“Tak Boleh Bayang Kahwin Awal, Lagi Ramai Anak.” Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Umur Terbaik Berkahwin, Ini Reaksi Dr Halina!

Share

Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Angkasawan Negara ini mengakui beliau sedikit lewat membina keluarga apabila mendirikan rumahtangga pada usia 38 tahun manakala Dr Halina berusia 30 tahun.

Kini usianya sudah mencecah 49 tahun dan masih berusaha untuk membesarkan anak-anak yang kecil.

“Saya berkahwin pada usia 38 tahun dan Dr Halina berumur 30 tahun ketika itu. Sangat lewat kerana pelbagai sebab. Dan kini pada usia 49 tahun, saya masih berhadapan dengan keluarga membesar dengan anak-anak berlari sekitar rumah,” ujar beliau.

Malah, Dr Sheikh turut berpandangan bahawa  umur yang terbaik untuk berkahwin bagi seorang lelaki adalah pada usia 32 tahun dan wanita di usia 28 tahun.

“Saya sentiasa merasakan umur yang terbaik untuk berkahwin bagi seorang lelaki adalah pada usia 32 tahun , dan 28 tahun bagi seorang wanita.

“Pada masa itulah anda sudah stabil dari segi emosi dan kewangan, matang, dan berada di puncak karier anda.” Jelasnya lagi

 Perkongsian tersebut mendapat reaksi Dr Halina.  Beliay turut meninggalkan komen dengan memberitahu mereka merancang untuk berkahwin sewaktu dia berusia 23 tahun. Namun, dia beranggapan Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik.

We could have gotten married when I was 23 and you were 31. But Allah has a better plan. Cant imagine kalau dah kawin awal.. Sure lah lagi lah ramai anak.. Hahahahahaha…

Wargamaya turut  berkongsi pandangan dan meninggalkan komen pada perkongsian tersebut.

supercube_klangshahalam For me Dr, perancangan Allah memang terbaik. Me & husband married at the age of 28. Got our 1st baby at the age of 30. Now at the age of 38, I have 4 kids. The youngest one was born the day after your twin on 21/11/2020. Thank you Allah for all these great moment in life 😍
amalinaghanix When you get married at the very young age.. Banyak yang kita akan terlepas peluang.. To me habiskan belajar, kerja setahun dua baru akan kawin.. Like me now.. My dad always advise me not to get married when you are still schooling 😅 pegang duit sendiri dulu! Alhamdullilah for now❤️
sarahshahimah Got married when i was 19 going to 20, during my 1st year of degree (completed double degree + masters) . As for me, there’s no “Best” age to get married as it depends on the individual. Takkan ready lah at any age sebab akan sentiasa ada struggle yang berbeza di setiap tingkat usia😉
chocakewatie bina kerjaya dulu..dah tuai hasil, baru bina family..tak pe lewat pun asalkan anak2 hidup dalam suasana yang berkualiti. mampu beri yang terbaik untuk anak2. pendapat saya la
mrsnadia_ Between 27 to 32.. good to start a family. But early or late.. doesnt matter. As long as we have goals in creating a quality family.

Sumber: drsheikhmuszaphar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN