Beberapa hari yang lalu, Abby Abadi dan suami menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka. Biarpun anak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami komplikasi, namun semalam pasangan ini mengumumkan tahap kesihatan Baby D semakin baik. Demikian juga dengan Abby Abadi yang semakin pulih.
Malah, Abby Abadi serta suaminya turut memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan bayi mereka yang baru sahaja dilahirkan selepas disahkan mengalami pendarahan dalam paru-paru. Semalam, pasangan ini turut berkongsi nama bayi mereka menerusi laman instagram.
Ads
Baby D dah ada nama. Muhammad Danial Firman Faizal membawa maksud yang sangat indah 🥰 . Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat…Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur . Semalam Abah tak tulis apa2 pun sebab tak sihat, tiba2 demam . Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam…. . Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang….abah dan mama rindukan Baby. . Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu…sempat berbual2 dengan Doc, Baby Danial ada peningkatan positif…pemdarahan paru2 pun dah tak de…syukur sgt2…Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial.
. Malam ni, InsyaAllah abah datang jumpa Baby lagi ya…abah rindukan Baby Danial…Abah sayangkan Baby… . Moga Baby terus sihat, terus kuat….ramai yang tak sabar nak jumpa Baby… . Ya Allah..Kau yang lebih mengetahui…Kau yang lebih berkuasa dari segala2nya . Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, Kau berikan kesihatan tang terbaik untuk Baby Danial dan panjangkan umurnya
Ads
#muhammaddanialfirmanfaizal PS: Rajin suami menulis skrg. Byk idea ye.. Alhamdullillah. Sy tumpang repoat jelah ye. Terus berusaha minta yg terbaik pada ALLAH utk Baby Danial ye. Tunggu kita rajin nnti kita cerita dari awal mcmana terpaksa melahirkan awal ye. Apapun, Syukur ALLAH masih panjangkan umur Sy.
Datin Almy Nadia yang sebelum ini melahirkan anak ketiga sedang giat meneruskan misi menurunkan berat badannya.
Namun apa yang menarik perhatian peminatnya adalah kaedah yang dilakukan oleh isteri kesayangan aktor Dato’ Fizz fairuz ini.
“Hari ke 39 pantang.. yes u can do it Almy Nadia.. “beras perang + lobak + ayam rebus “ tak ada garam ,semua tak ada rasa.. potong habis. Potong gula,potong garam,potong minyak,semua potong lantak,last-last susu drop.. hampa semua nak sangat aku kuruskan. Ambik kau orang semua.. mampus lantak,” tulis Datin Almy dengan nada sinis.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya dengan memaparkan gambar makanan tersebut.
Catatan tersebut nampak sinis mungkin kerana tidak sabar dengan komen segelintir netizen terhadapnya sebelum ini.
Begitu pun, ramai yang tampil memberi komen. Rata-ratanya meminta Almy bersabar dan melakukan diet secara sihat supaya tidak menjejaskan kesihatan diri dan anak kecilnya yang masih menyusu.
Setiap antara kita punya kisah silam untuk di kenang. Ada yang duka dan ada yang manis. Sudah tentu ia akan dikenang sehingga hayat dikandung badan. Kenang itu yang akan menjadikan kita lebih menghargai kehidupan masa kini.
Begitulah yang dilalui oleh saudara Veera Saravanan menerusi grup Malaysiaku Dulu Dulu Official berkongsi coretan kenangana menyambut Depavali zaman dahulu. Kehidupan ketika itu dengan masyarakat penduduk setempat berbilang bangsa bagaikan sebuah keluarga.
Malah katanya, tidak lupa apabila rumah setiap kali menyambut perayaan Depavali, akan ada aktiviti mengacau dodol. Walaupun ia bukan amalan tradisi masyarakat India, ia dilakukan oleh keluarga. Kini, ia tinggal sejarah untuk kenangan manis, setelah pemergian ibu tercinta.
Lebih manis, perkongsian beliau telah menarik perhatian warganet yang turut berkongsi kisah manis masing-masing. Ada juga teruja dengan kisah yang dipaparkan ini.
Ikuti perkongsian ini.
Boi kembali bercerita. Kali ni episod Raya Deepavali kat rumah kami. Mentang la raya esok. Amik mood sikit. Pernah tak dengar ada rumah India kacau dodol time Deepavali. Kami la tu.. Biasanya seminggu sebelum Deepavali, hari Ahad la selalunya.
Akan kedengaran suara panggilan pakcik Johar atau Abang Darus kat tingkap bilik saya. Boi tak bangun lagi, bertuah punya anak bujang, dia cakap. Pagi pagi dah sampai rumah kami. Pukul 8 dah start potong kayu api. Ada yang pasang khemah sementara pakai kanvas lori ikat kat pokok kuinin.
