Kejutan pada hari bahagia daripada orang tersayang pasti membuatkan sesiapa pun akan berasa cukup teruja. Apatah lagi andai kejutan yang diberikan bukan sesuatu yang biasa-biasa daripada pasangan tercinta.
Bersempena ulang tahun ke-36 Achey, isterinya Nur Hassanah Yahya atau lebih dikenali dengan panggilan Anne telah berkongsi perjalanan mereka dalam usaha untuk mendapatkan zuriat yang telah lama didambakan.
Setelah 11 tahun membina mahligai bahagia, Anne menerusi laman instagramnya berkongsi perjalanan ketika menjalani rawatan IVF di sebuah pusat perubatan di Johor pada 6 Ogos yang lalu.
“Happy birthday sayang, tahun ni hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.
“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin,” tulisnya.
Ads
Selain itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Achey yang juga seorang penyanyi kerana menjalani kehidupan susah senang bersama sejak 11 tahun lalu.
“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insyaAllah kita usaha, Allah yang tentukan. Sayang awak,” katanya.
Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan pasangan itu dan anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah dalam perjalanan untuk bertemu dengan Dr Thokha Muhammad yang sebagaimana semua maklum, Dr Thokha cukup popular di media sosial kerana sering berkongsi video inspirasi mengenai pasangan yang berjaya memperoleh zuriat hasil rawatan yang dilakukannya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan supaya urusan pasangan tersebut dipermudahkan Allah SWT untuk mendapatkan cahaya mata.
Sekadar info, Achey dan isteri sebelum ini mengambil anak angkat perempuan pada 2018 yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir dan kini berumur empat tahun.
Akhirnya pengacara, pelawak dan pelakon terkenal tanah,Jihan Muse kenalkan anak kedua.
Ramai peminat teruja melihat ‘ hero’ kedua pengacara popular itu.
Menerusi hantaran di instagramnya, Jihan Muse kongsi wajah anak dan memilih nama Ungku Altamis Barr.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal.”
RAKAN ARTIS & WARGANET UCAP TAHNIAH
Meninjau di ruangan komen mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat pasangan itu
Untuk rekod, pengacara berusia 39 tahun itu selamat melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perubatan swasta pada 6 September lalu.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq kini berusia 4 tahun.
Sejak anak-anak tak sekolah ni, berkurung sajalah kerjanya duduk dalam rumah tak pergi mana-mana. Nak ajak keluar beli barang? Bahaya! Malah tak boleh nak keluar beramai-ramai satu kereta.
Nak main kat luar? Panas lah, tak ada kawan lah, macam-macam diberi alasannya. Sampai tak bersentuh la kulit dengan hangat matahari kat luar. Jadinya, anak pun tak dapat la vitamin semulajadi dari sinaran utama alam itu.
Tahukah anda, kekurangan Vitamin D ni boleh buatkan anak berisiko mengalami masalah pada tulang. Tulang anak akan jadi lembut dan mudah patah. Selain tu, akan mengganggu daya kognitif anak. Untuk orang dewasa pula boleh tambah risiko kematian disebabkan penyakit jantung.
Jom ikuti apa kata Redza Zainol untuk aktiviti apa yang ibu ayah boleh buat bersama anak-anak di luar rumah. Jom amalkan!
Asyik berkurung di rumah, bosan juga anak-anak saya. Antara perkara yang saya cuba usahakan ialah supaya anak kena cahaya matahari setiap hari.
Waktu antara jam 9 pagi hingga 2 petang ialah masa terbaik untuk serap vitamin D dari cahaya matahari. Cukup dah kalau kita luang masa 10-20 minit di bawah cahaya matahari dengan 40% kulit mereka terdedah.
Antara aktiviti yang mak ayah boleh buat dengan anak:
✔️ Boleh bawa anak tengok pokok dan explore kawasan depan atau belakang rumah. Saya duduk di kawasan kampung.
✔️ Boleh ajak anak kumpul batu, ranting dan daun yang pelbagai warna. Ni memang laju je budak-budak buat. Lepas tu lekatkan dalam playdough.
✔️ Boleh bawa bayi jalan-jalan depan rumah sekejap.
Sikap ibu bapa yang mendidik anak-anak lelaki dengan cara yang salah sebenarnya boleh menjadi penyebab kerosakan kepada anak tersebut.
Umpamanya ada yang merasakan anak lelaki perlu diajar untuk menjadi anak jantan di mana jiwa mereka kena kental, berani, jangan mengalah, bertumbuk itu biasa, tidak boleh menangis dan macam-macam lagi yang kononnya itulah cerminan seorang lelaki sejati.
Namun dari sisi lainnya, bila dididik sebegitu dari kecil dengan tanpa sedar sebenarnya si ibu atau ayah telah menanamkan sikap sebagai seorang pembuli!
Hal ini mengambil kisah benar yang dilalui sendiri oleh seorang penulis novel, Puan Hanani Daud. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
SISI IBU MANGSA BULI vs IBU KAKI BULI
“Saya ada lima orang anak lelaki. Saya didik mereka untuk jadi anak jantan yang hebat, tidak mengalah dengan orang, tidak gentar akan sesiapa dan digeruni semua orang.”
Saya dengar dia gah bercerita tentang anak-anak lelakinya.
