Kuzi adalah salah satu menu yang popular di kalangan masyarakat Kelantan kerana rasanya yang unik dan sangat menyelerakan. Kuzi juga boleh dimasak dengan pelbagai bahan utama seperti ayam, daging atau kambing.
Kuzi juga mempunyai sedikit persamaan dengan gulai tetapi rasa yang agak berbeza. Menurut resipi yang dikongsikan oleh Hana Rahman, apa yang membezakan kuzi dengan gulai adalah kuantiti dan penyediaan bawang gorengnya.
Orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi anda patut cuba resipi kuzi ayam yang dikongsikan asli daripada Kelantan ini. Selain itu boleh juga cuba menu ini untuk dihidangkan kepada tetamu yang beraya.
Kuzi Ayam
Bahan-Bahan:
1ekor ayam
1 kilo bawang merah
1 tin susu cair
1 1/2 liter air tapis.
1 botol sos tomato del monte
1/2 tin kecil tomato puree atau ikut kesesuaian kemasaman yg disukai
4 sudu rempah kuzi
2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawan, 2 biji pelaga hindi, 3 kuntum cengkeh
3 sudu kismis
1 paket safron
2 inci halia
2 sudu buah badam/kacang tanah pun boleh.
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara-Cara:
– Potong ayam 20 ketul
Ads
– Perap dgn halia tumbuk, garam dan safron. Biarkan sejam.
– Hiris bawang merah, goreng dalam minyak banyak jangan terlalu garing, bila nampak hampir kuning angkat. Bawang akan garing dengan minyak yang masih panas yang melekat pada bawang.
– Toskan kemudia blend guna mesin kering.
Ads
– Minyak yang sama, goreng ayam, kalau perlu tambah 2 sudu minyak sapi untuk elak ayam dari melekat. Goreng separuh masak, jangan garing.
– Toskan, dalam minyak yang sama goreng kismis dan badam.
– Panaskan sedikit minyak baru dalam kuali lain, tumis kulit kayu manis dan kawannya.
Ads
– Bancuh rempah kuzi dengan sedikit air.
– Bila naik bau wangi bahan tumis tadi, masukkan rempah. Kacau hingga sebati dan wangi. Guna api perlahan. Bila wangi, matikan api.
– Dalam periuk lain agak besar. Masukkan susu cair, bawang goreng blend, tomato puree, sos tomato, air, kacau hingga tiada ketul.
– Masukkan rempah yang ditumis tadi, kacau sebati. Hidupkan api, masak hingga menggelegak, bila wangi, masukkan ayam goreng.
– Masukkan badam, garam, gula, kismis. Boleh tambah gula dan garam jika perlu. Biarkan sekejap atas api perlahan. Angkat dan siap.
Kalau sebut pasal tempat makan best kat Shah Alam, memang tak sah kalau tak masukkan nama Restoran Sisik Medan Ikan Bakar dalam senarai ‘port’ makanan untuk keluarga. Terletak di Seksyen 13, restoran ini yang beroperasi pada tahun 2013 bukan sekadar tempat makan ikan bakar biasa.
Ia adalah simbol kejayaan dan usaha gigih seorang wanita, Puan Noralinda Norjaya, yang berjaya membawa cita rasa asli dari gabungan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Pahang. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik kejayaan hari ini, tersimpan satu kisah penuh keberanian dan pengorbanan.
Semuanya bermula apabila seorang sahabat kepada Puan Linda yang ketika itu mengusahakan restoran ini, terpaksa menghentikan operasinya selepas hanya enam bulan beroperasi. Atas dasar simpati dan persahabatan, Puan Linda yang masih bekerja sepenuh masa ketika itu, memberanikan diri mengambil alih restoran tersebut.
Walaupun hati dilanda keraguan dan bimbang jika tersalah percaturan, beliau tetap yakin dengan niat baik dan potensi yang ada. Dengan sokongan penuh daripada suami, serta semangat untuk mencuba sesuatu yang baru, Puan Linda nekad mengorak langkah. Siapa sangka, keputusan yang pada awalnya nampak berisiko itulah yang menjadi titik tolak kepada kejayaan besar hari ini.
“Sisik di buka tanpa dirancang. Pada awalnya untuk membantu kawan baik yang ketika dalam keadaan susah dan tidak dapat teruskan perniagaannya walaupun sudah beroperasi selama enam bulan,” jelasnya.
Dengan tindakan tersebut, Puan Linda mengakui beliau sememangnya dilanda kebimbangan, apatah lagi dunia perniagaan makanan bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila keputusan untuk mengambil alih restoran itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa sempat berfikir panjang.
Namun berkat sokongan suami, keluarga dan kawan-kawan, restoran ini berjaya mengharungi cabaran sehingga dikenali ramai sebagai restoran ikan bakar yang menyediakan masakan melayu kampung.
