Baru-baru ini, usahawan terkenal Dato Sri Aliff Syukri memuat naik sekeping gambar bersama ibunya. Dalam perkongsian tersebut, bapa kepada lima cahaya mata ini berkongsi cerita tentang zaman susahnya dahulu.
“cer teka umur sy masa ni brp?? time saya pergi haji masa masa ni mak saya belanja semua dan sy reti bersyukur sbb apa yg saya ada hari ni smua dr dia.
“waktu ni dia lah bawa sy dr kampung ke bandar, duduk hotel selesamasa buat haji , duit poket mak beri, baju lawa, tq mak hargai kri kenagan yg x leh di lupakan masa ni belum kawin lagi..
Ads
Dalam pada itu, Aliff Syukri turut mengakuisegala kenangan tersebut terpahat dalam ingatannya sehingga kini.
Ads
“Syurga anak lelaki itu adalah di bawah telapak kaki ibunya.. tak ada wanita paling bernilai dan beharga dan patut sy ikut arahanya melainkan ibu sy #untiltomorrow @bondarozitaibrahim ❤️ #retihormat #bersyukur #pemohonandiluluskan
“Anak saya tahu nak buat operasi asas. Tapi bila soalan berayat, anak saya macam tak tahu nak selesaikan macam mana. Boleh cikgu bantu?”
Menurut perkongsian seorang guru matemati,Mohamad Hakim menerusi facebooknya beliau sering mendapat pertanyaan daripada ibu bapa mengenai permasalah anak mereka yang kurang faham mengenai subjek matematik. Antara permasalah yang sering ditanya adalah berkaitan dengan operasi asas.
Menyedari akan hal in, beliau berkongsi nota kata kunci yang wajib anak-anak hafal dan faham supaya mudah untuk membuat latihan subjek matematik.
Ikuti ilmu manfaat ini agar anak-anak mudah dan celik matematik.
Saya sering terima permasalahan di atas dan bagi saya perkara ini biasa. Murid ni mereka tak tahu bila masa yang sesuai untuk gunakan empat operasi asas yang ada.
Bila masa nak tambah? Eh, ni darab ke bahagi? Bukan ke soalan ni perlu ditolak?
Bila adanya permasalahan macam ni, sebab tu murid perlu cari keyword ataupun kata kunci yang ada pada soalan yang berayat. Jumlah, biasanya akan melibatkan operasi tambah, kadang-kadang darab. Ia bergantung pada bentuk ayat tersebut.
Dan sebab ini jugalah saya wujudkan nota kata kunci dan minta murid saya hafal. Ia sedikit sebanyak mendatangkan idea dan membantu mereka untuk selesaikan soalan yang ayatnya panjang.
ADA JUGA SOALAN PERANGKAP Namun, jangan terlalu bergantung kepada kata kunci ini kerana wujud juga soalan perangkap yang dia akan twist soalan. Nampak macam tambah, tapi rupanya tolak. Ada soalan begini, tapi tak banyak.
Jadi langkah pertama, hafal kata kunci yang ada. Gariskan setiap kali terjumpa kata kunci pada soalan tersebut. Baca dua ke tiga kali soalan untuk fahamkan betul-betul operasi apa yang sesuai untuk soalan berkenaan.
InsyaAllah, bila dah banyak kali jumpa dan buat soalan berayat ini, murid akan terbiasa. Celah gigi mereka sahaja untuk selesaikan soalan bentuk begini lepas ni. Nah, saya kongsikan sekali lagi nota kata kunci saya ini. Print dan tampalkan di tempat yang senang untuk anak kalian nampak. Moga membantu.
Sumber: Mohamad Hakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini bersempena hari ulang tahun kelahiran anak mereka, pendakwah terkenal dengan kerja-kerja kebajikan menghadiahkan isterinya sebauh beg tangan berjenama.
Menurut Ebit Lew, pengorbanan isterinya melahirkan dan berhabisan wang ringgit membuatkan dia ingin berterima kasih dan meraikan bidadarinya itu. I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini. Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini.
Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya. Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Dulu emas dan duit bank isteri habis digunakan. Masa tu duit susu anak, pampers pun takde. Ya Allah maafkanlah saya Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini. Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah.
Keletah anak dara pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sering menjadi tumpuan ramai. Menginjak usia 9 tahun, Aaisyah memang gemar bergaya. Apa sahaja yang digayakannya sentiasa nampak ‘terletak.’
Persis seorang model, sama seperti ibunya yang mesra disapa Che Ta, gadis kecil ini bijak mengatur langkah ketika berada di depan kamera. Setiap gaya yang ditampilkannya menarik perhatian ramai terutama ketika beraksi persis seorang model.
Aaisyah ternyata menjiwai watak dan menunjukkan riak wajah seperti model berpengalaman sedangkan dia baru berusia sembilan tahun. Bermacam-macam aksi comel Aasiyah dapat kita lihat dari dahulu hingga kini. Gaya bercakap dalam loghat utara pula adakalanya mencuit hati.
“Ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. Tak boleh cari makan ibunya nanti,”
Jom kita jamu mata antara gaya comel Aaisyah Dhia Rana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.