Satu kelegaan yang maha hebat bilamana disahkan oleh doktor bebas sepenuhnya daripada menghidap penyakit kanser yang pernah dihidapi sejak tahun 2014. Tenang dan bersyukur dengan ujian yang maha darsyat ini.
Tapi ketenangan bukan lagi miliknya kini. Semakin perit dan terhimpit kala diberitahu oleh doktor bahawa kanser yang menyerangnya dua tahun lalu kembali menyerang tubuhnya kini.
Bagi Wan Musfirah Aimi Wan Sufian, 34 tahun, yang juga merupakan ibu kepada dua model dan pelakon kanak-kanak, Nik Harraz Danish dan Nik Hadiff Dani, serangan kanser kali kedua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang malah dia tidak pernah menyalahkan takdir. Dia tahu Allah memilihnya untuk merasai semua ini dan pasrah dengan laluan yang dilaluinya ini.
“Menyebut kanser memang tidak mudah, namun itulah yang dilalui saya. Semuanya bermula selepas wujudnya ketulan di kedua-dua payudara saya setiap kali saya mengandung. Memang ketiga-tiga kandungan saya, saya mengalami masalah yang sama, adakalanya ketulan di sebelah kiri dan adakalanya di sebelah kanan payudara pula.
“Bila berdepan dengan masalah ini setiap kali mengandung, saya jangkakan ia tidaklah mendatangkan bahaya. Masa mula mengandung anak pertama, sebaik melahirkan anak saya menjalani pembedahan membuang ketulan tersebut dan begitulah rutinnya sehingga anak ketiga.
Ia tidak sakit malah saya tak rasa apa-apa sehinggalah tahun 2014 bila mana saya rasakan seperti ada urat membengkak di bahagian ketiak kiri saya.
Tidak mahu terus bertanda tanya, saya rujuk masalah saya ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang. Saya menjalani ujian ultra sound dan hasilnya tidak ada apa yang merisaukan saya. Namun doktor menyarankan saya untuk mencuba ujian mammogram pula. Namun hasilnya tetap sama, tiada sebarang komplikasi yang tidak diingini kepada masalah urat di payudara kiri saya. Saya lega seketika.
Ads
Namun selepas dua minggu, saya kembali ke hospital semula dan menjalani ujian Core Needle Biopsy’ atas saranan doktor yang merawat saya. Empat hari selepas menjalani ujian, saya ke hospital semula dan ketika itulah saya diberitahu saya menghidap kanser payudara.
Semuanya telah terjawab. Saya ingat lagi tarikh itu, 24 Januari 2015. Saya redha dan pasrah,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini lagi.
Tidak mudah bagi kita namun wanita ini menerimanya dengan tabah hati kerana sudah menjangkakan semua perkara sebegini sejak awal lagi.
Kanser Kali Kedua
Ibu tiga anak ini juga mengakui tidak mudah menerima keputusan doktor sekali lagi selepas bebas selama dua tahun daripada sel kanser.
“Disember 2017 akan menjadi tarikh keramat sekali lagi buat saya. Selepas mengadu sakit kaki iaitu pada bahagian pinggul, saya buat pemeriksaan seperti biasa. Saya buat rawatan fisiologi tetapi masih sakit. Akhirnya doktor sarankan untuk saya buat scan dan ketika itulah baru saya tahu kanser saya menyerang sekali lagi.
Ads
Hampir gugur jantung apabila doktor memberitahu sel kanser saya sudah merebak ke tulang kaki. Saya rasa kecewa yang teramat sangat. Tekanan akibat suami diberhentikan kerja pada akhir tahun lalu buat saya jadi tertekan. Tekanan yang saya alami buat sel kanser kembali merebak pada saya. Itu yang doktor nyatakan kepada saya.
Kata doktor sel kanser menyebabkan tumor dalam tulang pecah dan terkeluar. Itulah yang menyebabkan saya sakit pada bahagian pinggul. Saya perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 15 kali namun malangnya kesannya akan buat saya menapouse. Saya akur dengan kata-kata doktor walaupun pahit untuk menerima semuanya.
Pun begitu, walaupun selepas 15 kali menjalani rawatan, masih tiada sebarang tindak balas malah sel kanser mula menyerang tulang belakang saya. Doktor kemudiannya meneruskan rawatan kimoterapi sebanyak enam kali kepada saya,” luahnya lagi.
Mahu Teruskan Hidup Dengan Gembira
Bagi wanita yang berkhidmat dengan Maybank dan masih berada di dalam cutinya selama enam bulan ini lagi, bersedih dan mengenang nasib akan takdir hidupnya bukan lagi pilihan yang ada.
Ads
“Jujurnya saya mahu enjoy dan gembira dengan apa yang saya lalui setiap hari. Sebolehnya setiap kali bangun setiap pagi saya mahu gembirakan diri sendiri dan keluarga dan buat semua perkara yang menggembirakan hati saya.
Saya mahu terus bangkit dan bersemangat demi suami dan anak-anak yang saban hari menyokong kuat perjuangan saya. Merekalah tulang belakang sepenuhnya untuk saya terus kembali ceria.
Tak ada sebab untuk saya menyerah kalah pada takdir sedangkan suami dan anak-anak terus kuat menyokong saya.Setiap kali menjalani rawatan kimoterapi suami akan menguruskan anak-anak dan kesemua urusan rumah. Begitu juga dengan anak-anak yang akan behave dan sentiasa menjaga hati saya dalam segala hal. Sebolehnya mereka tidak mahu membebankan saya.
Jujurnya saya sudah penat untuk mengadu domba dengan sesiapa sahaja akan kesakitan yang saya alami. Saya hanya mahu lalui apa yang Allah sudah aturkan buat diri saya dengan sebaiknya.
Tak ada waktu untuk saya dari terus berfikir mengapa dan kenapa saya ditakdirnya untuk jadi begini. Makin bertambah stres dibuatnya. Saya redha dengan semuanya. Bagi saya kini hidup perlu lebih tenang dan gembira tanpa ada sekatan apa-apa,” ujarnya penuh semangat, positif dan yakin pada diri sendiri.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Julai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesejahteraan sesebuah keluarga itu bermula daripada suami isteri itu sendiri. Kaya atau miskin tetap punya cara tersendiri untuk menghargai pasangan.
Begitu juga Datin Sri Nur Shahida merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang juga anak pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.
Muat naik video di Instagramnya yang memaparkan suaminya terlena di kerusi rehat. Hatinya sebak melihat raut wajah kepenatan suaminya yang bekerja keras untuk keluarga.
Dengan kapsyen ringkas tapi deep.
Bila tgk @aliffsyukriterlajaklaris sedih pula…penat sangat kerja siang malam kerja demi mencari rezeki buat kami sekeluarga❤️.
Bila tengok tengah tidur kesian sayu…tapi bila dia buka mulut je terus.
Pastinya para isteri sebegitu, wajah suami yang kepenatan itu menyebabkan hati sayu melihat kesungguhan suami untuk membahagiakan keluarga.
Turut memuatkan kata-kata ini ‘sweet’ buat suaminya dalam video berkenaan.
” Saat kau sudah menjadi isteri, sesekali pandanglah wajah suamimu ketika ia terlelap.
“Itulah orang yang tiada hubungan darah dengan mu namun tetap terus berusaha mencintaimu.
“Itulah tangan yang bekerja keras mencari rezeki untuk menafkahi dirimu dan anak anakmu.”
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak cantik dalam masa yang pantas memang bukannya senang. Selain harus menjaga disiplin diri, hati kena kuat. Lebih-lebih bagi seorang wanita bergelar ibu.
Mana tidaknya, menguruskan anak serta mempersiapkan segala urusan rumah tangga memaksa wanita lebih cergas dan soal berdiet, adakalanya wanita terlepas pandang.
