Perkahwinan bukanlah sekadar memberikan hadiah dan melakukan kejutan buat pasangan setiap bulan atau tahun untuk meraikan sesuatu.
Namun ia lebih daripada itu. tanggung jawab itu yang harus diutamakan. Namun adakalanya, timbul konflik dek kerana benda yang remeh-temeh. Sebagai contoh, merajuk pasangan terlupa hari lahir atau ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Tapi sebenarnya ingatan itu bukan pengukur kasih sayang dalam rumah tangga. Tiada surprise dari pasangan tidak bermakna mereka tak sayang kan? Kalau betul tak sayang, takkan sanggup mengambil risiko untuk hidup bersama kan. justeru, dalam rumah tangga, elakkan terlalu sensitif untuk hal yang remeh.
Ads
Seorang pengguna Twitter iaitu Hadi Nor telah berkongsi nasihat paling win tentang kematangan dalam perkahwinan. Memang sesuai untuk yang masih belum berkahwin dan juga yang sudah bergelar suami isteri.
Perkongsian tersebut telah meraih lebih 7 ribu retweets. memang Deep!
Baru memasuki hari kedua berpuasa, pasti sekarang ini ada ibu-ibu yang tengah membelek menu untuk hidangan berbuka nanti kan. Dah dapat ilham belum apa nak dimasak petang nanti.
Apa kata cuba resipi Nasi Arab yang cukup mudah ini.Tak payah nak fikirkan bab perencah Nasi Arab, guna apa yang ada di dapur anda je.
Bagi yang tengah mencari menu tu, apa kata cuba resipi Nasi Arab yang dikongsikan oleh puan Nur Aisya
NASI ARAB SENANG JE.
Try buat nasi arab pakai bahan2 kat rumah je… Alhamdullilah menjadi dgn jayanya…
Menu berbuka semalam😍 utk 6 org makan
Kongsi jgk la mana tau ada yg berkenan🤗🤗
Untuk resepi nasi dan ayam ada kt setiap gambar dengan step2 nya sekali… Ni resepi utk salatoh dan salsa👇
Salsa/sambal arab
Cili api Cili besar Tomato Bawang putih Daun ketumbar Garam sedikit (blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato Timun Bawang besar (potong kiub bahan2 diatas) Pudina hiris (sy guna ketumbar gak.. Benda takde😂) Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon. Siap!
Cara buat nasi
Ok part ni paling penting utk dapatkan rasa nasi arab tu
Ayam sy guna 3 whole leg Bwng besar 1 biji (klu besar guna separuh) Tomato 1 biji 1 sk jintan manis 1 sk lada hitam 1 sk biji ketumbar Buah pelaga 3 biji 1 kiub ayam 1/2 sk serbuk kunyit 1 sk rempah kurma 2 sudu minyak masak Sedikit garam
Rebus sampai ayam masak… Air rebusan tadi digunakan utk masak nasi.. Dan selebihnya saya buat sup utk makan dengan nasi.. Sedap.. Rasa sup berempah.
Angkat ayam dr air rebusan.. Saya perap guna bahan ni👇
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
Madu/gula 1 sudu
Minyak masak 2 sudu
(perap kejap je sambil2 siapkan nasi)
Lepas tu panggang
bakar pada suhu 150 api atas sahaja.. 30minit… Nnti dh bakar 15minit.. Keluarkan sekejap.. Sapu lebihan bahan perap td. Nanti ayam kilat dan cantik
ni bahan2 tumis utk nasi.
Bwng besar sebiji
Halia 1 inci
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Panaskan majerin/butter dan klu nk sedap minyak sapi.
Masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan td.. Tumis smpi garing yer.
Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehingga garing.. Baru nasi sedap.
Beras basmathi rendam dlu 30minit yer
Air rebusan ayam td.. Masukkan dlm periuk.
Beras dah siap macam ni… Kalau beras biasa sukatan mcm biasa la yer.. Tp klu basmathi sy guna 1 cup beras = 2 cup air.
Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi sy lebih suka aroma panggang.
