Apa kata ibu-ibu cuba cek peti ais di rumah anda, tentunya ada tersimpan lebihan ubat-ubatan di dalamnya. Paling tidak, ubat demam anak mesti bukan satu malah beberapa botol ada di dalam peti sejuk. Betul bukan?
Tahukah anda, sebenarnya ubat demam yang telah dibuka tidak boleh disimpan lama dan bila digunakan untuk meredakan demam akan memberi kesan yang sebaliknya. Bukan tambah kebah malah boleh mendatangkan penyakit lain pula.
Jadi ikuti pengalaman ibu muda Puan Nurasykin dalam hal ini dan semoga perkongsian ini memberi info dan manfaat bersama.
BAHAYA SIMPAN UBAT DEMAM
Ada sekali waktu tengah malam, anak sulung kak ekin tetiba demam panas sampai 40’c. Apalagi cecepat keluarkan botol paracetemol dan suap pada anak.
Suhu turun sikit tapi badan masih panas. Kak ekin pun lap-lap badan anak bantu turunkan suhu. Alhamdulillah, demam makin kebah.
Tapi pagi esoknya kak ekin perasan, badan anak depan belakang penuh dengan tompok ruam. Kulit kering bersisik. Anak mula nampak menggaru tak senang dan demam balik.
Kak ekin sangka anak kena campak keladi. Tak fikir panjang terus bawa ke doktor takut sakit makin melarat.
Ads
Sampai sana doktor bagitahu, simptom ni biasa kena kalau termakan ubat demam yang dah lama.
Baru kak ekin tahu, rupanya tak boleh kita simpan semula ubat demam yang dibuka. Kena habiskan dalam masa sebulan.
Apalagi, balik rumah terus buang semua ubat-ubat yang ada dalam petiais. Nasib baik lah anak cuma naik alergi. Tak ada apa yang mudarat.
Dalam seminggu jugak lah ruam alergi tu nak hilang. Itu pun sebab dah sapu dengan minyak terapi. Anak takde nak bergaru sangat bila pakaikan minyak tu. Tidur pun lena.
Jadi ibu ayah yang suka simpan ubat demam dalam petiais, tolong buang sekarang kalau taknak mengundang penyakit.
Ads
Melainkan penutup ubat tu belum pernah dibuka. SEBABBBBB…
Bila penutup dah dibuka tu, udara luar yang mengandungi bakteria, wap air dan fungi akan masuk ke dalam botol. Dan menyebabkan bakteria merebak dan merosakkan bahan aktif di dalam ubat.
Lagi bagus simpan ubat yang belum dibuka ditempat yang kering dan jauhkan dari sinaran matahari. Supaya kandungan ubat tak terjejas.
Jadi ibu ayah semua beringat lah.
Elak sebelum kena.
Ads
Mak dah Insaf!
#Share supaya ibu dan ayah yang lain pun beringat.
Update :
Tarikh luput bergantung pada cara penyimpanan. Ada pharmacist bagitahu 2 bulan. Ada yang 3 bulan. Ada juga doktor yang suruh buang terus lepas demam baik.
Macam anak kak ekin suka buka petiais tak tutup balik. So lagi la selalu botol tu berwap sebab simpan bahagian pintu peti ais. Jadi kak ekin nak selamat, buang lepas 1 bulan tempoh buka.
Apa pun, better ibu ayah rujuk pada doktor untuk dapatkan kepastian. Kadang simptom lebih kurang tapi sakitnya tak sama. Kak ekin cuma sampaikan apa yang doktor terangkan pada kak ekin ikut keadaan anak masa tu.
Patutlah Ramai Share, 16 Tip ‘Fun’ Supaya Anak Kecil Suka Solat Raih Perhatian
Ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak yang semakin besar dan tidak lama lagi akan melangkah ke sekolah menengah masih belum cukup solatnya.
Mungkin sikap ibu ayah menganggap anaknya masih kecil tidak perlu mendesak anak. Namun hakikatnya cara ini tanpa sedari ia tidak mendidik anak mencintai kepada solat.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi jangan tunggu hingga anak besar akil baligh, didiklah dari awal supaya cintanya berputik sejak kecil kepada sayang kepada solat dan rasa bersalah jika tidak melakukan ibadat ini.
Menarik dengan perkongsian daripada Dr Farhuda Zulaikha yang berkongsi 16 tip ‘Fun’ supaya mendidik anak kecil suka kepada solat. Malah perkongsian ini telah meraih perhatian hingga mendapat lebih 3K share!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ujar Dr Farhuda Zulaikha bahawa untuk mendidik anak mengenai solat ini sebenarnya tidak susah.
Ibu ayah yang perlu memainkan peranannya untuk mendidik anak untuk suka kepada solat.
Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil.Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat
16 TIP DIDIK ANAK SUKA SOLAT
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat. Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?
3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.
5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tinggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.
8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.
13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah. Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.
15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat. Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.
Hati ibu mana yang tidak gembira apabila anak-anak menjadi seorang yang begitu berhemah kepada ibu bapa.
Begitulah yang dikongsi oleh pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sering mendapat perhatian ramai dalam caranya mendidik dan membesarkan anak- anak.
Mereka yang tegas dalam mendidik anak, memberi impak kepada anak-anak. Terbaru, Ozlynn ada memuat naik video yang memaparkan anaknya, Nur Latifah Chantiq Hanania sedang memakaikan stoking dan kasut Ozlynn.
Boleh dikatakan, setiap rumah pada hari ini mesti ada peti sejuk. Adanya peti sejuk cukup memudahkan kita untuk memastikan makanan dapat disimpan di dalam keadaan segar dan kekal elok untuk jangka masa yang lama.
Pun begitu, jika tidak diurus dengan baik setiap makanan yang disimpan di dalam peti sejuk, bimbang juga akan mendatangkan bau yang kurang menyenangkan dan akhirnya menjejaskan kualiti makanan yang disimpan.
Bagi memastikan hal ini tidak berlaku, dan untuk menjamin peti ais mempunyai bau yang segar, ada petuanya iaitu dengan menggunakan 5 bahan istimewa ini. Jom semak.
1. Gunakan Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Gunakan Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Gunakan Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Gunakan Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5.Cuci terlebih dahulu
Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di