Bahagia itu tidak perlu mewah. Hidup dengan cara kita seadanya. Sudah tentu mahligia yang dibina kekal harmoni.
Buat pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah tentu ada cabarannnya. Ada segelintir pasangan memilih untuk tinggal bersama mertua dahulu. Pada masa yang sama untuk mantapkan ekonomi keluarga.
Begitulah yang dilalui pasangan muda ini. Setelah empat tahun berkahwin, baru tiga bulan hidup berdikari.
Sudah pastinya ada cabaran apabila hidup berdikari. Malah menerusi perkongsian video, akaun TikTok @naziranawawi itu, mendapati pasangan ini begitu teruja dan terharu buat pertama kali membeli sebuah peti ais.
Katanya, mungkin bagi orang lain biasa namun bagi pasangan ini ia momen yang indah untuk dikenang.
“Sepanjang 4 tahun berkahwin, ini pertama kali kami membeli peti ais.”
Dalam pada itu, ruangan komen, pemilik akaun berkongsi bahawa mereka baru sahaja berdikari dengan duit RM300. Selepas tiga bulan baru dapat membeli peti ais.
Ads
Meninjau di ruangan komen, para netizen berkongsi pengalaman yang sama. Malah ada yang meluahkan rasa terharu melihat video berkenaan.
Membawa isteri dan anak-anak makan malam bersama di luar tentunya menjadi sesuatu kegembiraan buat seisi keluarga.
Namun lain pula terjadi pada keluarga ini, momen indah makan malam di sebuah restoran steamboat bertukar insiden ngeri apabila dapur gas mudah alih meletop secara tiba-tiba.
Ini sebagaimana memetik laporan Sinar Harian, makan malam empat beranak termasuk dua kanak-kanak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak ‘steamboat’ meletup dalam kejadian di sebuah restoran di Alam Mesra pada malam Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Roberto Antoni, 28 dan isterinya, Wujon Maria Mae serta dua anak mereka cedera akibat terkena air panas dan letupan berkenaan.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam.
Menurutnya, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari BBP Lintas.
Melecur Air panas & Terkena Api
“Terdapat empat mangsa dilaporkan melecur terkena air panas dan ada juga yang terkena api.
“Dua mangsa kanak-kanak dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian manakala dua lagi diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan lanjut bagi mengelak sebarang bahaya lain di lokasi kejadian.
“Operasi terkawal pada jam 9.35 malam dan ditamatkan selepas semuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Dalam keletihan mengurus anak-anak dan urusan rumahtangga, ada nilai yang sangat mahal dan takkan mampu dimiliki dengan wang ringgit.
Segala pengorbanan dan penat lelah wanita bergelar suri rumah berbayar bila melihat wajah-wajah kesayangan gembira. Lebih bahagia apabila pasangan menghargai selain mendapat bonus pahala dari Nya.
Tak kurang wanita yang bekerjaya, biar sibuk dengan urusan kerja namun tanggung jawab dan status sebagai isteri dan ibu tidak diabaikan. Pulang dari kerja, lengan baju diselingsing untuk menguruskan keperluan suami dan anak-anak biar penat hanya Tuhan yang tahu.
Perkongsian dari pelakon dan juga bekas penyanyi kumpulan Elite ini cukup menarik perhatian. Azza Elite atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari menerusi laman instagramnya menyatakan kekaguman terhadap pengorbanan ibu menyusu, wanita bekerjaya, suri rumah.
semenjak my husband bekerja saya juga part time go shop host ,team parodi meletop ada meniaga sendiri jual bedak sejuk,jual makeupbase jual #eudrasirehbyazzaelite jual blause azza elite. seminggu yg lalu saya take over sepenuh masa s suri rumah.. sb keje blm start.. tanpa bantuan sesiapa saya jaga sendiri didam #ustazadam hehe mencabar sgt.
Huru hara 1st day???nk memerut pun x da dah masa me time dlm tandas?klako?m proudly saying m a housewives.. agh gitchiuu ??tp apa yg saya blajar.. kerja rumah ialah ibadah.
Mudahnya mengutip pahala dirumah.
Membasuh dan menyidai kain baju suami supaya ianya bersih dan boleh digunakan untuk solat dan berkerja. lbadah yang mulia tak terkira.
lstimewa bergelar Muslim bilamana segalanya dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, dapat pahala dengan senang dengan cara menyenangkan orang.
Indah! masak kan makanan untuk family .. pahala besaq.. . Salam hormat saya buat semua ibu menyusu, wanita bekerjaya, suri rumah yang saya kagumi. Mereka juga perlu me time.. trust me..
Tahniah suri rumah!
“Sebab tu jugak saya buat bisnes review dapat lah bantu pendapatan dari rumah ..insyaAllah Allah akan hantar rezeki dengan tidak kita sangka sangka .. jangan perlekeh suri rumah.. sayangku! nampak macam boleh curi rehat. Tidak ya.. masa anak ko tido masa tu la ko nak cuci baju,cuci kain dan masak bila baby bangun masa tu ko kena main dengan mereka pulakk?hehehe.
“Yang paling tak xley bla masa nk membuang takda lagi ketenangan??kecuali mereka tido.. hik hik tp i do enjoy every second of my life rite now.. gile doe!! tapi happy bila tengok ur baby dah kenal org dan nk ikut ko je ???sebab dia tau mak dia yg huru hara ni duk suap susu suap mkn basuh berak main dgn dia calm down kan dia bila dia teghiakkkk
gambo didam nk jln jln kt seming pool 2 minit ja lepas tu ngantukkk??u know la bila baby u ngantuk mengamuk la chuols.. hik hik hik #kisahustazadam#didam
Perkongsian Azza ini mendapat komen dari netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut. Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman sendiri dalam menguruskan rumah tangga.
Bila anak lelaki suka main anak patung, memang kena cepat buat aktiviti lasak. Apabila anak lelaki menonjolkan perwatakan lemah lembut, tentu mak ayah risau kan! Bimbang akan terbawa sehingga meningkat dewasa. Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengupas isu ini daripada perspektifnya. Memang mengejutkan! Moga jadi kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Isu lelaki lembut dewasa ini semakin gamat dan kontroversi. Lebih-lebih lagi kita digemparkan dengan golongan LGBT khususnya, sudah berani bersuara untuk mendapatkan hak kebebasan mereka. Dari segi hukum agama memang salah dan perlu dibanteras dengan segera. Takut-takut mempengaruhi anak kita dengan gejala yang sangat songsang ini.
Saya tak nak ulas banyak sebab ramai dalam kalangan masyarakat tak kira dalam kalangan ulamak, orang politik mahupun rakyat jelata pelbagai bangsa sudah memperkatakannya dengan berharap agar ia dapat ditanggani segera dengan hikmah dan sejahtera bersandarkan agama.
Cuma saya kembalikan semula situasi kepada anak-anak kita yang mungkin akan menghadapi cabaran ini bila mereka meningkat dewasa. Dari segi psikologi perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur taska, iaitu 0-4 tahun, sebenarnya masih belum menampakkan dengan jelas sifat fizikal dan tingkah laku kelakian atau keperempuanan mereka Tetapi pada peringkat prasekolah ke atas, sifat ini sudah mula muncul dan akan lebih ketara berdasarkan tahap kematangan yang dibantu faktor hormon dan persekitaran.
KONTEKS ISLAM
Pengaruh gadget misalnya, sangat mempengaruhi jiwa kanak-kanak melalui perasaan ingin tahu setelah menerima terlalu banyak maklumat sama ada yang baik ataupun tidak. Apabila kita fokus kepada kanak-kanak lelaki khususnya, kecenderungan mereka untuk berada dalam dunia kelakian atau keperempuanan sebenarnya boleh dikenalpasti.
Dalam Islam, sifat kelembutan sang lelaki memang ada dinyatakan dalam Quran dan Hadith. Saya sendiri seorang lelaki lembut. Maksudnya nama saya, Halim itu maknanya lemah lembut. Dan nama tersebut merupakan nama bagi Allah Yang Maha Lemah Lembut. Tapi, untuk menampakkan maksud yang lebih jelas, nama itu perlu berpasangan dengan Abdul, iaitu Hamba Allah. Apabila nama Abdul Halim digabungkan membawa makna Hamba Allah Yang Lemah Lembut.
Jadi apa makna kelembutan dalam Islam bagi seorang lelaki yang nampak kontradik dari sifat lelaki yang lebih diterjemahkan sebagai keras, lasak, bertenaga dan macho?
Berdasarkan pemahaman saya, Islam menghendaki seorang lelaki itu mempunyai ciri kelembutan dalam tutur kata yang sopan, perbuatan yang lemah lembut dalam melakukan kerja yang berhati-hati, serta tenang dalam menghadapi situasi tegang yang memerlukan kita berfikiran rasional dan sejahtera.
