Menggunakan pisau yang tumpul memang boleh mengundang kemarahan buat ibu yang inginkan kerja berjalan lancar. Umumnya tahu, kalau guna pisau tumpul kerja-kerja memotong, menghiris dan mencincang sekali pun akan payah dilakukan dan tidak hairan juga bila guna pisau yang tumpul lebih mengundang bahaya. Sebab apa?

Ya, sebabnya kita akan menggunakan lebih tenaga untuk pastikan bahan-bahan masakan dapat dipotong. Silap langkah, memang boleh mencederakan diri sendiri.

Jadi mengetahui cara penjagaan mata pisau untuk kekal tajam eloklah dipraktiskan agar pisau-pisau yang kita gunakan semasa membuat penyediaan bahan masakan berada dalam kondisi yang tip top.

Nak tahu bagaimana? Ya, ini ada 5 harus buat!

Asah Selalu

Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.

Pilih Pengasah Sesuai

Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal.

IKLAN

Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.

Simpan Tempat Kering

Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya.

Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.

IKLAN

Jaga Dengan Teratur

Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.

Gunakan Minyak

Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!

IKLAN

Pun begitu jika mata piosau telah tumpul, selain menggunakan batu asah ada beberapa cara yang boleh dilakukan  untuk tajamkan pisau. Jom semak.

TIP TAJAMKAN PISAU TANPA ADA BATU PENGASAH

Pun begitu tahukah ibu-ibu, mata pisau juga boleh ditajamkan tanpa menggunakan batu asah atau alatan khusus untuk menajamkan pisau. Caranya cukup mudah dan bolehlah digunakan.

Kaca tingkap dapur– Caranya layangkan pisau di bahagain hujung kaca tingkap dapur beberapa kali. Hasilnya memang hebat, mata pisau tajam dan istimewanya sangat mudah dilakukan.

Mug-Mata pisau diletakkan di bahagian bawah mug, kemudian layangkan matap pisau beberapa kali. Hasilnya mata pisau lebih tajam dengan beberapa kali diulang.

Pisau lain-Jangan tidak percaya, asah sahaja pisau dengan menggunakan pisau yang lain  dimana pisau yang tajam dilayangkan pada bahagian mata pisua yang tumpul berulang kali.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI