Memastikan adanya masa berkualiti bersama pasangan, sebenarnya dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menyuburkan rasa cinta seperti di awal perkenalan andai terus dipraktikkan dalam rumah tangga.

Namun diakui mencari masa untuk berdua-duaan dengan pasangan tidaklah mudah. Apatah lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan ditambah pula dengan kesibukan suami mencari rezeki, manakala isteri pula banyak habiskan masa dengan mengurus hal rumah tangga.

Walhal itu semua bukan alasan untuk anda berdua tidak ‘berdating’, hal ini perlu diseimbangkan dengan kesibukan anda bekerja dan juga tugas mengasuh anak, urusan keluarga dan rutin mengurus rumah tangga.

Peruntukanlah masa untuk berdua-duaan dengan pasangan. Walaupun sibuk dengan urusan masing-masing, masa bersendirian dengan pasangan sebenarnya adalah momen penting dalam perkahwinan.

Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Dr Taufiq Razif yang menghalang isterinya menjadi ibu 24 jam. Bahkan dia selalu ingatkan dirinya juga bahawa dia  bukan cuma seorang bapa semata mata.

“Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Saya tetap kena ingatkan dia bahawa dia tu bukan cuma seorang ibu semata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.

“Jadi memang nak taknak saya akan ‘paksa’ dia dating dengan saya. Tak kisahlah ke kedai mamak ke, kopitiam ke mall ke atau di tepi sungai ke yang penting saya kena cari jalan untuk rehatkan isteri saya.

“Jadi tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri saya daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumahtangga.”

Balanced Life

“Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.

IKLAN

“Jadi isteri saya pun akan ‘paksa’ saya untuk dating berdua dengannya semata mata untuk rehatkan saya daripada menjadi pencari nafkah sepenuh masa buat keluarga.

“Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insyaAllah nak jadi ibu ke nak jadi isteri ke nak jadi pekerja ke nak jadi bos ke boleh belaka dan yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!”

“Tak Bagi Isteri Jadi Ibu 24 Jam…”-Rupanya Begini Cara Dr Ni Ada Masa Dating Dengan Isteri!

Meninjau di ruangkan komen, ramai antara netizen turut berkongsi coretan doktor ini dengan tag pasangan masing-masing dan rata-rata sedar betapa pentingnya meluangkan masa berdua-duaan dengan pasangan dan tidak kurang juga ada yang memuji cara dr ini melayan pasangannya.

“Baguslah camtu alhmdulillah anda sayang istri anda dan ibu kepada anak-anak anda. Tak ramai yang buat camni even isteri ajak keluar nak release kejap banyak alasan dikata mengada tak dilayanla dimarahla malah disuruh lagi isteri duduk rumah buat kerje rumah je jaga anak-anak, tulis Ummu Asmaa di ruangan komen.

Manakala Suree Chuah berkongsi cara dia dan pasangan menikmati masa berkualiti bersama, ujarnya “Saya dan husband akan coffee/dessert date sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selalunya lepas dinner. Tak lama pun. Dalam 30 minit je.  Kadang-kadang beli kopi dari speedmart duduk lepak kat bangku depan rumah and sembang. Quality time ”

Begitu juga komen daripada Nisrinah Tayib, “Saya pun suka dating dengan suami  Biasanya memang dia la yang ajak.”

IKLAN

Sumber : Taufiq Razif

 

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Tak Bagi Isteri Jadi Ibu 24 Jam…”-Rupanya Begini Cara Dr Ni Ada Masa Dating Dengan Isteri!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI