Rumahku syurgaku, begitulah ibarat yang boleh dilihat kepada sebuah rumah daif yang agak kekurangan ini. Hanya berdindingkan batu bata dan berlantaikan simen biasa, sudah cukup menjelaskan keluarga ini menjalani kehidupan seadanya.
Tapi sikap pembersih dan kemas menjadikan rumah ini selesa dan sedap mata memandang. Begitulah perkongsian beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Febby Ridwan F. Bue telah menarik perhatian warganet.
Siapa sangka, biarpun miskinharta, rumah tetap ditata hias kemas dan tersusun seadanya, sedap mata memandang. Sungguhpun kisah ini disebuah kediaman negara Indonesia namun ia tetap memberi inspirasi global bahawa semua golongan inginkan sebuah rumah yang tenang dan damai serta bersih.
Biarpun tidak mewah tapi boleh ditata hias seadanya mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang pasti, sikap diri sendiri yang menjadikan rumah itu kekal bersih dan tenang.
Ads
Ruang dapur
Meninjau di ruang dapur jelas mengambarkan pemilik seorang yang displin dan teratur. Segala kelengkapan tersusun dengan kemas. Kuali walaupun di gantung tetapi diletakkan sebaris mengikut jenisnya. Manakala bekas lain digantung di tempat lain. Begitu juga dengan sudip yang disusun secara teratur.
Ads
Rak pinggan tidak dibiarkan berselerak. Pinggan diletakkan dengan kemas. Lebih menarik rak pinggan diletakkan bersebelahan dengan meja makan.
Bekas di rak dapur tersusun dengan kemas.
Tema hijau
Sebahagian barang-barang didapati berwarna hijau.
Sungguh inspirasi! Apa yang pasti, kita harus mengurus rumah supaya isirumah sentiasa selesa dan gembira duduk dirumah. Syukur seadanya!
Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, hampir setiap hari kita lihat di media sosial ada sahaja yang berkongsi resipi masakan. Kalau dulu jarang ada masa untuk memasak di rumah, tetapi kini boleh dikatakan pelbagai menu dan resipi dah dicuba. Bahkan, dapat dikongsikan dengan orang lain. Sehinggakan ada resipi yang menjadi viral.
Malah, ada juga yang sebelum ini tidak kreatif, tetapi disebabkan duduk di rumah, pelbagai benda baru yang dicuba.
Dalam satu perkongsian di facebook, ibu ini menggunakan drill suaminya untuk membuat kek disebabkan ketiadaan mixer.
Bunyinya agak melucukan dan tidak pernah dibuat orang, tetapi kreativiti dan idea yang dipraktikkan itu membolehkan dia merealisasikan permintaan anaknya yang ingin makan kek.
Itulah kuasa seorang ibu, demi anak sanggup buat apa sahaja. Tahniah buat puan Mardiah Imar
Anak nak minta kek….. Nak cuba buat sendiri..walaupon x de mixer… Pakai driill suami punya pon jadi lah…. Alhmdulilah kek pon menjadi….
Idea kreatif ibu ini mendapat respond dari orang ramai. rata-rata memuji dan tak kurang mengatakan kek yang dihasilkan juga menjadi.
Makin banyak orang makin banyak ragamnya, begitulah apa yang terjadi di sekolah. Anak-anak kita punya ceritanya yang tersendiri dan cikgu jualah yang sabar dan tahan melayan kerenah anak-anak didiknya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang.
Umumnya anak-anak ini akan membiasakan apa yang lazim dilakukan di rumah, contohnya situasinya sebagaimana yang dikongsikan oleh guru ini. Melihat gambar yang dikongsikan ada yang terasa lucu dan tidak kurang juga tersenyum sendiri mengimbau kenangan dulu-dulu di zaman sekolah rendah. Ada sahaja cerita lawaknya dan tidak kurang juga merasakan ibarat satu ‘tragedi’.
Begitulah kita melalui fasa-fasa dalam kehidupan. Jadi tugas kita kali ini pula, teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket sebagai memori peribadi.
Untuk itu, jom baca perkongsian daripada Cikgu Asmadi Abdul Samad ini.
Tenang semua. Ini bukan gambar kes jenayah ya.
Ini hanyalah salah satu gelagat anak-anak tahun 1 yang masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah.
Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri. Serius ni…Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas.
Jangan terkejut kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kencing dan berak di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah.
Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkung. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangkang tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi.
Pengalaman saya ada dikalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkung. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.
Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab sebab dalam tandas dah dia bukak. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berjoget tak pakai seluar.
Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.
Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Zola, Jangan susah hati wahai ibubapa kebenaran.
Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri.
Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka. Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih.
Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkung atau duduk.
Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan. Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemaluannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan.
Wahai Ibubapa kiriman tuhan, teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik. Bimbang nanti anak-anak tiru, kita juga yang sakit kepala.
Siapa sangka dalam sekelip mata si kecil ini maut selepas terjatuh ke lantai lalu terkena tusukan pisau. Nur Qhaisara Medina Supian, 2, sebelum itu dikatakan meminta untuk minum susu dengan ibunya.
Ibu mangsa Hana Mazlan, 27, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur rumah di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau dekat sini sebelum didatangi mangsa yang mahu minum susu.
“Semasa minta susu saya cakap dekat dia tunggu sekejap saya tengah buai anak bongsu. Dia (mangsa) kemudian pergi ke neneknya yang juga berada di bahagian dapur sebelum terpijak pinggan.
“Dia kemudian jatuh atas pinggan itu sebelum pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. Pisau yang tertusuk anak saya itu adalah pisau melapah daging lembu, namun sebelum itu anak sulung menggupas buah mempelam serta meninggalkannya atas pinggan di lantai,” katanya.
Ibu kepada lima orang anak itu berkata, dia terus memangku anaknya yang tiba-tiba menangis dan mengosok-gosok badan anaknya sebelum menyedari pisau sepanjang 15 sentimeter itu tertusuk di perut mangsa.
“Selepas ibu mentua saya tarik pisau itu dan dia tak sedarkan diri. Kami bawa dia ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Parit Buntar dan disahkan meninggal dunia,” katanya dan menambah mangsa di bawa ke HRPB untuk bedah siasat.
Menurut Hana, semasa kejadian kesemua anaknya yang berumur 9 tahun hingga empat bulan serta kedua ibu bapa mentua berada di rumah dan ketika kejadian mangsa baru sahaja mandi dan tidak berpakaian.
Sementara itu, bapa mangsa, Supian Samsuri, 42, yang bekerja sebagai pemandu jentera di Pertubuhan Peladang Negeri Perak Utara di Titi Serong berkata, semasa kejadian dia sedang bekerja dan kejadian itu dimaklumkan oleh sepupunya kira-kira pukul 10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang sebelum ini tidak banyak ragam, akhir-akhir ini suka menarik perhatian dan banyak ragam.
“Anak saya sebelum ini suka buat hal sendiri, tak kacau orang, tetapi sejak kebelakangan ini dia banyak ragam dan kerap duduk atas pangku saya,” katanya.
Katanya, mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pial Baroh esok.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.