DEDAH AKTIVITI LASAK
Jadi berbalik pada persoalan utama, adakah bahaya anak lelaki lembut, atau sebaliknya? Pengalaman saya mengajar prasekolah 15 tahun lepas, pernah berhadapan dengan anak murid lelaki yang bersifat lembut dari segi tutur kata dan perbuatannya. Sebenarnya, bagi saya anak itu didapati cenderung untuk memberikan banyak imej positif yang ditonjolkan dalam diri mereka.
Walaupun dia mudah mesra dengan semua rakan lelaki atau wanita, dia jarang menunjukkan situasi buli atau nakal yang boleh menimbulkan pergaduhan. Dia tekun buat kerja yang disuruh dan sangat sopan bertutur kata disebabkan suaranya yang lembut. Prihatin dalam melihat kawan-kawan yang lambat siap kerja, membuatkan dia seorang yang sangat membantu.
Tetapi mungkin menampakkan masalahnya bila dia suka bermain dengan aktiviti perempuan seperti memasak, dan bermain anak patung. Bagi saya itu adalah masih terkawal.
Jadi, walaupun pelbagai usaha di pra untuk menonjokan dia dengan aktiviti bersifat kelakian, sewaktu program perjumpaan dengan ibu bapanya, nasihat saya lebih berfokuskan kelebihan dia dari segi tingkah laku yang lembut dan bersopan yang perlu ibu bapa dikekalkan.
Walau bagaimanapun, kecenderungan untuk berimej kelakian perlu diwujudkan dengan lebih kerap seperti bermain aktiviti yang lasak seperti berbadminton, berlari, memanjat bukit dan berkebun.
Itu antara pengalaman yang saya lalui sejak kecil hasil didikan abah saya yang sering membawa saya berbadminton dan berkebun untuk menonjolkan perlakuan aktif dan lasak.
Dari segi sains, hormon testosteron pada lelaki dan estrogen pada perempuan, sangat mempengaruhi faktor fizikal dan emosi mereka. Namun, hormon estrogen misalnya, ada juga dimiliki oleh lelaki sama ada pada kadar yang sedikit ataupun banyak. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tubuh badan fizikal dan perlakuan mereka yang sama ada terus kekal dengan perlakuan kelakian atau kecenderungan untuk ke arah keperempuanan.
KECENDERUNGAN BERMULA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Persoalan bilakah anak lelaki atau anak perempuan ini akan mula nampak kecenderungan ke arah keperempuanan atau kelakian? Perkara ini sebenarnya akan lebih terlihat apabila mereka berada di sekolah rendah dan menengah.
Bagi murid lelaki, mereka akan mencuba untuk bercakap dan beraksi lembut, memakai pakaian yang berwarna lembut dan cerah seperti merah jambu dan jingga, serta menyertai aktiviti bersama perempuan. Ini boleh dilihat dengan lebih ketara apabila mereka akan mula cuba untuk memakai alat solek atau memakai pakaian wanita.
Begitu juga bagi murid perempuan yang menampakkan ciri-ciri mereka ke arah kelakian. Perkara tersebut seharusnya boleh diawasi oleh ibu bapa dan guru khususnya, dalam membendung dan mengatasi masalah ini.
Jadi, sama ada anak lelaki kita lembut atau anak perempuan kita lasak, masih belum terlambat untuk kita mendidik mereka untuk menonjolkan ciri kelakian atau keperempuan dengan aktiviti yang sesuai. Hormon yang ada dalam setiap anak itu walaupun berbeza-beza tahapnya, boleh dibantu untuk mereka menguasai sifat yang seharusnya ada dalam diri mereka.
KESIMPULAN
Sentiasa diterapkan dalam diri anak-anak dengan menghargai jantina yang mereka perolehi. Berikan khidmat sokongan sewajarnya kepada mereka. Dekatkan diri mereka dengan agama, ia lebih banyak membantu untuk mengetahui kenapa mereka diciptakan Tuhan. Juga berikan sokongan dan bimbingan agama sebenarnya boleh membantu kanak-kanak atau golongan tersebut untuk kembali kepada fitrah kejadian serta menghargai apa jua yang Tuhan beri. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Mengasihani.
Sumber: Majalah Keluarga via Dr. Abdul Halim Masnan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di