“Sejak kecil kalau mereka bertumbuk, saya biarkan sahaja. Saya didik untuk mereka tidak mengalah sesama. Cabaran hidup zaman sekarang, anak-anak lelaki perlu dididik untuk jadi berani. ”
Nasi yang saya suap ke mulut ketika itu terasa pahit. Saya terus memasang telinga sehinggalah dia bercerita tentang sesuatu yang saya anggap keterlaluan.
“Anak-anak saya bergaduh dan bertumbuk di sekolah dan asrama, saya bela mereka. Kami suami isteri dipanggil oleh cikgu mereka, saya tidak sedikit pun rasa gentar. Tiada siapa berani ambil tindakan kerana saya akan lawan balik.
“Saya cari cara untuk anak saya sentiasa menang. Saya akan buat laporan polis dan jika perlu saya saman.”
Bangga benar dia bercerita tentang anak-anaknya yang kononnya anak jantan.
Sudu dan garpu di tangan saya bergetar menahan rasa hati yang mendekam. Saya mula bercakap menyampaikan rasa hati saya…
“Awak bercerita yang anak awak bergaduh, bertumbuk di asrama. Awak akui anak awak yang selalu mulakan, tetapi awak menyebelahi mereka. Maksudnya di sini anak awak menjadi kaki buli kerana lahir dari rahim seorang ibu yang juga pembuli.”
“Awak bercerita, awak bangga anak-anak awak seorang anak jantan. Adakah awak tahu perasaan ibu seorang mangsa buli? Awak melahirkan si pembuli, saya pula melahirkan anak mangsa buli.”
Saat itu saya lihat wajahnya berubah. Tapi saya kawal suasana di meja makan itu. Saya perlu hormati pemikirannya. Pemikiran seorang penulis seperti saya. Dia ada rasional dia, saya juga ada rasional saya.
“Anak saya juga lelaki. Apabila nama lelaki, dia juga anak jantan. Ada ketika bengkengnya bukan calang-calang. Tapi saya tidak didik anak saya untuk menjadi anak jantan tidak bertempat.”
“Acap kali anak saya meminta izin membalas setiap laku kasar si pembuli, tetapi jawapan saya tetap sama.”
“Umi faham perasaan Uwais apabila dibuli dan diperlekeh orang. Tapi umi sebagai ibu perlu menjadi seorang ibu yang menuntun anak-anak kepada jalan yang benar. Jalan yang penuh iman, bukan jalan nafsu.”
“Meski anak saya dianggap bukan anak jantan, kalau saya dihidupkan berkali-kali, cara didikan dan pemikiran saya tetap sama. Tidak perlu membuli orang untuk menjadi anak jantan.”
“Tidak perlu gagah untuk digeruni, tidak perlu kaya untuk dihormati. Kita hanya perlu berilmu dan beradab. Mendidik anak-anak lelaki untuk menjadi jantan dengan cara awak bagi saya itu bukan cara didikan orang beradab.”
Meski nada yang lembut, saya tahu tutur saya itu berbisa. Saya lihat dia terkulat-kulat, namun saya terus menyuarakan rasa hati.
“Di sekolah, memang benar anak-anak kaki buli ini cikgu terpaksa menangkan. Si mangsa buli pula diminta sabar, sabar dan sabar serta memaafkan.
Mengapa?
Sebab, biasanya pembuli lahir daripada ibu bapa seorang pembuli juga. Pihak sekolah biasanya mengelak untuk berurusan dengan mereka.”
“Selalu saja mereka akan pusing cerita, cikgu akan dipersalahkan tak cukup diserang, dibuat laporan polis dengan cerita yang diada-adakan.”
Dia terdiam, sekadar berkata..
“Setiap ibu bapa ada cara sendiri dalam mendidik anak. Itu cara saya.”
Jawab saya…
“Saya hormati jika itu cara awak. Mungkin pemikiran pembuli anak saya juga serupa. Saya hormati juga, namun apa yang saya nak katakan di sini, setiap inci penghinaan, setiap laku perbuatan buli terhadap mangsa buli, saya sebagai wakil mereka ingin jelaskan bahawa, amat sukar untuk kami memaafkan.”
“Kesan penderaan mental atau fizikal terhadap anak-anak ini sukar untuk diberi maaf secara percuma. Meski saya mendidik anak saya untuk bersabar, tetapi dia ada hak untuk memaafkan atau tidak.”
“Mungkin hari ini anak-anak awak bangga dan gah kerana menjadikan mangsa buli seperti anak saya sebagai bahan mainan atau bahan lawak . Tetapi tatkala Allah titipkan penyesalan, sedangkan kawan yang dibulinya berpaling, ketika itu titik penyesalan akan membuat mereka derita.”
“Perasaan itu makhluk. Bahagia dan derita itu milik Allah. Allah boleh beri rasa bahagia itu di hati sesiapa sahaja. Sama juga dengan derita. Boleh hidup di hati sesiapa sahaja.”
“Saya alami rasa itu. Sejak kecil dibuli berkali-kali namun saya tidak pernah membalas. Namun saya sentiasa rasa bahagia. Saya pasti si pembuli sukar memiliki rasa bahagia yang sama.”
“Sebab itulah, meski apa juga saya tetap dengan cara saya dalam mendidik. Harga diri yang sebenar ialah mendidik anak berjiwa ihsan bukan jiwa haiwan.”
Allahuakbar.
Kasar benar saya. Tutur kata yang tersusun santun. Namun saya pasti menusuk. Wallahu’alam.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/hanani.daud.7″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Hanani Daud [/su_button]
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.