjang melalui perjalanan rumah tangga agar suatu hari nanti mereka dapat mengenang setiap kenangan manis yang pernah dicipta bersama.

“Kita buat yang terbaik supaya apabila kita duduk pada satu masa, kita akan kenang semua kenangan yang manis bersama,” katanya.

Sekadar info, perkahwinan Sharifah Mahani dan Syed Abdul Rahman dikurniakan empat orang anak, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta personaliti media sosial, Space Dollah.

BACA LAGI : Ibu Syed Saddiq Sebak Baca Kad Tulisan Tangan Bella Astillah, “Mama Simpan Sampai Akhir Hayat”

Sumber :  Instagram

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Jaga Rezeki, Tinggalkan Syubhah”, Amalan Keluarga Bantu Tengku Umayr Cemerlang Hafaz...

Rahsia hafazan al-Quran yang diamalkan Tengku Umayr membawanya memperoleh syahadah ula mumtaz dengan markah 97.7%. Ketahui teknik LATU, disiplin mengulang ayat 60 kali serta peranan ibu bapa dan guru.