”Tahniah Uwais, Kalau Arwah Ibu Ada, dia Paling Happykan.” Anak Sulung Shuib Juara Tournament Golf, Ramai Titip Tahniah

Share

Sejak arwah ibunya masih ada, dialah orang yang paling menyokong hobi anak sulungnya, Uwais Al Qarni bermain sukan golf.

Bahkan,  Allahyarham Siti Sarah pernah berkongsi anaknya mengikut ayahnya, Shuib dan atuknya, Raissuddin Hamzah ke padang golf. Tidak hairanlah jika  skill bermain golf anaknya semakin baik.

Ketika di Langkawi baru-baru ini juga, Uwais tidak melepaskan peluang bermain golf di sana.

Terbaru, Shuib memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan anak sulungnya  bersama trofi yang dimenanginya.

Menurut Shuib, ini merupakan penyertaan anaknya yang kedua sejak aktif dalam sukan golf

Ternyata Uwais berjaya membuktikan kehebatannya apabila dinobatkan sebagai juara bagi tournament kali ini.

Rata- rata warga maya menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan Uwais dalam kejohanan tersebut.

atie_watikonak Tahniah jika ibu ade tentu arwah bangga
_001.bayan Fuhh….Tahniah Wais Anak Daddy @shuibsepahtu 🤗👍… Alhamdullilah 🤲
frz.7576 Bakal harumkan nama Malaysia nanti. Tahniah Uwais!
sitinursairahtarudin Congratulations uwais 🙌🙌🙌
zahfiraneka_azg Congrats Uwais!! MasyaAllah, hebat awakk! 😍👏👏👏👏👍🏻 #juniorgolfer
suhaizamuhamedYa Allah muka sebijik arwah ibu nyaa , btw tahniah uwais
Sumber: shuibsepahtu

 

 

 

 

 

 

IKLAN