Macam mana ibu yang berdiet kalau sentiasa menyediakan juadah yang enak buat suami dan anak-anak. Ibu pun akan turut sekali makan dengan berseleranya. Sudahnya diet entah ke mana. Tak gitu?
Walaupun sukar untuk berdiet, menjaga pemakanan yang sihat adalah yang perlu wanita lakukan untuk mengekalkan kesihatan dan sekaligus tampil cantik. Soalnya bagaimana?
Amal Detoks
Seharian makan bermacam-macam jenis makanan, ada baiknya anda lakukan detoks pada keesokkan paginya. Lemon dan buah-buahan sitrus lain antara yang patut anda amalkan.
Hiris kesemua buah di malam hari dan simpan di dalam peti sejuk. Minum keesokan harinya dan ulang setiap pagi. Mudah bukan?
Air Serai Kunyit
Air campuran herba memang baik untuk kita amalkan setiap hari. Bagi wanita, amalan air rebusan kunyit dan serai yang direnehkan bersama sedikit madu atau gula perang adalah minuman terbaik untuk dalaman wanita. Kena amalkan!
Campuran Air Timun
Kalau tak mampu berdiet sekurang-kurangnya wanita kena elakkan makan snek ringan. Apabila rasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun.
Kisar sendiri dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini bukan hanya hilangkan rasa lapar tetapi baik untuk kesihatan.
Tolak Tepi Makanan Proses
Selain snek, elakkan sama sekali mengambil makanan berproses dengan kerap. Mungkin sesekali makan burger dari kedai makanan segera memadai.
Janganlah setiap minggu. Kalau di rumah pula jangan dibeli stok makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya. Elakkan!
Kapur vs Limau Nipis
Sesekali kalau anda rajin, sapukanlah adunan limau nipis dan kapur sirih yang diadunkan hingga sebati. Sapukan pada perut dan amalkan petua ini. Kalau rajin usaha insyaallah perut akan rata dan cantik seperti yang kita mahu. Jadi kenalah rajin.
Teh Halba
Petua amalan menggunakan air teh halba ini cukup baik untuk kesihatan. Jadi cubalah amalkan air rebusan ini bersama sedikit limau nipis. Tambahkan sedikit madu jika suka. Sihat luar dalam. Confirm cantik!
Selain amalan petua moden dan tradisional ini, menjaga penampilan adalah perkara yang wajib dilakukan oleh semua wanita. Biar baju tidak sentiasa berganti baru asalkan penampilan nampak kemas setiap masa. Bijak mengenakan suai padan pakaian serta kenakanlah sedikit solekan nipis ke wajah.
Tampil cantik bukan hanya untuk kita rasa lebih yakin tetapi juga untuk kerukunan rumah tangga. Cantik luar dan dalam pastinya buat suami suka!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sikapnya yang suka membantu golongan kurang bernasib baik dan susah sering mendapat perhatian.
Begitulah sikap yang ditonjolkan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri. Jika sebelum ini, beliau menawarkan sumbangan kepada sebuah keluarga yang mempunyai bayi menghidap kanser, terbaharu, beliau sekali lagi menyuarakan hasrat yang sama membantu mereka yang memerlukan.
Jauh disudut hatinya tu pengasas produk kosmetik terkenal ini ingin membantu lebih ramai individu dalam kesusahan.
Sebagaimana yang dinyatakan melalui sebuah majlis selepas menghulurkan sumbangan untuk Yayasan Kebajikan Negara dalam satu majlis bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini.
“Sila tag dan DM, saya akan cuba bantu. Semoga kalau saya mati, mereka itu boleh doakan saya masuk syurga & memajukan bisnes orang Melayu Islam.”
“Saya nak macam2 tapi nak sangat syarikat yang saya bina ni jadi hebat masuk pasaran luar negara.
“Dalam duit kita terselit juga bahagian orang lain, banyakkan memberi insyallah pintu rezeki akan terbuka luas.”
Sumber : Aliff Syukri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di