Negaraku, lagu kebangsaan yang sering berkumandang setiap kali acara rasmi atau tidak rasmi berlangsung. Lagu tersebut melambangkan jati diri dan kebanggaan rakyat Malaysia. Satu yang menjadi persoalan, siapakah penulis lagu ini?
Sesudah lebih 46 tahun ketiadaannya, barangkali ramai yang tidak mengetahui Allahyarham Saiful Bahri Elyas hanya pernah menerima ganjaran wang RM1,000 di atas sumbangannya mencipta lagu kebangsaan, Negaraku.
Bahkan, waris Saiful Bahri juga tidak dapat menuntut royalti lagu Negaraku itu yang sudah menjadi hak kekal negara dan disebabkan Allahyarham sudah mengambil ganjaran wang berkenaan.
Anak ketiga arwah, Qus Nafiah, 50, berkata, meskipun wang ringgit bukan ukuran sebenar jasa arwah bapanya itu namun dia sangat mengharapkan nama bapanya menerima pengiktirafan sama seperti seniman lain.
Menurutnya, dia bersama empat beradik yang lain iaitu, Norah Savitri, 54, Soufinaranti, 52, Nurul Adzan, 48, dan adik tunggal lelaki yang diberi nama sama dengan nama bapanya, Saiful Bahri Ahmad, 45, berharap kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu bagi mengenang jasa bapanya itu.
“Arwah bapa dan Allahyarham Tan Sri P Ramlee adalah rakan seni seangkatan yang duduk semeja ketika menjadi juri sebarang pertandingan.
“Kenapa arwah bapa tidak mendapat pengiktirafan sama daripada kerajaan Malaysia, sedangkan lagu ciptaannya dinyanyikan sehingga hari ini.
Ads
“Cukuplah jasa arwah bapa dikenang dan diiktiraf dalam lipatan sejarah Malaysia dan menjadi rujukan generasi hadapan, bayangkan generasi sekarang menyanyikan lagu kebangsaan tetapi tidak tahu siapa penggubahnya, adakah adil buat waris?” katanya ketika ditemui.
Allahyarham Saiful Bahri cukup berjasa buat negara apabila lagu patriotik yang menjadi kebanggaan negara itu terus berkumandang sebagai jati diri rakyat negara ini.
Bukan itu saja, malah bakat luar biasanya turut mewarnai seni negara apabila lagu negeri seperti Selangor, Melaka dan Perak mendapat sentuhan lelaki kelahiran Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia, itu.
Beliau turut menggubah banyak lagu patriotik dan paling diingati Inilah Barisan Kita, Malaysia Berjaya dan Perajurit Tanah Air.
Ads
Menceritakan pengalaman sebagai anak penggubah lagu Negaraku itu, Qus Nafiah berkata, banyak kisah mengenai bapanya diceritakan oleh ibunya, Allahyarhamah Noraini Ahmad, yang mendirikan rumah tangga pada 1968 dan dikurniakan lima cahaya mata.
“Bapa menumpahkan jasa kepada Tanah Melayu dan kemudian Malaysia dengan lirik-lirik gubahannya. Karyanya terkenal dan disiul sepanjang masa bagi membangkitkan semangat patriotisme,” katanya.
Menurut Qus Nafiah, ketika zaman sekolah, ramai rakannya tidak mempercayai insan mencipta lagu Negaraku adalah bapanya, bahkan cucu sendiri tidak percaya kata-katanya yang datuk mereka pencipta lirik lagu kebangsaan.
“Cucu sendiri tidak percaya disebabkan datuk mereka tidak terkenal seperti selebriti ternama lain pada era 1950-an dan 1960-an.
Ads
“Atas sebab itu juga, kami sekeluarga meneruskan usaha ibu sejak 1992 untuk mendapat pengiktirafan buat arwah bapa,” katanya.
Perjalanan seni Allahyarham Saiful Bahri di Malaysia bermula ketika dilamar Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang mengenalinya sebagai pemuzik di Studio Orkes di Indonesia.
Menggunakan nama samaran Surya Buana (SB) ketika berkarya di Tanah Melayu, Saiful Bahri dipelawa menyertai pertandingan mencipta lagu rasmi dan Negaraku.
Ciptaan lagu Saiful Bahri dipilih sebagai pemenang dengan hadiah wang RM1,000 pada 1956.
Lagu Kebangsaan itu asalnya lagu negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan, yang digubah Allahyarham menjadi lagu kebangsaan ketika itu. Selepas dilantik pengarah muzik di Filem Negara, bapa berpeluang menjelajah ke seluruh negara dan bertemu dengan ibu yang menjadi isteri keduanya.
Para suami, di bulan Ramadan yang mulia ini, beri peluang dan ajaklah isteri sama-sama mengumpul pahala. Bukan anda seorang sahaha ingin mengumpul pahala di bulan Ramadan ini.
Kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sering kali menjadi dilema buat para isteri dan mak-mak untuk merebut amalan di bulan Ramadan ini. Jadi sebagai suami, bertimbang rasalah dengan diri sendiri.
Bulan Ramadan Suami Beri Peluang & Ajaklah Isteri Kumpul Pahala Sama-sama
Dalam situasi ini, peranan suamilah yang paling penting agar dapat memahami dan turut memberi ruang yang sama pada isteri untuk melakukan amal ibadah di bulan Ramadan ini.
Berikut perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai renungan;
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan ramadhan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’. Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan-urusan begini makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
Lubuk Pahala Suami
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri. Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga sehingga terabai amalan-amalan dengan Tuhan.
Jangan Nak Lepaskan Diri Sendiri Saja
Emosi & Fizikal Terbeban
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur, kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga para suami bertimbang rasa, dapat memberi sedikit me time buat isteri, merebut ganjaran pahala di bulan mulia ini.
Nampaknya kita sudah ada jaguh pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia yang berlangsung di Cali, Colombia cukup membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Pelari berusia 18 tahun ini berasal dari Ipoh, Perak telah mempamerkan larian ‘luar biasa’ apabila mencatat masa 10.09 saat (s) sekali gus menungguli saingan bagi saringan lapan.
Catatan 10.09s dilakukan Muhammad Azeem dalam saingan saringan lapan itu menyaksikan beliau muncul pelari pertama melintas garisan penamat dengan mengejutkan atlet Jepun berusia 19 tahun, Hiroki Yanagita di tempat kedua dengan masa 10.24s.
Tahniah diucapkan.
Berkongsi fakta lain berkenaan anak kelahiran Perak ini, sebenarnya ada yang menarik tentang figura ini yang sewajarnya dijadikan contoh ikutan atlet remaja yang lain sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang ustaz muhidir.tamjis di akaun facebooknya.
MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Berilmu : 6A SPM
Amal agama : Memakai seluar bertight menutup aurat
Tawaduk : Sujud syukur usai diumumkan memecah rekod kebangsaan. Beliau sedar segala kurnia adalah dari penciptanya.
Tahniah azeem…
Ustaz doakan moga Azeem terus berjaya di semi final seterusnya di final (2022 world athletics u20 championships),
Istiqamah dengan pendirian agama,
Maju dalam pelajaran. Buat kbs beliau sangat wajar diangkat menjadi ikon anak muda negara.
BIODATA MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Nama Penuh: Muhammad Azeem Mohd Fahmi
Nama Popular: Muhd Azeem
Tarikh Lahir: 29 April 2004
Kedudukan dalam keluarga: Anak keempat daripada lima beradik
Sekolah :
– Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdul Aziz
– Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh
– SMK Gunung Rapat, Ipoh
Sukan: Olahraga Balapan
Hobi : Membaca
Cita-cita: Pensyarah dalam bidang sukan
PEMBABITAN DAN PENCAPAIAN :
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) – Olahragawan ( 2014-2016)
Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSP) – Olahragawan ( 2015 – 2018 )
Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSP) – Olahragawan ( 2015 – 2018 )
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Olahragawan L -15 dan Olahragawan Keseluruhan (2018)
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Olahragawan L -15 dan Olahragawan Keseluruhan (2018)
Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019
REKOD BAHARU :
100 meter – 10.09 saat – Pascual Guerrero Stadium, Cali (COL)
200 meter – 20.89 saat – Kuching (MAS)
4×100 meter – 39.09 saat – My Dinh National Stadium, Hanoi (VIE)
Pingat Perak Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 – 4x100m Final 100m Keempat 200 m
2018 Pingat Emas 4×100 m Pingat Emas
– Jemputan Sekolah Sukan, Thailand 100 m, 200 m dan 4×100 m Pingat Emas
– 100 m, 200 m dan 4×100 m Pingat Emas – Innotex Open, Bukit Jalil
– 100 m Anugerah Putera Sukan Negeri Perak 2018 Pingat Emas Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019
– 100 m, 200 m dan 4×100 m Pingat Emas – Innotex Open, Bukit Jalil
– 100 m Anugerah Putera Sukan Negeri Perak 2018 Pingat Emas Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mendidik anak memang mencabar buat ibu ayah. Lagi lah bila ada anak yang ramai. Tambah lagi sekarang dalam tempoh PdPR ramai ibu yang berkerja dirumah perlu melakukan kerja dan mengajar anak.
Sudah tentu ia suatu yang sukar. Namun untuk mengurus supaya emosi kita lebih stabil, sudah tentu ada caranya.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ustazan Aminah Mat Yusof cara mengurus emosi agar dapat membantu anak belajar.
AMALKAN SURAH INI DAN URUS EMOSI
Ustazah bersama pelajarnya sebelum pandemik.
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
Berlapang dada, baru tak salahkan pihak lain
Gambar hiasan
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
Amalkan ayat ini
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.