Katanya lagi, nama “Sisik” dipilih bersempena dengan konsep utama restoran ini yang menampilkan pelbagai hidangan berasaskan makanan laut. Di sini, masakannya berteraskan masakan melayu yang membangkitkan selera, sekali gus mengingatkan rasa rindu masakan ibu di kampung.
DEKORASI ALA DEWAN PERKAHWINAN
Melangkah sahaja masuk ke Medan Selera Sisik, terasa seolah-olah menjejakkan kaki ke dalam sebuah dewan jamuan perkahwinan. Suasana begitu memukau dengan dekorasi bunga dan daun tiruan yang digantung indah dari siling, mencetuskan suasana ala-ala garden wedding yang romantik dan menenangkan. Laluan berkarpet yang membentang menuju ke barisan hidangan laut segar membuatkan mata terpaku dan hati terus teruja.
Bukan itu sahaja, susun atur meja dan kerusi yang kemas dan teratur menambah lagi keselesaan untuk pengunjung menjamu selera. Lebih menarik, makanan laut di sini dibakar secara live di hadapan pelanggan – panas-panas terus dari dapur ke pinggan! Aroma yang menusuk hidung dan suasana yang meriah membuatkan pengalaman makan di Sisik benar-benar luar biasa.
MENU PILIHAN RAMAI
Apabila ditanya mengenai keistimewaan restoran ini, yang membezakan dengan yang lain ialah penggunaan resipi turun-temurun yang diwarisi daripada keluarga Puan Linda yang berasal dari Negeri Sembilan dan suaminya dari Pahang. Gabungan dua negeri ini menjadikan setiap hidangan di sini unik dan kaya dengan pengaruh tradisi masakan mereka.
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah ikan patin bakar bersama tempoyak satu olahan istimewa yang jarang dijumpai. Bukan itu saja, pelbagai jenis ikan laut, sotong dan udang juga turut disediakan dengan kuah tempoyak yang pekat dibakar dan enak di makan panas-panas.
Nyata, restoran ini cukup terkenal dengan konsep makanan laut segar dan masakan kampung yang padu rasa. Hidangan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, yang diternak sendiri di air bukit, menjadikan rasanya segar dan langsung tak hanyir. Menu signature lain yang buat pelanggan repeat berkali-kali termasuklah Siakap Bakar Tempoyak, Sotong Bakar Madu, Udang Goreng Berempah, dan Kambing Bakar yang juicy dan lembut. Bagi yang rindu rasa kampung, jangan risau sebab Sisik juga ada Daging Salai Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Bakar dan Ulam Terung Pipit menambah selera.
RUANG ‘INTIMATE’
Apa yang lebih menarik, restoran ini kini berkembang bukan sahaja dari segi menu, tapi juga dari segi servis dan suasana. Mereka kini menyediakan ruang eksklusif yang intimate dan sangat sesuai untuk pelbagai majlis istimewa. Sama ada nak buat family gathering, majlis pertunangan, sambutan hari jadi, akad nikah atau event korporat,
Restoran ini menyediakan ruang intimate berhawa dingin yanga boleh memuatkan 100 orang. Ruang ini disediakan dengan dekorasi yang cantik, selesa dan penuh privasi. Suasana restoran yang tenang dan kemas memang cukup ideal untuk cipta kenangan indah bersama orang tersayang. Banyak pelanggan datang bukan sekadar nak makan, tapi nak menjadikan restoran ini sebagai tempat rasmi untuk moment penting dalam hidup mereka.
Melihat perkembangan restoran ini, jelas menunjukkan bahawa kejayaan bukan datang sekelip mata. Ia memerlukan kesungguhan, konsistensi dan semangat untuk terus belajar dan berkembang. Puan Linda berjaya membuktikan bahawa masakan warisan keluarga pun boleh jadi satu empayar makanan yang besar, asalkan kita tahu cara nak persembahkan pada dunia. Kini, Restoran Sisik bukan sahaja digemari pelanggan setempat, tapi turut menjadi pilihan ramai dari luar kawasan, malah dari negeri-negeri lain yang sanggup datang semata-mata nak rasa sendiri keenakan hidangan di sini.
Jadi buat yang tercari-cari tempat makan yang bukan sahaja sedap tapi juga selesa, sesuai untuk acara istimewa dan harga yang berbaloi dengan portion besar Sisik Medan Ikan Bakar adalah jawapannya. Datang sendiri dan alami sendiri suasana di sini yanga pastinya menjadi momen manis buat keluarga. Apa lagi jom singgah ke SISIK MEDAN IKAN BAKAR, KELAB SHAH ALAM (Dalam kelab), Section 13, Shah Alam Selangor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rajin memasak di dapur itu tidak salah. Namun kadangkala kealpaan kita sewaktu memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun,jangan bimbang dan gusar, kami kongsikan petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
1. Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
2. Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
3. Garam dan Limau Nipis
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
4. Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
5. Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
6. Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...