Kecaman demi kecaman diterima pasangan ini setelah mereka bergelar suami isteri. Lebih memburukkan keadaan bila mana si suami bercerai dengan isteri pertama.

Pelbagai cercacan dan kata nista diterima sehinggakan kedua-duanya mengambil keputusan untuk tidak mengambil kisah dengan kata-kata orang.

Namun, semalam Izreen dan suami menerusi catatan di laman instagram mengumumkan mereka bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi.

“Syukur Alhamdulillah.”  Mengandung 3 Bulan, Izreen Akui Kehamilan Kali Ini Berbeza, Kerap Alami Pendarahan & Cepat Letih.

Izreen yang kini mengandung 3 bulan selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan Ude Wahid.

“Syukur Alhamdulillah.”  Mengandung 3 Bulan, Izreen Akui Kehamilan Kali Ini Berbeza, Kerap Alami Pendarahan & Cepat Letih.

IKLAN

Beliau  membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Instagramnya memaparkan gambar imbasan ultra bunyi berserta kapsyen:

“Syukur Alhamdulillah.”

View this post on Instagram

SYUKUR ALHAMDULILLAH ❤

A post shared by MADAM IZREEN AZMINDA (@izreen.azminda) on

Beliau meluahkan rasa syukur terhadap kehamilannya dan berharap bakal menimang cahaya mata perempuan selepas memiliki seorang anak lelaki Muhammad Adrian Umar yang kini berusia enam tahun daripada perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharuddin.

IKLAN

Ude juga memiliki dua orang anak lelaki iaitu Arish Muqri, empat tahun dan Ariq Muqri, dua tahun hasil perkahwinan terdahulunya.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki cahaya mata yang dikurniakan Allah. Kalau disoal saya mahukan anak perempuan, tetapi andai dikurniakan anak lelaki juga saya tidak kisah.

“Saya cuma harapkan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah saat bersalin kelak yang dijangka sekitar Julai depan,” ujarnya.

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah.”  Mengandung 3 Bulan, Izreen Akui Kehamilan Kali Ini Berbeza, Kerap Alami Pendarahan & Cepat Letih.

Dalam pada itu, Izreen mendedah kehamilan kali ini amat berbeza apabila kerap mengalami pendarahan selain cepat berasa letih.

“Kehamilan kali ini amat berbeza kerana saya dinasihatkan doktor untuk lebih banyak berehat dan tidak boleh mengangkat barang berat kerana kerap alami pendarahan,” kongsi Izreen.

Sumber: Kosmo Online

Gmabr: IG Izreen

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI