Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak terlalu pedas, pastinya akan digemari oleh anak-anak anda.
Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi. Jangan bimbang, Majalah Keluarga akan berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala homemade!
Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan
Bahan-bahan:
3 Ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan ruang yang lebih santai untuk dijadikan tempat berkumpul anak beranak untuk melakukan aktiviti outdoor namun masih di rumah sendiri pastinya itu menarik bukan?
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd Azrul Mohd Razak, membuat transformasi ruang balkoni menjadi ruang yang cukup selasa untuk keluarganya bersantai bahkan melakukan aktiviti berkhemah.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Disebabkan ramai yang bertanyakan saya berkenaan kos untuk siapkan ni, maka saya kongsikan skit maklumat semoga bermanfaat untuk semua.
Sebenarnya kos dia tidak la mahal jika :
1. Anda buat sendiri (DIY) bukan upah tukang.
2. Survey beberapa kedai sebelum beli raw material.
3. Belajar dari Youtube dan banyakkan bertanya orang² yang pakar dan berpengalaman.
Proses pertama sekali anda perlu pastikan samada balkoni anda kalis air (tiada kebocoran atau dalam bahasa Melayu di sebut “leakage”. Sekiranya tidak, maka anda dapat jimat kos untuk buat waterproofing.
Tetapi sekiranya terdapat kesan lelehan air pada bumbung bermakna terdapat “leakage” pada lantai balkoni maka proses waterproofing perlulah dibuat. Kos untuk bahan waterproofing bergantung kepada keluasan balkoni.
Anda boleh menggunakan Bitumen atau Waterproofing Pentens T200 untuk proses waterproofing. Harga utk 5kg Pentens T200 RM69 shj dan cukup untuk (2 layer) keluasan balkoni saiz 10 meter equals to 32 feet.
Note : Pastikan waterproofing lapisan pertama kering sekurang-sekurangnya 8-12 jam sebelum apply lapisan ke-2.
Setelah selesai, boleh kiranya samada untuk anda cat lantai balkoni dengan Cat jenis Epoxy anggaran harga RM160 (4 liter + 1 liter Hardener).
Walaubagaimapun saya memilih untuk letakkan rumput artificial. Harga bagi rumput artificial bergantung kepada jenis dan saiz anggaran lingkungan harga seperti berikut :
Gred 1 : RM150/meter dan keatas (rumput lebih panjang)
Gred 2 : RM110 -RM150/meter (sederhana panjang)
Gred 3 : RM90 +- (rumput pendek dan sedikit kasar).
Saya memilih Gred 2 (RM110/meter) disebabkan tidak terlalu kasar dan rumput tidak terlalu panjang maka mudah untuk keluarkan habuk yang terkumpul berbanding Gred 1 yang lebih panjang rumputnya dan lebih menyimpan habuk.
Bagi balkoni rumah saya yang berkeluasan kurang lebih 32 kaki persegi memerlukan 10 meter artificial grass ini (RM110 x 10meter = RM1,100). Kos pemasangan pula adalah Percuma. Anda cuma perlu beli cutter RM1.00 dari kedai alatulis untuk memotong artificial grass dan menyusun mengikut kesesuaian ruang.
Pastikan artificial grass yang dibeli mempunyai warranty sekurang-sekurangnya 5 tahun (tahan cuaca hujan/panas).
Diharapkan ianya dapat sedikit sebanyak membantu dan bermanfaat buat anda semua. Penat saya menaip, jangan nanti ada yang suruh saya lukis plak. Rajin² lah membaca yer. Membaca Amalan Mulia. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
Sumber : Mohd Azrul Mohd Razak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehadiran si kecil juga menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian di dalam sesebuah perkahwinan.
Namun, bukan semua pasangan bertuah untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang ditakdirkan mendapat anak usai berkahwin. Tak kurang yang terpaksa menanti dan terus menanti sambil berdoa semoga dikurniakan seorang cahaya mata.
Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.
Satu perkongsian di muat naik oleh drzubaidi berkenaan isu ini di laman instagramnya.
Anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah berikan ini, kita juga diberikan ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya.
Untuk kita yang belum ada anak mungkin itu yang terbaik untuk kita pada masa ini. Mungkin kita belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ini.
Setiap orang lain ujiannya. Masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
Ramai yang tidak menyedari membesarkan anak lebih banyak ujiannya. Teruskan positif, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Tenangkan hati. Fikir secara positif. Ingat nilai akhirat lebih dari nilai dunia. Akhir sekali, ada anak dan tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa kita mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.