Rumah kita dulu dikelilingi pokok mangga. Sapa nak, amik free je. Mak takkan jual, buah tak jadi katanya.
Gotong royong masak
So bermulalah kisah kacau dodol. Sebelum sarap dulu. Kopi O, thosai, kuah dall semua mak dah siap buat. Makan ramai ramai bawah khemah sambil pasang api. Nikmat tu. Sembang dan ajuk orang kampung tu paling best.
Pasang dapur dulu, level kan tanah. Lepas tu susun batu, susun kayu api. Start api pakai serabut kelapa ngan getah sekerap punya sampel. Getah leper. Kuali besor ngan godak kayu bawak dari Surau kat depan umah.
Start la. Semuanya buat sendiri. Petik kelapa, bukak kulit kepala. Parut sendiri, perah santan direct direct kat situ jugak. Didih santan, masuk gula.. Tepung dulu kira kampit, mau tujuh lapan kampit sekali kacau. Ketua chef bagi arahan je. Kita main tuang je. Bila dia kata cukup.. Cukup la. Jangan nak memandai. Godak punya godak, air sirap pun sampai.. Minum dan bergilir gilir godak. Penat..lepas tu panas bahang api lagi.
Semuanya ada proses, jaga api, jaga godak kuali, potong kayu, jaga angin dll. Team yang biasa buat dia tahu la kepentingan peranan masing masing. Tak akan hilang dari posting dia.
Makan tengahari pun ikut giliran
Makan tengahari ikut shift. Nasi putih, lauk ayam, acar timun. Makan bawah khemah lagi. Ada yang berehat tido bawah pokok kelapa sawit tadah kain sarong. Ni la tempat paling best tido. Sejuk semacam. Lagi la kalau penat.
Sambung bergodak lagi. Dah petang pun. Teh la pulak. Kena ngan biskut. Time ni dodol dah pekat. Kena gandakan usaha mengodak, kalau tak bergumpal dodol tak jadik. Agak agak siap buat dodol ni time Maghrib dah. Masing masing settle kan apa yang perlu dan bersihkan kawasan masak. Dan balik sembahyang.
Sampai la sehari sebelum Deepavali, meriah suasana rumah. Kat division kami. Satu satunya famili India, kami la tu. Mula la rewang, potong bawang, kisar halia, potong ayam, potong kambing, potong sayur kupas bawang putih dan pelbagai aturcara lain yang akak akak jiran semua datang menolong.
Datang makan ramai-ramai
Tak pernah senyap la sehari sebelum raya. Pasang khemah depan rumah. Susun pokok bunga la, cuci keliling rumah, pasang lampu kelip. Semua nak kasi meriah punya pasal. Time kitorang baru sampai kat estet ni, tahun pertama Deepavali, sunyi sangat, maklumlah belum mesra ngan orang kampung. Sedih sangat. Tapi tu la last sekali Deepavali yang sunyi, lepas meriah setiap tahun. Hari sebelum Deepavali, Hari Deepavali, raya kedua mesti ramai pengunjung kat umah. Mak jenis yang nak pastikan semua orang mesti puas hati makan.
Orang kampung lain adap dia, datang makan ramai ramai, segan kalau datang sorang. Lepas tu dia siap kemaskan rumah kita. Kalau skali kena ambush, takde tempat nak jalan kat rumah. Duduk la dia kat mana mana. Buat macam rumah sendiri. Seronok kita, isi balang kuih, isi kuah kari, sajikan thosai ngan idly yang mak buat, layan bunyi keronyok murukku. Bila dah balik semua, sunyi je rumah. Layan pesta Deepavali kat TV2.
Ni semua dah tinggal kenangan manis sekarang . Mak pun dah jadi arwah. Suasana Deepavali dah tak macam dulu lagi. Tak pernah sama la kalau nak dikatakan. Ibu ni tonggak yang memegang keeratan keluarga. Balik kampung tak sama rasa dia macam dulu. Tahun ni lagi la, semua adik beradik raya di rumah masing masing. Amalkan PKPB dengan betul.
Ok buat setakat ni bercerita minggu ni. Selamat Hari Deepavali semua. Salam Ikhlas.
Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.
Salah satu amalkan yang mesti dilakukan untuk mengelak berlaku keracunan makanan adalah basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan, basuh tangan anda selepas keluar dari tanda, cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih dan lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.
Sebagaimana yang dipaparkan melalui perkongsian ini memberi panduan bagaimana papan pemotong makanan perlu dipastikan bersih untuk mengelak sebarang pencemaran.
Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal.
Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.
Sebab itu penting ada papan pemotong yang berbeza untuk bahan yang berlainan.
Merah- Untuk daging, ayam mentah Hijau- Sayur sayuran Biru- bahan kering lain Putih- untuk roti, kek .
Semoga penyediaan makanan kita lebih terjamin bersih dan selamat untuk ahli keluarga.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.