Nasi dah pon siap… Bila nasi dah kering.. Tuang la pewarna.. Minyak carotina ke(ni Mohd Radzi Azizi ajar🙄)..tutup dulu.. Lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa.. Daun ketumbar… Ni yg buat bau dia sedappp…
Dah siap. Hidangla mcm mana pon.. Asal kenyang. Sup tu saya ambil dr air rebusan ayam td. Untuk salsa dan salatoh… Resepi kat atas yer
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seperti pepatah ‘bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan’, begitu jugalah dengan alam perkahwinan. Tiada perkahwinan yang dapat lari daripada cabaran dan dugaan yang datang dari pelbagai cabang. Malahan tidak dinafikan, ada juga ‘pengacau’ yang hanya menunggu masa untuk meruntuhkan sesebuah rumah tangga itu. Jadi anda rasa, wajarkah untuk mengadu konflik rumah tangga di media sosial?
Percaya tak kalau sesebuah perkahwinan itu boleh musnah hanya melalui hujung jari? Itulah ‘kuasa’ keyboard warrior yang mungkin ramai tidak sedari. Nak tahu kesannya? Jom tengok perkongsian dari Asyikin Md Isa ni.
Kesan mengadu di media sosial
Pendapat yang mengelirukan
Keburukan paling utama apabila berkongsi masalah di media sosial adalah ia membuka ruang yang luas untuk menerima pendapat dan pandangan yang salah. Lebih membahayakan apabila anda yang sedang dalam kekeliruan disogokkan dengan pendapat mengelirukan. Keadaan ini akhirnya boleh membuatkan anda dan pasangan lebih cenderung menggunakan emosi dalam pertimbangan hal berkaitan rumah tangga berbanding akal yang waras.
Sering kali pendapat diberikan di media sosial ini adalah daripada individu yang turut pernah melalui pengalaman sama. Jadi sedikit sebanyak boleh menyebabkan apa yang dikatakan individu itu lebih menjurus kepada emosi.
Sebaiknya jika perasaan, emosi dan fikiran anda sedang bercelaru, elakkan daripada berkongsi masalah secara terbuka. Ini adalah perkara yang perlu anda lakukan sekiranya anda masih mahu mencuba untuk memperbaiki keadaan dan hubungan dengan pasangan.
Menimbulkan salah faham
Di dalam kitaran media sosial anda, pastinya terdapat ahli keluarga anda sendiri, bukan? Jadi apabila anda mengadu masalah yang dihadapi, ia secara tidak langsung akan menimbulkan keaiban kepada pasangan dan menjadikannya topik perbualan individu di sekeliling anda.
Selain mendatangkan keaiban, perbuatan mengadu di media sosial ini juga boleh menyebabkan salah faham dan buruk sangka apabila ada yang menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Tidak mustahil untuk konflik rumah tangga yang dilalui menjadi lebih kronik kerana ‘cakap-cakap’ individu di sekitar anda.
Kemelut semakin kronik
Kita tidak boleh membaca fikiran individu lain. Mungkin ada antara rakan anda yang tampak sangat prihatin mengenai masalah yang anda hadapi. Tetapi pada dasarnya dia mempunyai niat lain. Jadi boleh anda bayangkan apa yang mungkin akan berlaku?
Tak boleh bayangkan? Beginilah, dalam keadaan anda sedang beremosi dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak, kebiasaannya anda tidak akan boleh berfikir dengan waras. Jadi apabila dalam masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menghasut anda untuk membuat keputusan yang mungkin akan anda sesali, ia secara tidak langsung hanya menjadikan konflik rumah tangga anda lebih buruk. Elok-elok rumah tangga anda masih boleh diselamatkan, terus hancur berkecai, haaa…kan naya tu?
Tip mengendalikan konflik rumah tangga
Jadi bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang timbul?
Saluran yang betul
Sebenarnya tidak salah untuk anda berkongsi atau meluahkan apa yang anda alami. Perbuatan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan dan mengurangkan tekanan yang anda lalui saban hari.
Tetapi sebaik-baiknya, berkongsi atau luahkanlah kepada individu yang anda percayai seperti rakan baik atau ahli keluarga. Atau jika anda malu dengan rakan atau keluarga anda, pilihlah untuk berkongsi dengan pakar kaunseling yang bertauliah. ‘At least’ mereka boleh memberikan pandangan dan nasihat yang lebih berkualiti dalam membantu anda mengharungi masalah rumah tangga anda.
Malahan dalam Islam sendiri menganjurkan setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri atau sebagainya hanya boleh diluahkan kepada individu yang layak untuk membantu menyelesaikannya seperti kaunselor, ustaz atau ustazah, peguam mahupun kawan rapat serta hakim ketika berada di dalam kamar mahkamah.
Hentikanlah berkongsi dekat media sosial ye? Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membina keluarga bahagia bersama pasangan tentunya menjadi impian dan harapan setiap insan yang berkahwin.
Memahami asam garam, pengharapan dan ujian berumah tangga, fahami juga nukilan daripada Puan Insyirah Soleha ini.
Orang perempuan, selepas berkahwin ketaatan pada suami tiada kompromi dalam hal yang tidak bertentangan dengan syariat. Kalau suami suruh buka tudung, berpakaian ketat, maki ibu ayah, semua tu dah langgar syarak maka isteri tak perlu turuti kehendak suami.
Ada suami, bila beri kemewahan pada isteri dia anggap isteri hak mutlak dirinya sahaja. Isteri nak jumpa keluarga, tak boleh. Isteri nak balik ziarah ibu ayah pun tak boleh. Adik beradik isteri nak datang ziarah pun tak boleh. Isteri yang sami’na wa ato’na sentiasa letak suami nombor satu dalam hidup, sebab dia nampak suaminya satu-satunya jalan ke syurga sampai goyang silaturrahim dengan keluarga.
Mak ayah menangis sedih dengan sikap anak perempuan, adik-adik kecil hati dengan perangai kakak, abang-abang rindu nak jenguk adik tapi dah adik perempuan tak boleh berjumpa sesiapa hanya kehidupannya untuk suami dan anak-anak.
Satu hari, suami beritahu nak berpisah sebab dah ada orang lain yang lebih dekat di hati. Siapa yang sudi nak beri tangan dan bahu kalau bukan ibu ayah tua yang tetap sayangkan anaknya? Siapa lagi yang diharapkan untuk ‘kutip’ semula bawa pulang ke rumah kalau bukan abang-abang yang selama ni rindu nak jenguk adik perempuan? Siapa lagi yang nak hiburkan kalau bukan adik-adik?
Begitulah ujian.
Bila bahagia, jangan buang keluarga. Ibu ayah beriman tak ada yang nak tengok anak susah dan kecewa dengan pasangan. Ibu ayah bertakwa redha sahaja anak perempuan tak balik-balik rumah sebab dia tahu seorang isteri adalah di sisi suami.
Bukanlah sampai kena pinggirkan suami untuk jaga hati ibu ayah sampai hak suami pun ditindas. Jagalah silaturrahim dengan ibu ayah dan adik-beradik.
Masa saya nak kahwin 10 tahun lalu, semua orang hairan ibu ayah saya tak menangis sedih pun. Mereka ceria dan senyum, bapa saya siap buat lawak nak bagi hilang gemuruh suami sebelum akad nikah sampai semua orang ketawa sama.
Simple saja pesanan ibu ayah,
“Perkahwinan ni bukannya kehilangan anak, tapi dapat lagi seorang anak. Tak ada apa nak disedihkan.”
Mungkin orang akan kata, tak semua ibu ayah fikir begitu. Ya, rezeki saya ibu ayah fikir begitu. Kita yang jadi anak dan menantu pun kena juga beradab dan hormat keluarga baru sama seperti keluarga kita juga. Adik beradik suami, dihormati sama seperti adik beradik sendiri.
Jaga silaturrahim.
Berpuasa, sedekah kepada orang lain, bayar zakat, rajin solat sunat dan tahajud sebanyak mana pun kalau mulut suka menyakitkan hati, neraka juga tempatnya sebab hablum minaLLAH wa hablum minannas.
Hubungan dengan Allah kena A++ Hubungan sesama manusia juga kena A++
Kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga. Kalau yang keluar dari mulut lebih baik dari diam, maka bercakaplah. Kalau apa yang keluar dari mulut pasti menyakitkan hati orang, pilihlah untuk diam.
Kadang, Allah memberi peluang untuk kembali dalam dakapan keluarga dengan cara yang paling sakit, untuk muhasabah dan baiki keadaan sebelum ini.
Ujian
Ia akan jadi manis, bila kembali pada Tuhan.
Sentiasa ada hikmah dalam setiap musibah.
Sentiasa ada solusi dalam setiap situasi.
Kawan,
Letaklah Allah nombor 1.
Rasulullah di tangga kedua.
Pasangan jadi yang ketiga tanpa perlu pinggirkan ibubapa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.